Monday, March 7, 2011

Info Menarik Tentang Filem Tamil

Ini aku copy paste je dari email aku.....saje jer...dah tak tau apa nak buat....

so, korang belajar dan selami Info-info benar ini....'Tentang Filem Tamil'


  • Hero filem tamil langsung tidak menunjukkan kesakitan walaupun ditumbuk & dipukul bertalu-talu oleh musuhnya, tapi bila si heroin cuba mencuci lukanya itu, terus aja... 'adih, adiiiih!'
  • Hero tidak boleh jatuh cinta pada heroin (begitu juga sebaliknya) kecuali selepas mereka menari di dalam hujan!  
  • Selepas disapu ke muka, mekap heroin tidak luntur sekalipun badannya basah kuyup ditimpa hujan atau ribut petir 
  • Pasangan kekasih menari di tengah padang yang luas terbentang, tapi eh... tiba-tiba saja ada 100 orang lelaki dan perempuan muncul di belakang mereka, terus menari mengikut rentak dan gerak yang sama. Misteri betul.. dari mana datangnya 100 orang itu?   
  • Di akhir filem itu, si hero mendapati penjahat yang di musuhi selama ini adalah abangnya sendiri, orang gaji yang memanjakannya ialah emaknya, Inspektor Sahab adalah bapanya, pendakwa raya ialah sepupunya dan hakim ialah bapa saudaranya....
  • Dalam setiap filem mesti sebut perkataan-perkataan Inggeris seperti No problem!, My God!, Get out!, Shut up!, Imposibble!, Please forgive me! dan perkataan-perkataan ini mesti di sebut dengan kuat.   
  • Sepasang kekasih boleh bergolek-golek di atas tanah sambil menyanyi tapi tiba-tiba bangun dengan pakaian yang lain dalam masa yang singkat! 

Me Naughty..me Netty

2 comments:

Farra Dhelina said...

hahaha..

mummy_ayu said...

ha ha ha..leh lak ko buat entry pasal cita tamil plak...
aku kalu hindustan aku layan..kalu masuk bab citer tamil, tak leh beb..penin dgr bahasa dia..


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno