Monday, March 7, 2011

Fakta Menarik Tentang Filem Kung Fu Cina

Fakta menarik tentang filem kungfu cina... (dapat dari email lagi...sharing is caring kan?)

 
  • Bapa hero mesti bernasib malang dan dibunuh musuhnya semasa hero masih kecil menyebabkan si hero hidup yatim piatu
  • Apabila seseorang lelaki itu cedera parah, dia pasti sempat mengucapkan beberapa perkataan untuk memberitahu siapa pembunuhnya dan kemudian mati.
  • Pahlawan-pahlawannya boleh terbang melepasi bumbung, berlari panjat pokok dan melompat dari 1 bukit ke bukit yang lain. Yang anehnya bila hendak ke mana-mana pahlawan-pahlawan ini akan menaiki kuda atau berjalan kaki.
  • Hero biasanya miskin, papa kedana dan dalam keadaan genting pasti ada sekeping dua duit emas atau perak dalam kasutnya atau lipatan kainnya. Itulah duitnya yang terakhir.
  • Hero dan penjahat selalu terserempak tidak kira betapa besarnya dunia ini dan di mana mereka berada.  
  • Cukup mudah untuk menyembuhkan luka. Cuma duduk silang kaki, tekap tangan pada luka kemudian keluar asap berkepul-kepul dari tapak tangannya. Terus sembuh! Fuhh.. magik betul.. 
  • Boleh simpan bermacam-macam benda dalam lengan baju dan tali pinggang. Yang anehnya, benda-benda itu tidak jatuh walaupun selasak mana si hero itu. 
 
Jika anda tidak percaya akan fakta-fakta ini, cubalah tonton semula filem kungfu era 80an dan awal 90an yang banyak dilakonkan oleh Jackie Chan.. 
Me Naughty..me Netty

2 comments:

mummy_ayu said...

dah masuk cite kungfu plak....

notti netti said...

ehehehehhee


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno