Thursday, June 23, 2011

Kejadian di Stesen Minyak, Makcik ooooo makcik......

Salam youls!

Pagi tadi seawal jam 6.25am aku dah keluar rumah
dalam jiwa dan raga tersemat indah nak masuk minyak yang dah almost zero.

Dalam perjalanan setelah puas aku carut lite-lite pada driver bas and teksi yang sesuka hati dia jer berhenti kenderaan tetengah jalan....akupun parkinglah kat stesen minyak Petronas idaman kolbu kat Bangsar. Nampak gayanya aku sorang jer yang berkenderaan kereta, aku rasalah (aku park bebetul menghadap kaunter) and as usual aku tak pandang sekeliling sangat, mata aku bebetul tertumpu nak menuju ke arah gegirl yang jaga kaunter tu. (Takde masa aku nak keluar kereta nak tengok kanan, kiri, belakang, atas, hujung, hulu and hilir.

After aku bayar duit minyak, aku lepak dulu dalam kedai beli air mineral satu botol. Bila aku keluar dari kedai Petronas tu tetiba aku nampak sorang makcik baik punya 'Dafi' tengah isi minyak kat kereta aku. Aku tak sangka la sebarang kejadian para normal belaku. Aku ingatkan makcik tu pekerja stesen Petonas. Sebaklah jugak ati kotnya kalo mak aku yang kerja camtu, bangun pagi-pagi nak cari nafkah kan?.

Aku stay sebelah makcik yang tengah dok tunggu pam minyak tu berjalan. Makcik tu tengok aku, aku tengok makcik tu sambil senyum. Tapi aku tengok makcik tu takdelah buruk bebenor bajunya, cantik berbaju kurung, siap ada name tag lagi...name tag dia nama RAFIDAH. Aku senyum tapi kelat-kelat jugak fikir, mesti tokey Petronas nie berdedikasi orangnya, sampai suruh pekerja pam dia pakai baju ala-ala hari raya and siap bername tag. Kesian aku ngan makcik tu. Tapi makcik tu tengok aku lain macam. Macam tak mesra jer.

Then pam minyak tu bunyi klik tanda stop. Tertera RM50 kat meter seperti yang aku bayar. Tapi aku dengar makcik tu kata, "Aik? budak tu salah key in ker?"....aku biasalah....ke'blur'an adalah makanan aku tetiap pagi. Aku yang baik hati nie terus cakap terima kasih makcik and bukak pintu kereta (dalam hati kot nyer makcik tu nak totop balik cover minyak aku tu kan).

Then bahu aku kena tarik....aik! melatah aku (tak payahlah korang tau apa latah aku tu)...terkebil-kebil aku pandang muka makcik yang macam PRIMEVAL tu. Makcik tu tanya aku, "awak nie nak apa? mencuri yer?...."

e'eh?.....apa aku buat...aku tengok orang kat sekeliling stesen minyak tu dah muka alaa-ala nak kepoci gayanya- dah pandang-pandang. Aku tanya makcik tu...."kenapa makcik?" sambil tu ada pekerja pam bangsa lelaki dah mula datang dekat kitaorang.

makcik tu tanya, "awak buat apa kat kereta saya ni?......."

aku macam..."aaa? apaaa? saya nak pergi pejabatlah"....terkebil-kebil aku....(kengkadang tu aku rasa penyusunan ayat aku tak berapa betul lak) aku tengok deco dalam kereta...sah! kereta aku...tengok kat seat belakang...sah! kasut-kasut aku tersemat indah kat atas seat tu. Aku jawap..nie kereta sayalah makcik, makcik buat apa kat kereta saya?. Then makcik tu pergi kat belakang kereta aku tengok plat kereta gamaknya....then aku dengar dia carut lite-lite jugak sambil pandang alam sekitar (cari kereta dia la tu).......rupa-rupanya kereta dia sama spesis ngan kereta aku and kereta dia park kat tempat pam angin tayar....

aku agaklah....dia sampai awal dari aku, tapi dia gie toilet or gie kedai dalam Petronas tu ker kan?......sambil tu anak or kawan dia dah tolong isikan and terus park kat tempat pam angin tayar tu. And makcik yang baru keluar toilet nie ingat kereta aku yang baru tiba tu adalah kereta dia. Aku agaklah, sebab nampak ada sorang gadis dalam kereta gen2 dia dok lambai-lambai.

Apalagi, makcik tu terus blah....malulah tu.......pakcik yang dok tengok jer depan aku tupun senyum jer.....
Hai lah makcik....lenkali tu tengok-tengoklah dulu before nak isi minyak kan...nasib baik isi minyak kereta aku...kalo kereta peronda polis ker...kereta prebet sapu ker...kereta VIP ker...kan lagi malu......

Tapi, apa-apapun terima kasihlah makcik sebab tolong isikan minyak....buat susah-susah jer....

psst- aku faham keadaan mental fizikal makcik tu...sebab akupun  pernah tersalah masuk minyak kereta orang dulu.

Me Naughty..me Netty

7 comments:

Anonymous said...

Nasib baik dia yg salah keta kalau dia buat bodoh n terus msk kat keta hang, almaklum hang naik lrt lah ke tmpt keja..

mummy_ayu said...

ha ha ha..lawak tul makcik tu..siap sound ko..nak curi keta ke?
mesti makcik tu malu giler....
ha ha ha..

Sidratul Muntaha said...

huhu..
aku dok terpikir lain la plak sbb ade kes dulu tlg isikan minyak thu2 dia curi minyak org tu.
sekali slh keta laa!!
huhu..
pagi2 khamis nett.
seb baek la makcik tu bukan kaki serang.
klu tak,mahunya perang dunai ketiga kat situ.
huuuh.

notti netti said...

Anon- huhuhu idoknyalah aku naik lrt...aku suh orang amik aku deheheheh

ayu- ha'ah...nampak berubah muka makcik tu...malu la tu....

SM- mula-mula tu macam nak serang...dah tu aku cakap tu kereta aku...tu yg dia check no plat..gamaknya kereta dia kotor dari aku kot eheheh tu yang dia pelik...kih kih kih

Anonymous said...

hahahahaha... malu nya la... tak leh bla tol makcik ni,,, siap sound tu yg tak tahan!!! hahaha..

iduraz said...

hehehe...mesti makcik tu muka teball giler...siap tuduh org nk curi lagi.tapi pepagi memang kiter salu blur ek..mood belum sampai..

inspirasicyber said...

makcik separuh sedar agaknya..sampai tak perasan kereta sendiri


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno