Friday, October 31, 2014

WIWT......It's Friday - Teaser Jubah Dress by Me



Assalammualaikum and selamat pagi
Yeay.....excited kan bila tiba hari Jumaat.
Macam nak sambut Hari Raya kaedahnya.

hari ni aktiviti adalah melawat geng blogger yang baru bersalin di Prince Court M.C then heading to KLCC mungkin just to melempiaskan nafsu di Kinokuniya. 
haish!! bertabahlah BFF eheheeh

ok WIWT

Jubah Dress by Me
Heels?...as usual tak nampak
Tudung by Tengku Rinanda (ig)

Yes, I know ada yang pm, wassap, jumpa secara membabi buta just untuk tanyakan dress jubah I.
Yeayyyy happy sangat!!! walaupun teaser jer baru. Bila dah siap all the jubah dress dari kilang, i will let you know yer...sabaq naaa....
apa-apapun I love you all dari bumi ke bintang singgah ke bulan tersangkut di satellite dan kembali semula ke bumi.......betoiii tak tipu.

sampai ketemu lagi buk!! 
tata

Wednesday, October 29, 2014

Zumba Zebra, Another Jubah Dress By Me~Teaser~



Syukur alhamdulillah.....walaupun stuck dalam jammed di muzium negara tadi tapi still aku orang pertama buka pintu ofis. Heh!!!....huisshh bangga kau....nak heboh satu planet yang kau orang pertama buka pintu opis.
Tunggulah tahun depan bila anak-anak dah stay dengan aku.....maybe aku jadi orang kedua akhir sampai ofis....haru jer.

So hari ni aku tak nak merapu panjang
sebab ada mesyuarat dalam tandas kejap lagi 
semalam makan banyak cili oooooo...so pepaham udeh.

Dress jubah yang aku pakai tu adalah teaser......ada yang berminat ker?....aku test dulu kainnya. Kalau okey and dipersetujui CEO-CEO syarikat dan akak cleaner *Wah!!!* maka akan terialisasilah jubah dress zumba zebra ni. Target aku untuk menjual dress jubah dalam size badang (big size) dan size Sizuka (petite size). 
Adios!!!

Jubah - Zumba Zebra By Me
Tudung - Tengku Rinanda IG
Kasut - as usual tak nampak.

Tuesday, October 28, 2014

Telur Rebus as My Breakfast



okey...korang jangan percaya sangat yang aku makan sebiji jer telur rebus.
Sebenarnya ada dua biji. Satu aku dah sedekah kat office mate sebelah yang sama diet dengan aku. Then before telan telur ni, aku dah lahap dulu hot dog bakar sebanyak 2 biji.
Cukuplah breakfast pagi ni. Kalorinya pun tak tinggi. Telur rebus yang sebiji jer ni akan aku makan around 10 o'clock nanti...bila dah start lapar.

adios!!!! oh...aku juga ada beli karipaap kat member office....itu untuk makan bila rasa lapar menggila...hehehehe

Friday, October 24, 2014

What I Wore Today..........Dress Jubah by Me



Bagi peluang pada minah mata sepet ni berbicara sebentar okey.
Yes, currently I tengah berurusniaga dengan teman-teman untuk mengeluarkan rangkaian pakaian untuk dijual. Alohhhh biznes kecil-kecilan bak kata orang kampung. 

dan saya tahu biznes jual baju ni memang bersepah kalau nak dikatakan. Tapi hey berapa banyakpun yang jual dress jubah yang size badang macam I ni. I know ikut pada pengalaman memang frust bila order pakaian online size XL tapi bila pakai eh? ukuran kecil macam size M. So disebabkan alasan frust tersebut, I and my kengkawan kepercayaan pun cuba try test la nak hidupkan satu rangkaian pakaian design kami sendiri di bawah nama _______ *akan dimaklumkan setelah didaftar nanti*

Buat masa ni......I akan pakai dulu dress-dress yang I rasa sesuai untuk kawan-kawan berbidang besar macam I ni. Bagi uols teliti dan lihat kot sesuwei ke tidak dengan citarasa uols.

Ok dah! itu jerlah, nanti kalau dah siap semua dress-dress design kami....insyaallah akan I war-warkan kepada kalian semua. Oh! ini bukan buka kedai yer...just online boutique saahaja. So jangan ditanya alamat kedai.

Jubah chiffon by me
Model tak make up pun by me
Tudung by Tengkurinanda (IG)
Shoe??? tak nampak sebab jubah labuh.

tata

Thursday, October 23, 2014

Siapa Suka Planner? Angkat Tangan!! It's From Stickerrific.

Assalammualaikum friends
Bestkan hujan renyai-renyai ni, rasa macam romantik jer.......berjalan terkepit-kepit pegang payung Avon di tepi-tepi lopak sambil control muka cas nealofa.......dan sekali zasssss!!!! kuyop ko dek non. Semua atas jasa baik kereta honda putih yang jeles dengan kegojesan ko bercatwalk tepi jalan sebelah lopak. Ahhhh! sialan loh!!!! tak sempat acik ambil no plat kereta....kot boleh gores dan menang kereta honda kamu lepas ni.!!!!
Rosak akhlak.

Baiklah lupakan tragedi melanda akak pagi buta tadi. I maafkan si pelaku durjana sebab I perasan gojes pagi ni. Sekian.

Hari ni mari bersama-sama mendengar cerita Planner terbaru I, It's for 2015.

Begini ceritanya ya adik-adik, kakak-kakak dan kekabang sekalian.

Pada hari Selasa 21 Oktober 2014, I telah dapat satu bungkusan yang maha keramat. Awwwww....see betapa eksited nya I bercerita pasal Planner ni.

Sebaik dapat jer bungkusan ni......I buka and memang tertanjat I  sebab suka ooooo dapat sampul cover yang bersepah dengan sticker siap ada nama I lagi. Baguslah! kena betul dengan nama FB owner ni....Stickerrific .

Then persis kanak-kanak yakult....I terus carik-carik cover tu *rakuslah konon* and yey!! keluar benda alah ni...tu kat bawah. Julingkan mata uols di bawah.

Saat dapat jer barang-barang ni, I dah tak fikir Brad Pitt, Azman, leman, Saiful, Darren, Sopian, Ah Kaw, KJ, Helman ASST...ahhh semua jantans yang terpampang di computer I time tu.....
I terus lurus bendul buka one by one barang-barang yang I order.....
and terharu bila tuan kedai kasi nota kasih sayang pada I...wow.....dengan hanya RM 237, I dapat nota kasih sayang dan beberapa barang....and some more sticker free....Ko eksited tak???? menggeletis jer rasa urat kentut ko kan?


Kendian....I buka barang yang paling I suka....
sila julingkan lagi bebola mata anda di bawah

Inspired Midori Traveler's Notebook
Yeayyyyyyyy!!!
oh!! kenapa I kata inspired?....haaaaa ini kira klon pada original Midori Traveler's Notebook (MTN) la.....
Sama jer....cuma takdok la cop mohor MTN. Kalau ori MTN mau cecah RM400 complete set.
Lagipun kan I dah habaq before...MTN ni dah kebanyakannya Sold Out gitu. Dah tu bila I tanya siapa gi Jepun bulan ni? memasing diam membisu tuli jer...alih-alih sedar-sedar jer bagi I fridge magnet dari Jepun ....huh!!!! Nampak tak permainan di situ?. Ah!! nak kim salam otomen pun tak sempat.!!!!

Tapi kan.......Inspired MTN ni still like ori...apa orang cakap? grad AAA??? ahahahahah
still bagus...and isi dalam diapun mostly from original MTN. Isi dalam mahal ya...bukan mughah!!!!!

Haaaa ni I dapat terus touch up mana yang patut. Kebanyakakkan nya I beli di FB Stickerrific tu la....
Owner dia Si Szetoo tu baik sangat...5 patah ayat I tanya....5x5 patah ayat dia jawab. Huuuuu bravooooooo......

Balik rumah jer...apa lagiiii, I keluar semua bala tentera I (sticker, washi tapes, sticky notes...bla..bla)
and mulakan project bedah siasat Planner I....10 jam ngadap bendalah ni oooooo
but still tak habis lagi.....sambil lekat-lekat sticker sambil ketawa ngilai-ngilai then masak then kemas rumah then sambung lagi tepek sticker then ngilai lagi .....memang la 10 jam pun tak sempat kan?.


Penat hambat anak-anak panda ni masuk Planner I...Nasib baik dengar kata.

See..tempat pen holder tu pun I transformkan bagi nampak macam DIVA sikit
blink! blink! gitew.

