Friday, June 3, 2011

Berseorangan Makan-makan di Sushi King MidValley....ikuti Karangan ini....

Wah....saya amat gemar menulis karangan...dengan berlagak bongkaknya time sekolah rendah dulu, saya dapat A untuk markah karangan saya......huhuhu tapi versi Bahasa Melayu la...English??? eheheh no komen......

Ya...hari ini karangan saya bertajuk " Berseorangan Makan-Makan di Sushi King"

Pada Hari Khamis, 26 Mei 2011 yang lepas, saya telah ke MidValley, Kuala Lumpur. MidValley adalah sebuah tempat membeli-belah untuk manusia (1 Markah sebab ada maksud untuk MidValley). Tujuan saya ke sana adalah untuk mengenyangkan perut yang agak sedikit kekosongan dan mencuci-cuci mata. (2 Markah, sebab ada tujuan). Saya tiba di sana lebih kurang jam 6.00 petang dan terus menuju ke restoran Jepun tersebut. (1 markah sebab ada pendahuluan).


Saya ketika itu adalah seorang watak bukan antagonis yang berjiwa penyanyang lagi comel. Saya tanpa dipaksa-paksa telah duduk di sebuah kerusi yang berdekatan dengan sepasang suami isteri berbangsa cina. Tidak pula saya ambil tahu apa yang mereka makan. Kerana ketika itu pandangan saya terjurus ke arah sushi-sushi yang sedang laju bergerak ikut arah jam.


Kemain sungguh sushi shashi tersebut bermodelling depan saya....menayangkan keseksian masing-masing. Tangan saya ketika itu laju jer mengkidnap sushi shashi tersebut tanpa menjeling kiri kanan. Menjeling kiri kanan adalah sangat membuang masa. Pelbagai sushi yang terdapat di Sushi King, Midvalley tersebut. Saya amat gumbira tidak terhingga ( Tolak setengah markah, ejaan tak betul ).



Ketika kejadian makan memakan, saya terlihat pasangan kekasih ini sedang bergundah gumbira menayangkan aksi cinta pilu dendam memasing. Saya pun pilu melihat aksi seksi mereka...sambil makan sambil saya melihat tayangan hebat blockbuster mereka...sangat sukses!!!! Di akhir cerita, si wanita hanya memeluk erat lengan sang jantan tanpa bersuara. Saya makin laju menyuap sushi sashi ke dalam mulut yang luas. Hebat sungguh movie tersebut.


Seketika, saya melihat ke arah sepasang merpati dua seguli ini sedang berborak-borak riang. Mereka sedang menunggu tempat duduk.kosong. Saya pandang kerusi kosong sebelah saya. Kosong! tapi hanya untuk seorang sahaja. Boleh...boleh...sang lelaki duduk sebelah saya, sang gadis jaga pintu ya...eheheheheheheheh (potong setengah markah lagi, ayat tak ntah apa-apa). Manakala lelaki dihadapan saya juga sama seperti saya. Sedang makan berseorangan sambil memikirkan masa hadapan yang tidak menentu.


Saya pandang ke kiri saya, Wanita cina di hujung itu pun keseorangan melihat pekerja-pekerja sushi king menyiapkan sushi shashi. Saya tak ambil pusing sangat pasal wanita tersebut. Sebab tak menarik hati saya.


Saya melirik pula pada wanita di sebelah hujung sikitdari saya. Dia lewat sampai berbanding saya tapi yang terawal keluar dari sushi king. Saya kemaluan sikit, dia makan 3 pinggan sahajer...berbanding saya yang makan 8 pinggan. Huhuhuhuhu...maafkan atas kelaparan saya. Itu memang normal bagi gadis kesunyian seperti saya..eheheh gelak malu-malu. Di sushi king, saya mengambil minuman ringan iaitu pepsi sahaja. Saya juga turut tidak selesa ketika makan, kerana pasangan cina disebelah saya amat rapat dengan saya. Sang suami wanita itu merangkul pinggang wanita itu tanpa lepas sesaatpun, terror betul.....tangan kanan suap makanan tangan kiri hebat merangkul pinggang wanita kesayangannya, takot tercabut kot. Tapi, apa kena mengena dengan saya ya?...oh! saya risau jika tangan lelaki tersebut teraba buntot saya yang berada tidak sampai 15 inci dari tempat duduk isterinya. Kang ada yang makan sambil terstim kang. Siapa yang stim, tidak pula saya pastikan.

Lebih kurang jam erm 8 malam baru saya keluar dari sushi king tersebut. Itupun setelah dipandang hina oleh tukang buat sushi tersebut. eheheheh. Okee....okee..saya sudah mula melalut membuat karangan. Saya terus kepada penutup.

Makan di sushi king adalah tidak salah kerana sushi king juga adalah makanan yang biasa-biasa sahaja. Oh! tetapi jangan pula kamu...kamu...dan kamu mengambil sushi yang ada belut panggang di atasnya kerana ianya tidak halal. Eheheheheh. Sekian, itu sahaja karangan saya.



Me Naughty..me Netty

6 comments:

qaseh tia said...

xpernh lg g makan kat sushi king.... g beli 1pcs 1pcs kat supermarket pernah la..ngeeeeee

mama tisya said...

pnt taip tiba2 ilang komen aku...

notti netti said...

Puan Tia- eheheh, net pun baru2 nie jer berani makan sensorang. Dulu, mana berani.

aimi- ceh ko! taip balik.

mama tisya said...

jp aku ingt apa aku bebel td..pnt tau taip pjg..ni yg aku ingt2 lupa la


bila nk bw aku mkn sushi king??tp tktau ler aku leh mkn ke idok...

ko bab karang mengarang mmg serah kt ko tp karangan kalini byk potong markah:-p

notti netti said...

Aimi- hahahahahahahah ko makan ke makanan Jopun gatana nie ehehehe..aku kan suker mengarang. Jangan ko terkojut pulak aku produce satu novel kat alaf21 eheheheh

mama tisya said...

mentang2 br bli novel KASIH YANG SUCI ko nk jd penulis novel alf21 ek:-p


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno