Fakta menarik tentang filem kungfu cina... (dapat dari email lagi...sharing is caring kan?)
- Bapa hero mesti bernasib malang dan dibunuh musuhnya semasa hero masih kecil menyebabkan si hero hidup yatim piatu
- Apabila seseorang lelaki itu cedera parah, dia pasti sempat mengucapkan beberapa perkataan untuk memberitahu siapa pembunuhnya dan kemudian mati.
- Pahlawan-pahlawannya boleh terbang melepasi bumbung, berlari panjat pokok dan melompat dari 1 bukit ke bukit yang lain. Yang anehnya bila hendak ke mana-mana pahlawan-pahlawan ini akan menaiki kuda atau berjalan kaki.
- Hero biasanya miskin, papa kedana dan dalam keadaan genting pasti ada sekeping dua duit emas atau perak dalam kasutnya atau lipatan kainnya. Itulah duitnya yang terakhir.
- Hero dan penjahat selalu terserempak tidak kira betapa besarnya dunia ini dan di mana mereka berada.
- Cukup mudah untuk menyembuhkan luka. Cuma duduk silang kaki, tekap tangan pada luka kemudian keluar asap berkepul-kepul dari tapak tangannya. Terus sembuh! Fuhh.. magik betul..
- Boleh simpan bermacam-macam benda dalam lengan baju dan tali pinggang. Yang anehnya, benda-benda itu tidak jatuh walaupun selasak mana si hero itu.
Jika anda tidak percaya akan fakta-fakta ini, cubalah tonton semula filem kungfu era 80an dan awal 90an yang banyak dilakonkan oleh Jackie Chan..
Me Naughty..me Netty
2 comments:
dah masuk cite kungfu plak....
ehehehehhee
Post a Comment