Nanti nak akhir tahun baru I show off kan satu persatu isi dalam Planner I ni yer...
Buat masa ni kasi uols terliur dulu.

heheheheh nanti I tunjukkan satu lagi Planner yang sama macam MTN.
Tapi kali ni bewarna *belum beli lagi sebenarnya*...wowwww eksited lagi rasa macam nak hempuk kepala di atap kereta Porsche abang Ahmad Akhmar *sumpah aku tak kenal siapa mamat ni*

Adiossss!!!!


I Love Planner

Thursday, October 16, 2014

Ada Sesiapa Pergi Jepun Tak Bulan November Disember Tahun ni?

Hahahaha
kan...I tanya macam Jepun tu sebelah dapur jer dari rumah uols kan? Main langkah jer.
ahhh tak kisah lah. Orang kata kalau malu bertanya nanti sesat jalan. Ahahahah

So, kalau ada sesiapa kenalan saya yang ada trip ke Jepun tu yang baik hati nak tolong hamba Allah yang brengset ni.....do hope sangat kalau sudi membantu saya.

bantu apa Net?. Yeah probably most off you who read my blog know or understand my obsession of collecting diary/planner/agenda.

Makanya bersemperna tahun baru yang akan tiba lagi 2 bulan lebih sahaja lagi
maka dah tibalah masanya tuan punya blog ni update baru beliau punya planner untuk 2015
dan oleh itu I telah terjatuh hati pada 3 planner ni.
Antaranya:

Pertama

Kate Spade Agenda


Memang syok gila dengan Kate Spade agenda ni TAPI
alahai dah habis stok pula doh!!!!! Alahaiiiiiii

Kedua

Kikki.k Agenda


Yang ni pun to die for. pun TAPI size yang I nak dah out of stock di websiti kikki.k.com
But I dah minta pertolongan hubby's friend untuk belikan di Singapore. Since ada kedai kikki,k ni di Singapore. But......senyap je since last I minta hubby order seminggu yang sudah ahahahahah.
Hmmm.....

taken from bubbielicious.net

ahhh boleh gila lah kalau ada kedai kikki.k di Kuala Lumpur ni. ( Itu yang datang gila ajak kawan pergi Singapore kejap untuk cari planner ni tapi jawapan yang diberi adalah...."ahahahahha" purffff!!!)

Ketiga

Midori Traveler's Notebook
0
Taken From http://www.pipitzakkastore.com/

hmmm memang dah jatuh cinta kali ke 78 loh.
Korang tengok memang takda apa pun tapi mata kerrow aku yang tengok ni memang hadoiiii ko offer aku nasi kandaq line clear sekarang ni pon aku tak selera sebab kan si Midori Traveler's Notebook ni.

Namapak jer simple tapi notebook ni memang lain dari yang lain.
Sebab insert kertas dia semuanya boleh ditukar ganti. Ahhh susahlah nak explain ahahha


Harga dia?...hahah kalau harga dia korang rasa dalam rm98.90 hmmm memang silap besarlah!.
Online kat Malaysia ni jual cover kulit dia jer (kilang kat Thailand & Jepun) RM155 and ada yang jual RM165. Tu belum you beli buku kat bahagian dalam, tempat sangkut pen, pocket book, pocket card...ehhh! macam-macam lah....yang boleh cecah rm300. Ya! I gila kan?....

Sebab gila lah I order. TAPIIIIIIIII....out of stock jugeksssssss and I terlepas train untuk pre order and owner website dah tak boleh ambil order untuk customer yang lambat bertindak macam I....Ahhhhh!!! padan muka I.

Youtube.com

Sebab tu lah, I bertanyakan kawan-kawan yang mana baik hati....alang-alang ke Jepun tu and sanggup belikan I Midori Traveler's Notebook ni kot sudi-sudilah hantar message kat I ker....untuk I titipkan pesanan I yang tak seberapa ni. "kedip" "kedip"

Pleaseeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!

Sekian.

p/s: Net yang jiwa kacau tiap kali cecah akhir tahun


Me Naughty..me Netty

Wednesday, October 15, 2014

Me Breakfast For Today



Roti Wholemeal
Telur goreng tanpa minyak
Hot dog panggang
Strawberry 
Air masak 2 ltr (for pagi)

Selamat ber'breakfast kalian semua

Tuesday, October 14, 2014

Selamat Pagi Anda Semua



hari ni rasa ceria jer.....
sebab?.....

