Wednesday, June 8, 2011

Korang Rimas Tak Bila Masuk Satu-Satu Kedai Ni, Dia Punya Sales Girl Asyik Ikut Jer?

Aku rasa macam VVIP pun ada, rasa macam suspek kes curi pun ada.

Aku tak berapa suka sangat kalau masuk certain-certain kedai tu, ada jer sales girl yang ikut kita rapat-rapat. Macamlah aku nak mencuri gayanya kan?. Dah sah-sah depan pintu kedai tu ada palang alarm kalau bawak keluar barang, berbunyi alarm tu satu kedai. Bukantakat ko jer malu, orang yang lalu sebelah ko pun boleh malu tau.

Semalam aku ke SASA at MidValley (kedai jual alat kecantikan) aku masuk jer, key fine, ada sorang amoi ni greet aku. "Hello, welcome", akupun angguk jer ala-ala jopun gatana. Then dia tanya lagi " What can I help You?" aku pun kata "It's okey, If I need anything I call you ya". So dak amoi tu angguk but still follow aku. Aku nak sentuh make up tu, dia pandang, aku sentuh make up nie dia pandang.....rimas pulak. Nak tanya dia aku takut lain aku tanya lain aku dapat jawapan. Macam previous boutique SASA aku pergi, aku cari Palgantong punya make up, dia asyik dok promote make lain lagi best dan lagi mahal. Aku tak suka tu. So, aku decide untuk baca sendiri kat belakang product tu jer. At least aku faham and boleh servey kat tenet.

Aku pergi kat area lain, berjaya elakkan amoi tu, datang amoi lain pulak. Sampai ada satu time tu kiri kanan ada escot. Makkkk aiiii, aku pulak rasa bersalah nak pegang alat make up tu. Isk.

Last time aku keluar dengan Suziey.com ke Teddy Tales, Midvalley pun cenggitu jugak. Asyik follow jer. Rimas...sangat rimas. Nak berangan-angan dengan barang kesukaanpun tak boleh. Sampai Suziey.com kata, biarkan jer.

Tadi, aku and Mummy Ayu ke Maju Junction, masuklah satu boutique pakaian nie. Aku belek baju kurung, si sales girl tupun stay sebelah aku. Memang sebelahpun, bukan penjuru hujungkan atau 5 tapak jauh dari aku ker, nie bebetoi sebelah. Hamboi...macam muat jer aku nak curi baju kurung tu and sumbat dalam wallet aku nie kan?..

Dah namanya aku nak tengok baju kurung kat sebelah pun susah, dia duduk macam patung kat situ. Last-last Ayu datang, aku cakap ngan Ayu betapa cantiknya baju yang aku usha tadi, Ayu pun borak jugak, haa ambik ko sales girl tu terperangkap kat tengah-tengah antara aku and Mummy Ayu. Dah serba salah dah wataknya. Tu nasib baik aku kurang air dalam badan, kalau tidak aku cakap kasi sembur-sembur biar ko basah kat tengah-tengah tu. Eheheheheheheh...cer tengok macam MPH?..relax jer...mana ada follow-follow nie. Buat tak kisah jer.

Seyes, aku kena beranikan diri cakap betapa aku tak perlu ko ikut aku sepanjang masa. Harus ada keberanian nanti. Kalau tetap nak follow-follow sangat, meh masuk blog aku. Kat situ ko follow la aku setiap masa. Aku tak marah. Ehehehehehe.

psst- kenapa kebelakngan nie, entry aku macam aku sorang jer yang bagus eh?

Me Naughty..me Netty

11 comments:

mama tisya said...

hah mmg tk best bila msk kedai dk follow je..aku nk sap gmbo msk blog pn tk dpt...hahahahah...tp serius mmg rimas...

part ayt ko last tu aku stuju..hahahaha

mummy_ayu said...

tak suka2 ..mcm la kita nak curi brg kat kedai diaorg tu...

Lyana said...

Lain kali sound jer kt sales girl tu.."ikut-ikut..ingat saya nk curi ker"..me pnh sound mcm tu..merah je muka sales girl tu..bru pdn muka dia...

Emy Omar said...

Betul-betul sangat rimas kalau salesgirl dia ikut je bontot kita kan,adoi mcm nak mencuri pulak gayanye.Kadang2 kan ween Emy tinggalkan aje kedai2 yang ada sales asst macam tu ha padan muka elok2 aku nak beli dah rugi :p

fie vierra said...

fie pun slalu pegy kedai sale girl die ikut . ape igt org xde duit ke nak curik2 kan . heee

fie vierra said...

fie pun slalu rimas mcm 2 . rasa nak terus terang je cakap tak payah nak ikut2 boleh tak . heee

notti netti said...

mamatisya- muahahah aku tau ayat tu ko paling suker.

Ayu- betoi-betoi.

Lyana- huhuhu tak reti and tak sanggup nak marah ehehehe

Emy- mesti terkulat2 muka budak tu kan?

notti netti said...

Fie- yer kan, kalau lah ada keberanian nak kata cenggitu.

Sidratul Muntaha said...

ahaha.
sembur jer terus nett even ko kurang air.
buat2 terbatuk2
confirm dia blah sbb tkut kena sakit!
ahhaha!

notti netti said...

SM- hahah tu laaaa nyesal pulak tak buat batuk2..kasi bersin ker tak pun kasi bunyi kahak ke kan..ehehehe

Nana said...

mmg rimas..kalau dia asik2 ikut kan..
mgm blah je
pastu kang dia pandang kita atas bawah
tgk kita ni mcm sengkek sgt
perggh..
nyirap


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno