Salam kengkawan,
Then aku tertengok baju nie pulak.
Makanya, ini barangan yang akan aku derma ikhlaskan kat seksyen ko Mummy Ayu. Baju kurung oren tu aku baru pakai 2 kali, sebab ada labuci. Aku tak suka. Dalam kotak tu penuh blouse. Jangan ingat aku kasi blouse kopak lak yer...Ada yang tak pernah pakai lagik.
Nanti kalau ada lagi, aku kasi lagi okey....Kat store belakang tu tak check lagi haaaa..eheheheheheheh
Me Naughty..me Netty
Hari nie aku nak story pasal derma ikhlas. Kengkadang tu tanpa sengaja kita tak tersangka yang kita sedang menderma, cuma kita jer tak tahu. Akupun kengkadang tanpa tujuan apa-apa kalau ke pasar malam, and if aku nampak jer ahli muzik kat tetengah jalan or kanak-kanak Sri Langka yang mengemis kat celah-celah kaki pengunjung tu, secara otomatik aku akan kasi seringgit, paling koman pun 50sen itu kalau aku dah takde duit sesangat. Walaupun aku tahu diaorang nie ada ejen tersembunyi, tapi aku tetap kasi sebab kesian. Paling harupun aku kasi makanan walaupun diaorang takmo (memilih jugak) aku letak jer kat peha diaorang tanpa fikir makanan tu panas ker sejuk. Tapi tak terfikir pun ayat nak derma, cuma terfikir sian diaorang, apalah menu diaorang malam kang?.
So, minggu lepas my BFF ada hint kat aku yang seksyen dia nak buat jualan amal, actually seksyen akupun ada buat jualan tu cuma seksyen aku besar, banyak orang kaya-kaya boleh derma, seksyen BFF aku tu baru tak baru lah jugak and tak ramai officer perempuan. Makanya pegawai BFF aku nie adalah mintak tolong BFF aku suarakan pada aku kalau aku or mak aku ada baju-baju yang nak didermakan. Hmmm...DERMA?????
Ni kiranya baju second hand dijual untuk tujuan amal. Hmm Why Not, semalam aku teringat pasal hal nie, Jadi balik office jer, aku terus bukak 'closet' aku yang cumel tu...hmmmmm banyak giler baju kurung aku yang cantik-cantik (pada pandangan aku) yang dah tak muat. Aku berbeza dulu ngan sekarang. Tak taulah kenapa? eheheh. Aku tengok baju time aku bertunang and nikah (baju kurung moden) alahai.....nak bagi ke taknak, nak bagi kena Ikhlas, tak boleh bagi yang koyak or buruk. Kena bagi yang cantik and orang boleh pakai. Then aku ternampak pulak baju yang kengkonon nak buat baju tunang tak jadi, kaler pink. Elok jer cuma baju tu aku tak pakai time tunang sebab mak aku belikan baju lace laaaaaagi cantik. Sabar jer la.
Laki akupun ada kain cenggini, dah buat baju melayupun (nama beli sama-sama). Bezanya laki aku boleh pakai sampai sekarang. Aku?...tehehehehe.........Sebab sayang punya pasal, aku simpan dulu. Kenangan tuuuuu.
Then aku tertengok baju nie pulak.
Nampak macam lusuh kan?..tapi tak, memang kain dia macam tu, 100% silk. Bila pegang macam baldu lembut. Harga aku beli dulu RM119.90. Size M lagi....dulu kurus. Ponnnnn aku sayang nak derma sebab baju nie aku gie dating ngan laki aku. Oh! time nie seingat akulah, laki aku pick up aku kat air port and aku tak couple ngan dia lagi, sebab aku couple ngan orang lain. Muahahahahahahahahahahaha.
Ok, enough cerita pasal hal aku, meh cerita pasal derma ikhlas balik. So gedebuk gedebak, habis bersepah bilik aku...maka aku dah buat pilihan antara baju tu..baju tu..and baju tu. Semua aku dah check, takde koyak, elok, takde kesan tali benang putus or zip rosak. Insyaallah semua aku bagi baik adanya dan aku derma tunai kerana Allah taala.
Uish, time nie payah oooo nak buat pilihan. Baju kurung biru moden yang hujung tu, yang berplastik biru tu pun aku sayang nak kasi sebab ada kenangan ngan arwah mak mentua aku. Sayaaang oooo. Lagipun laki aku still boleh pakai baju melayu yang sama kaler ngan baju tu. Kenapa semua baju melayu laki aku still boleh pakai?...aku???????? (tunduk jeling perut).
Ok.....so to my BFF, baju yang aku dah decide bebetul nak derma adalah 6 pasang baju kurung. Dan beberapa blouse and 2 pasang kasut. Kasut tu both baru 2 kali aku pakai. Aku derma sebab ketat sikit and aku pernah lelong kat garage sale. Baju-baju blouse tu mostly aku tak pernah pakai. Sebab?, aku perasan body aku muat size M...rupanya.....ahh sedey nak cerita.
Makanya, ini barangan yang akan aku derma ikhlaskan kat seksyen ko Mummy Ayu. Baju kurung oren tu aku baru pakai 2 kali, sebab ada labuci. Aku tak suka. Dalam kotak tu penuh blouse. Jangan ingat aku kasi blouse kopak lak yer...Ada yang tak pernah pakai lagik.
Nanti kalau ada lagi, aku kasi lagi okey....Kat store belakang tu tak check lagi haaaa..eheheheheheheh
Me Naughty..me Netty
4 comments:
babe..keikhlasan dlm menderma adlh dermakan brg yg paling kita sayang seperti nabi kita ajar..bkn derma brg yg kita dh xnak..cer ko dermakan en shanon..ha besarrrr pahalanya tu.. ngeeee
wah net, byk betol baju plus lawa2 lak tu... boleh bukak butik nie...
Suziey- e'eh..banyak la ko nye shannon..aku tatang bagai minyak yg penuh tu.....siapa berani amik..aku tuju-tuju kang muahhahahahahah gelak cekak pinggang.
zara zaman-alaa...biasalah....suka yang lawa jer..bila pakai tak muat..camno?......
ni entry nk derma or nk citer kisah bj kesygan ko wei...bc komen suziey tu gelak aku..cer try...mau kena tuju2 ye net..hahaha
Post a Comment