- business baru yang bakal bermula insyallah...
- business kek yang kian menjadi-jadi dan memang tak boleh tamak ambil order....cukup seminggu concentrate 2 jenis kek sahaja....maaf andai terasa...wah!
- 25 muka surat penulisan novel dari yours truly telah berjaya ditaip...wah!!!!! chaiyokkkkkkk!!!! (jangan kena buang tong sampah udehhhh.
- Manolo blahnik bakal dalam genggaman.....awwwwww.....kena marah ke kena maki ke...I tak kisah janji I senyum sampai ke telingga.

Sekian......sambung balik kerja

Friday, October 10, 2014

Cupcakes For Husband


      Tq my dear Norimy. Request cupcakes for husband's birthday. Loike it!


Thursday, October 9, 2014

Ok...I want This!

Money yang Suami bagi pada saya semperna My Birthday Hari tu masih belum digunapakai lagi. 
Memang sayang nak pakai sebenarnya......(dalam hati nak simpan Tabung Haji jer...cheewah) but I just can't help my self when terlook at this gojes Moschino iPhone casing. To die for la...buat masa ni.

So far I tanya the price around RM200 lebih.
hmmm perlu atau tak ya? 
Di kepala I sekarang ni fikir...If I buy Moschino authentic.....dah tentu mesti ada keluar yang inspired *lagi mughah* hahahahah..... 



Barbie Moschino Pink Collection Mirror iPhone 5 Case


hmmmm harus fikir dengan perasaan tenang.
Sabar Net sabar.


Tahun ni birthday saya lebih kepada hadiah berbentuk wang ringgit. Awwwww.....


Me Naughty..me Netty

Thursday, October 2, 2014

Hey! Today is my Born Day.....Hurry Wish Me !!

Now you know why I am super excited when October comes.
hahahaha Why??
ehehehhe I just can't stop smiling (giggled) right now.
Because......it's my BIRTHDAY month la.
Alhamdulillah doakan saya yang indah-indah ya.

"Oh!! to my looooooong lost friend, YUYU....happy birthday to you too, I love you and still remember the 1st birthday present you gave me. CD KRU ahahahaha then the next year was er,,er,,,pink thermos right?.....oh! how I wish you ada di KL....so you can give me birthday present yang lebih canggih sesuai dengan gaji you yang juta-juta tu...ahahhaha" 

And really it is not my fault that the Ron 95 petrol and Diesel increased on my birthday....
Betoiiii......I did not wish for that, I just wish for 5 inch high heels, Dior Long Wallet, FiloFax Planner, Shoes, Blink Ring, Kasut, and Sepatu jer for my birthday....minyak-minyak ni memang tak  tersenarai langsung dalam wish I la.

-taken from my diary-

Anyway, since it's my birthday today, really, I think I should do some shopping lawatan sambil belajar. Ahahahah tq him for the $$$ (janji akan guna suku $ sahaja atau maybe separuh) *wink* *wink*

But then tq to all my FRIENDS and family who did wish me since yesterday, now and probably tomorrow, tq tq tiada apa yang lebih bermakna selain dari birthday wish dari kalian semua.
I know you all nak kasi hint yang umur I makin meningkat and just to remind me that I am not kanak-kanak Ribena lagi. Tq again
Sob! Sob! Sob! I don't wanna grow up. 

Ok, 


psst:// Kepada yang wish me birthday today and ask for free cake, boleh...boleh..minta sahaja di mana-mana bakery......assume that I belanja okey. Ahahahha



Me Naughty..me Netty

Wednesday, October 1, 2014

Happy Birthday To My Cantik Sista in Law - Zareen

Assalammualaikum, hello October!!!
and yes mood saya adalah 'vibrate- (mood Cuti ini hari). Yeaaayyyyyyy

As usual this morning I update my agenda, diary...bla..bla..bla..
and smile when I look at the October 2014 page.

Just ignore the cow....itu cerita korban.
again, yeayyyyy it's October!!!!!!

Well...today is my SIL birthday. Sebetulnya.....I over excited kan? kan?.
I'm lucky to say that we are very close.
Walaupun dia berupa bentuk Sizuka dan saya adalah berbodykan Giant....ahahahahah

and lazy me to type again and again about my SIL birthday.
If you can read my diary...errkkk rasa boleh kot....you tak rabun kan kan kan....
ahahahha




Happy birthday Zareen! I love you and I hope you have the best birthday ever!!!
Sila beranak lagi. Kali ni posisi di atas ya....untuk dapat baby girl gitew...

Marilah kita berkaroke sepanjang hari. Tata


Me Naughty..me Netty



© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno