Thursday, January 30, 2014

Selamat Tahun Baru Cina Untuk Kawan Berbangsa Cina

Paling seronok kalau nak raya Cina bila
ofis penuh dengan limau pemberian rakan sekerja berbangsa Cina
sampai ada yang batuk-batuk sebab makan sorang buah limau
Siapa tu??? Siapa tu???

Apa-apapun, petang ni restoran cina penuhlah dengan mereka-mereka yang menyambut perayaan tahun baru Cina. Bestnyaaaaaaaaa..........makan besar ni seronok betul.

apa-apapun 
HAPPY CHINESE NEW YEAR
to all my Chinese friends.
Me Naughty..me Netty

Double Stemcell - Baru Nak Berjinak-jinak

ok I baru dapat produk ni tadi dari member ofis
maaflah mana-mana kawan yang lain yang ada juga promote pada saya produk ni but saya suka order pada orang yang betul-betul dekat jer....so bila dapat member yang duduk sebelah bilik jer untuk order produk ni, maka ia secara tak langsung memudahkan saya. ehehhehe

nak testimoni pon tak tau
so tunggulah saya try dulu. Niat sebenar nak bagi emak saya untuk penjagaan kesihatan dia.
and untuk saya juga since saya pun nak reducekan apa-apa sakit pada diri saya
insyallah

Nasi Goreng Daging For My Breakfast?



Macam tak percaya pagi-pagi dah sentuh makanan heavy.
Nasi goreng daging pula tu.
camni ceritanya, ini semua terjadi ekoran I masak lebih *bak kata husband I, "suka bnor masak lauk kenduri"* haaaa rentetan daripada itulah nasi malam semalam I yang berbaki satu bekas tupperware tu, terpaksa I bawa ke pejabat.
I tau kalau tak bawa ke pejabat, alamatnye basilah nasi goreng daging I.
.....
ok...I makan dulu

Tuesday, January 28, 2014

Greeting Cards


Hi gojes.
bersiaran petang-petang ni sambil menghirup secawan kopi sangat nikmatkan?
I cakap atas angin jer, padahal I bukanlah penggemar kopi....isk tak suka kopi.

hari ni kira I bergerak pantas untuk tulis kata-kata sayang atas beberapa kad raya Cina khas buat kawan-kawan I yang menyambut Raya Cina atau senang cerita mana-mana member yang bagi I kad raya Aidilfitri dulu-dulu maka I akan balas balik ahahahah acik tak?....aci tak?

and I juga ada belikan satu hamper khas buat my ex-boss yang berbangsa Cina.
and meriah uols bila tengok hamper raya Cina ni?.....harga dasyat gila....I ingatkan yang botol ala-ala poleney ikan haruan tu is murahkan?...bila check tengok lihat? amboiiiiiiii mahai kemain.

probably sebab ginseng gred A kot?

apa-apapun tak sabar nak cuti raya Cina + Hari Wilayah......lama tu I cuti uols.
*_*

Monday, January 27, 2014

Last Minute Siapkan Kerja Tadika Si Starbucklatte

Semuanya berlaku dengan pantas
apabila I diberitahu untuk siapkan satu kerja tadika anak I.
and baca nota dari teacher, dia nak I selitkan foto keluarga and hias bingkai gambar yang Teacher sertakan.

Mula-mula ingatkan bingkai gambar besar. Rupa-rupanya bingkai gambar yang Teacher buat sendiri guna Kad Raya. Herot berot Teacher gunting. Ok fine, Teacherpun manusia biasa.
 Malam semalam jugalah I geledah gobok dalam rumah and jumpa dawai rambu-ramba warna gold. "Ah lantaklah, janji hias". Saya pun print jer gambar kat facebook....adoiiii printer pula habis warna. Pun lantak lagilah I said.
sebab my mom kata, dia tengok budak-budak lain hantar laaaaagi simple. just tepek gambar ikan jer kat foto family.

So setelah dihias secepat mungkin, maka inilah hasilnya. Gambar dibawah.
and my Mom tokok tambahkan yang flower paku-pakis 3 serangkai tu.

Hahahaha - namapun kerja last minute dari Ibu Si Starbucklatte.
I tengok si starbuck, amboi kemain nyenyak dia tidur, maklumlah dah pukul 12 malam.
I dulu...rasanya...buat sendiri. Macam tipu jer. Oh! oh! ada juga mak I tolong...my mom kretipnya boleh tahan jugerks.

eheheheh

ada tali tu kononnya dalam nota, Teacher ada inform suruh buat tali untuk gantung di dalam kelas.
Dawai pun bolehlah....
lagi sekali
kerja last minutekan.

Dressing Table Idaman Saya


taken from guglee (Google image)
Tajuk pilihan I hari ini.
DRESSING TABLE

taken from : http://belles-boutique.blogspot.com/

hi babe
Hari ni mari berbicara mengenai Dressing table atau Meja Solek.
Setiap wanita idamkan meja solek sdn. bhd. bukan?
Saya masih ingat sewaktu saya mula-mula dapat bilik sendiri (dah tak share-share dah dengan abang and adik) saya betul-betul dapat bilik saya sendiri sewaktu umur 12 tahun. Seronok wei dapat bilik sendiri. Privacy konon.
-I still remember my 1st dressing table, hahahah-
meja tu kecil saja and adalah setakat lip gloss bodoh-bodoh, sikat, bedak and paling banyak cekak. Lipstick semua tu dilarang lagi penggunaannya. Oh ya, and small mirror.

Sekarang ni meja solek saya memang tak ada rupa meja solek langsunglah, bersepah and disebabkan itulah I buat entry ini untuk menaikkan kembali semangat menghias meja solek I di rumah.

Kita mulakan dengan men'servey' meja solek-meja solek yang I interested nak ikut.
mari cuci mata and kot semangat lepas kerja ni nak hias meja solek I kan.

My Dressing Table
taken from : http://lebeautygirl.com/

sangat clean kan?...of coz laaaa namapun nak tepek dalam blog. Haruslah bersih dan tersusun. Tapi memang sukalah meja solek ni. Macam simple jer.

My Dressing Table
taken from : http://lebeautygirl.com/

Haaaa segala barang make up mak nenek dia simpan dalam laci. kemas pulak tu. kalau i idoknya la.
saya suka drawer kaca yang kecil tu. Di mana nak cari ya?

taken from : www.emmasblog.co.uk

haaa yang I bulatkan 'I want' tu haa....berkenan pulak dengan drawer ala-ala kaca mirror tu.
meja ni nampak klasik. I ada meja ni dulu tapi maybe sebab teenage, mana nak dressing table ala-ala klasik cenggini.

taken from : forum.purseblog.com 

Yang ni simple kan? cuma alatan make up jer tak simple. Ahahahah.

taken from : http://emmasutterances.blogspot.com/

I suka juga yang macam ni, yang paling suka bila ada lampu bolat-bolat kiri kanan tu. Nak make up memang terang giler lah. 

taken from : http://ferdies-place.blogspot.com/

Yang ni pun simple and bersih jer.

taken from : http://ferdies-place.blogspot.com/

seyes kemas and cantik. 

taken from : http://thestylespy.com/

yang ni I minat meja solek and kerusi tu.....meja tu I tau la nak cari di SFF and kerusi di IKEA. Nak membelinya pula, aduuuuhhhhhh.


So itu sahaja lah foto-foto copy paste yang I ambil dari blog-blog favorite I. Dah macam I suka warna putih kan?......

So....agak-agaak dah boleh start kot nak DIY my new Dressing Table.
- kita mulakan slowly yer. sloooowwwwwlllllyyyyyyyy.....

Me Naughty..me Netty

Friday, January 24, 2014

CHANEL Iphone Casing

Assalammualaikum
Perkabaran saya pari ini agak kurang memuaskan memandang saya masih berada di dalam situasi DEMAM sejak 2 hari lepas. Agaknya dia nak antibiotik dari klinik kot baru ok. *saya paling malas ke klinik*.
dan juga saya paling malas layan penyakit DEMAM and running nose ni memandangkan azam tahun baru saya adalah untuk bekerja bersungguh-sungguh. Cheewahhh ayat macam karangan tingkatan 2. -saya dan cita-cita.

ok....lupakan kisah demam.....
mari bercerita tentang casing iphone 5 baru saya.
hehehee
saya bukan menunjuk....saya cuma show off sikit jer
untuk kalian yang nak juga pakai casing macam ni. Atee (bahasa Perak) nak beli clutch Chanel takde la mampu. I orang kebanyakan terpaksa kumpul duit sejak lahir kekdahnya kalau nak cluth Chanel yang designnya macam bentuk perfume Chanel.
-drama sangatkan?-

ok setop dulu. Mana I beli??
haaa I beli kat 
ig: Horizon Case
Owner dia Chines and  sangat baik.
Tapi yang PENTING....harga dia jual adalah lagi murah dari si penjual-penjual casing yang lain (untuk casing Chanel ni lah)....saya dah buat perbandingan, memang dia jual murah daripada yang lain cas sampai ratus hengget. Nyampas tau.
 Tapi tak tau la kalau uols redah downtown kot kan?....dapat harga jatuh terduduk lagi.
*_*


inilah packaging casing hp iphone 5 saya masa saya buka semalam dari sampul pos laju


haaa ni gambar belakang. Uols...ada warna white jugak tau. Tapi Net pilih hitam sebab my phone warna hitam.


ok, ni size sebenarnya bila saya pegang. Siap bertali tu tak tahannnnn. Tali tu tujuannya bukan untuk menggantung diri. Just untuk diselempangkan di body uols. Ala-ala handbag gitew. so takdelah uols lupa bawa hp or tercicir kan?...kalau perampok datang cas nak sentap hp uols....uols just tarik manja-manja tali casing ni...insyaallah uols berjaya dapat tali and perampok dapat handphone.
Pesanan: biarkan aje jika uols berdepan situasi cenggitu...jangan melawan spesis sakit tu. Nanti uols yang sakit lagi teruk.


haaa ni wajah body depan. Normal lah....

what? over?
hmmm saya ras aikut oranglah...kalau uols klasifikasikan casing ni over...maka overla uols rasa....macam saya....saya klasifikasikan ianya sebagai vouge/gatal/cas lawa giler. Eheheh


ok yang ni cara pakai kalau uols gediks-gediks nak selempang bagai time-time ada kat ofis. Motif menunjuk-nunjuk tu menebal sungguh!!!

psst- entry ini tidak disemak....kesalahan tatabahasa, ejaan, terguris hati mana-mana cikgu bahasa.....harap dimaafkan.

Wednesday, January 15, 2014

LOVE IS - Such a Sweet Song.....




Layan.....

Me Naughty..me Netty

WIWT.....Pagi yang Tak Berapa Pagi

Assalammualaikum and salam sejahtera

entah kenapa pagi ni kat kepala asyik teringat kedai kek saja.
maybe sebab semalam lalu di sebelah kedai bakery Tous Les Jours at Bangsar.
haish tak tau bila nak singgah minum kupi kat situ?
of coz not alone.....nak ajak kawan-kawan yang jenis fe'feeling' kedai kupi ni amat lah rare sangat.
kebanyakkan mereka suka pergi tempat lain.

apa-apapun layan kerja dulu today ok?....
malam nantgi before bakery shop tu tutup....I try tu singgah
like like like

Monday, January 13, 2014

Jumaat Bersama Mummy Ayu, Tragedi Hilang Kunci Kereta.

Ok, Jumaat last week aku ajak Mummy Ayu makan kat Seoul Garden. We ouls ke Festival City, Setapak.
and as usual aku antara yang rakus kalau makan makanan ala Korea ni.
and Ayu selalunyalah yang jadi mak-mak layan aku...tukang masakkan daging semua bagai. ahahah
sib baik aku tak pakai lampin, tidak itupun Ayu tukar ahahahha.
ok tak funny.

aku ni mudah mengidam kalau sebut makanan Korea.
bila dah dapat, cepat pulak kenyangnya hai.
siap cakap kat Ayu, nyesal aku tak bawak bekas.....yang balance boleh tapau bawak balik since kat rumah aku ada alat pembakar ala-ala kedai ni.

ok mari saksikan acara makan-makan kami. 
Mummy AYu berlatarbelakangkan Board Seoul Garden.
dan...
aku berlatarbelakang kerusi dan sayur Seoul Garden.


kami makan ni jer.
*_*


yang lain sorok....

lastly gambar berdua.....
eh! dah habis dah???
no no no...memang kami makan cepat.....sebab dah aim nak ke Kaison tingkat atas Festival City.
tang ni lah berlakunya tragedi Hilang Kunci Kereta.
selalu Ayu yang tolong simpan untuk aku kunci tu tapi that day boleh pulak aku yang gatal pegang sendiri.
Sampai kat KAISON.....aku baik punya pilih barang, sekali baru aku perasan.
Mana kunci kereta aku?

haa apa lagi, mencecet cari Ayu kat rak sebelah....laju-laju suruh dia pegang bakul aku and laju-laju lagi aku berlari kat Seoul Garden and laju-laju lagi aku serbu kaunter restaurant tu.
heheh manager Seoul Garden tu tengok aku and slow-slow dia keluarkan kunci kereta dari dalam laci kaunter.
perrrghhhhhh! nasib baik.
tak dapat aku bayangkan kena call husband aku and cakap kunci kereta hilang..isk isk isk
sib baik ada jodoh lagi kunci kereta tu dengan aku. 
Ni semua kes aku letak atas kerusilah kunci tu....eeeee tobat takmo buat lagi.
.....

Soalan: Bagaimana Hendak Memupuk Anak Supaya Suka Ke Sekolah?

Ok, rasanya from gambar bawah ni uols tahu apa yang I maksudkan? kan?
Si starbucklatte ni dah start takmo ke school dah haaa....siap ulang-ulang cakap takmo school! takmo school!. uweekkkk (muntah) takmo school! takmo school! uweekkkk!.....AYooooooo...gimana ni?
I dah try gula-gulakan dia dengan mainan Thomas original, I dah cuba bayangkan dia tentang betapa bestnya tadika (I suka jer tadika)...but dia still menangis pagi-pagi taknak ke school. 
I pun dah check...so far teacher takde pula pukul-pukul.

Uols ada apa-apa pandangan atau bantuan tak untuk I?

camno nak jadi tahfiz ni dek, asyik nangis jer.

Air dan Fakta Mengenainya


Wah! statement, see betapa hebatnya air dalam kehidupan kitakan. 
bukan sahaja dapat membantu surprise liver kita bahkan mampu menyeprisekan orang yang sedang tidur. Simbahkan saja sebaldi air ketika mereka sedang enak diulit mimpi. Penggunaan air longkang/kumbahan adalah tidak digalakkan melainkan kamu berdepan situasi di mana suami kamu sedang tidur lena bersama perempuan lain. Oh! apakah?!
Dengan simbahan tersebut, nescaya si kena simbah akan bangun persis pocong. Oh! jangan lupa kepada si penyimbah, sila prepare apa-apa yang patut, selalunya mereka yang disimbah air ini otak agak sedikit tak center....faham-fahamlah kenapa.....dan mereka akan tuju pada muka dan baldi pertama mereka lihat.

Mari kita baca fakta tentang air :-

- Tanpa air, bumi akan kelihatan seperti bulan. (botaaaakkkk je)
- Semua benda hidup memerlukan air untuk meneruskan kehidupan. (begitu juga dengan pasangan kekasih yang sudah putus, kamu juga perlu teruskan kehidupan. Rata-rata yang mati bunuh diri adalah dari kalangan mereka yang kurang minum air) sesuka hati aku jer buat statement cenggini.
- Orang ramai boleh hidup beberapa minggu tanpa makanan, tetapi hanya beberapa hari tanpa air. (kau sanggup tak mandi beberapa hari?.....I cannot you...no water at paip? I rather mandi air mineral youuuuu)
- Uols digalakkan minum enam hingga lapan gelas air setiap hari! (haaa ya betul....kamu juga wajib kencing lebih daripada itu)
- Air membentuk 83% daripada darah kita, 70% daripada otak kita, dan 90% daripada paru-paru kita. Secara keseluruhannya, badan kita adalah 70% air. (kamu dengan air kolam tak ada bezanyapun ahahahah)
- Tomato adalah kira-kira 95% air. Epal, nanas, dan telinga jagung masing-masing 80% air. (I tak tau mana I dapat fakta ni hihihi)

apa-apapun, marilah kita minum air untuk bestkan body kita dan untuk memudahkan kita kentut. Sekian.

I lupa bawa tumbler I, so it's good drink cenggini.
banyak sikit air masuk...muahahahaha


cak!

Cokolat Yang Sedap Harus Dikongsi Bersama

eeewwww....cam tak kena jer entry atas tu.....sejujurnya kalau I la kan. Coklat yang sedap harus disimpan dalam laci, tinggalkan saja dark coklat yang pahit-pahit kurang manis tu atas meja untuk santapan kawan-kawan yang nak mengalas perut, Konon.


tapi niat memang nak letak atas meja ofis jadi macam kudap-kudapan kawan-kawan yang singgah konon untuk bertanya khabar sambil makan cokolat ni macam makan nasi. Laju kemain. 
selalunya yang dark cokolat kurang sikit lajunya kan....kalau cookolat yang memang sedap tu...confirm laju habis.

tapi ni cokolat Hershey's ni memang rasa sedap pula.
bila baca tajuk...ooooo milk chocolate rupanya
patut sedap...sooo perasaan bersalah, haruskah ditayangkan di atas meja ofis untuk renungan teman-teman sepejabat ataupun I simpan senyap-senyap dalam laci and buat dono.
aww kejam kan.

ahhh takpelah...kata tengah diet
haruslah reda dan pasghah jer dengan statement

"Cokolat Yang Sedap Harus Dikongsi Bersama"


awww..ikhlaskan aku...ikhlas kan aku

WIWT..........Electric Blue For Monday Blues

Hai and Assalammualaikum
just remember my diet plan......going so well so far
except for yesterday evening I termakan sebiji zinger burger
thanx to my anak-anak kecik yang requested KFC di highway KL-Seremban semalam.

or should I blame my self sebab tak tahan godaan?
elok-elok anak-anak request french fries and nuggets...e'eh elok pulak mak nyer order burger.
pufff.

Today just want to focus on my daily work.
better be kusyuk biar waktu mengejar kita
hahahha....bila kusyuk, sedar-sedar dah jam 5 petang
wow best!

ok...akhir kata
mari bekerja bersungguh-sungguh!!

muah!

Friday, January 10, 2014

What I Wore Today.........Friday Baby Blue



Assalammualaikum,
so start balik entry WIWT nampaknya. Tepuk tangan skit.
and today I pakai baju raya tahun lepas. 
Bezanya time Raya Puasa I selit baju dalam skirt but hari ni I keluarkan sebab badan dah big. Sekian

dah, sambung kerja.

babai




Me Naughty..me Netty

Thursday, January 9, 2014

Perlukah Aku Semakkan Wishlist Aku Dengan Handbag ni?????


aku sebenarnya bukanlah penggemar LONG CHAMP
maybe sebab kes banyak sangat jumpa long champ tiruan kat downtown,
so bila pakai yang original pun orang still boleh kata beli kat downtown, kesahnya.

tapi ntah macam mana boleh terjerat pada bag jenama ni pulak kan....
dari 1st aku beli bag long champ kaler biru (order kat firahadifa yang stay kat Dubai)
then aku terima gift long champ Maroquinerie hijau gambar kuda from my lovely sis in law (time dia cecuti kat USA)
some more aku beli lagi satu long champ Planetes 'all purple' yang aku pakai sekarang ni and aku suka gilerlah.
and last one aku beli satu lagi long champ Planetes biru macam aku punya (all blue) tapi aku nak hadiahkan pada mak aku since diapun suka gak kidnap handbag long champ aku untuk ke masjid buat isi telekung *insaf*

and kesahnya hari ni aku terjumpa satu gambar kat ig seseorang ni
yang promote long champ le pliage cuir...tergeliat lidah aku ha.
aduhhhh! kok jatuh chenta lagi haaaaaa.....


haa model dok tayang tu. 
Ya! itulah handbag long champ yang aku kemaruk buat masa ni
and I did ask for the price
hmmm around RM1 ribu plus plus jugeks la.
Aku servey kat online shopping blog and mostly kasi harga RM1500 - RM1800 for medium size.
and aku tanya member ig yang ada open order untuk designer handbag ni and dia ada sebut harga handbag ni yang I rasa lagi murah daripada sebut harga kat atas tu. Memang cecah RM1 ribu cuma tak seberapa tinggi harga dibandingkan dengan penjual-penjual online shopping yang lain.
huh!!!! kena fikir dulu ni. Since baru habiskan duit untuk satu jenama designer yang hmmmmm malas nak citer.

apa-apalah, buat masa ni senyum-senyum berangan dulu
harap mimpi yang indah-indah berkaitan handbag ni malam nanti

by the way dah alang-alang berangan tu kan,
meh aku tunjuk warna favourite aku.
aku minat gila dengan tiga warna long champ ni

1st

taken from: deluxemall.com

2nd


3rd

taken from: www.dealmates.com.my

huh! tak dapat aku bayangkan kalau aku dapat handbag ni
OH! indahnya donia.


sekian........nampaknya kena start baliklah orderan kek ehehehehhe



Me Naughty..me Netty

Meratah Menda Alah ni di Pejabat



macam sambal ikan bilis kan.
memangpun tapi ikan bilisnya ciput, yang banyak is kentang yang panjang-panjang tu is ubi the kentang
and sedap.....

RM5 hengget sebekas beli kat Bank Rakyat, KL

sekian.

My 2014 Schedule Plan Organizer

Taraaaaaa...........
ok, siapa yang membaca blog saya dari tahun-tahun yang lepas confirm korang akan dapat agak yang saya memang sukakan schedule plan/diary/note books kan kan kan?
sila lihat sini untuk refresh entry yang lepas-lepas SINI , SINI, SINI, SINI, SINI, SINI eh banyak lagi lah, malas pulak haaaa nak link eheheh.
dan saya tak pernah miss setiap tahun untuk DIY my own book organizer


untuk tahun 2014
I sediakan 2 buah organizer which is I beli jer di MPH bookstores
malas sikit nak create satu buku baru hahahah 
tapi I puaslah touch up buku baru I tu especially yang purple book tu hahaha
cemerlang jer rasa. Jom intai-intai apa ada dalam my organizer.


haaa korang dah sedia maklum
dalam purple organizer tu ada my 2014 wish list
malas citer panjang,

next, I buat satu column untuk anak-anak I punya Party Planning akhir tahun 2014.
somemore I tepek kalender 2014 sebab buku ni  datang tak bertahun 
kiranya kosong gitew. 


more stickers kaler-kaler
and half of it dah I tulis plan-plan I yang akan datang.
and banyak lagi sebenarnya tapi tak bolehlah I nak show kat uols semuanya sebab ada benda-benda yang tak sepatutnya I tunjukkan.
nanti boleh mendatangkan kemudaratan.

ehehehehhe




yang keduanya ialah my big organizer.
yang nipun beli siap jer and I tokok tambah sana sini.
this planner ni khas untuk ofis I jer
segala benda mak nenek anak gajah I sumbat (tulis) dalam planner ni.
senang sikit sebab I perasan yang I ni pemikiran lupa ingatan makin kerap
so tujuan big organizer ni untuk itulah
(sibuk jer member yang gelak sebab organizer I ni besar gabak bila masuk bilik meeting)
tapi tak kisahlah
janji semua I nak ada. Kira organizer ni tak keluarlah dari ofis. Tugas dia duduk ofis jer tak macam organizer purple I tu yang luar dalam ofis dia attach dengan I.


ok...itu jer la organizer I untuk tahun 2014.
dah kurang blink? blink?
hahah cam dulu I suka blink blink tepek atas organizer 
sekarang ni I kurangkan.....I banyak main sticker luv jer
perasan diri perlu dicintai gamaknya.

ok dah itu jer la....as for diary?
haha I rasa diary rahsia I tu masih banyak tempat kosong and baru lagi.
so no need buat diary baru kan.

how about you?

No Title *



Hi.....I sorok-sorok buka blog after finishing doing my work
and see apa dah jadi?????
gambar dalam hp lagi....dan saya tau siapa punya kerja ini
dan sangat teruja saya tonton muka saya sendiri
(ayat macam google translate kan???)

heheh

selamat pagi kawan-kawan

Wednesday, January 8, 2014

I is Dah Gemok!

Yes just realize it that I'm put on weight *mata ke atas*
memandangkan seluar jeans semua nampak macam belon yang tunggu masa nak meletops, so rasanya dah tiba masanya I do something about my body.
 
 
Nyampah ok.......and sampaikan I takut untuk fitting baju yang I tempah tahun lepas and rasanya macam-macam alasan I bagi pada tailor tu...ahahahhaah.....padahal fitting jer pun. I dah bayar. ahahahaha.......
 
Sekarang ni should I continue with my Herbalife supplement or start my oh my diet takramaibolehterima - LEMONADE DIET????...hmm.....
 
NottiNetti boleh!!!
 
 
 
Me Naughty..me Netty

My 2014 Wish List

Siapa tak suka harapankan?
aku antara manusia yang gilakan harapan.
bukan apa, seronok ooooo mengharap ni, yang pasti bukan harapan kosong...harapan ni atas usaha kita sendiri ataupun bantuan orang lain ehehhehehe
 
Memandangkan tahun baru sudahpun bermula
so aku nak tunjukkan senarai Wish List 2014 aku kat korang
 
seperti harapan-harapan yang sebelum-sebelumnya, aku pun hope sangat yang wish list kali ni dapat aku capai sebelum tamatnya tahun 2014 ni.
 
disebabkan itu aku dah listkan wish list aku beso-beso dalam schedule book aku eheh
 
oh by the way, aku tak tunjuk lagi schedule book tahun 2014 aku lagi kan???
nanti aku tunjuk eh..
 
so, apa wish list korang pulak?


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno