Kamu diminta untuk membuat satu karangan bergambar berkenaan Majlis Harijadi. Jumlah patah perkataan hendaklah tidak melebihi 100 patah sejam. Plagiat tidak diizinkan sama sekali! (kata Cikgu BM kepada anak muridnya).
Tajuk :- Majlis Hari Jadi E'izz Eiyman
Pendahuluan
Acara juga tidak lengkap jika tidak ada acara syok sendiri. Kamu tilik gambar ini dan fikir..siapa yang paling Siyoook sendiri?...........
Tajuk :- Majlis Hari Jadi E'izz Eiyman
Pendahuluan
Isu pembantu rumah yang hangat suatu ketika dahulu kini sudah mula reda apabila satu memorandum persefaham di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesia telah selamat dicop mohorkan. Rentetan daripada itu, Watie Wynn secara serta merta telah berjaya meng'adopt' seorang pembantu rumah warga Indonesia dan membawa bersama-sama untuk meraikan majlis harijadi sahabat blognya. Bertempat di Scriptorybox, Tingkat 1, Wisma Bling Lustre, Puchong, pembantu rumah tersebut telah dibawa untuk menjalankan tugasnya yang ker 12 kali (bukan pertama kali). Di Majlis tersebut, pembantu rumah itu telah dipertemukan dengan beberapa cewek-cewk yang amat manisssss sekali iaitu, suziey.com, Ilah fazilah, Mummy Ayu, Notti Netti, Watie Wynn (Tuan Punya Pembantu Rumah) serta beberapa cewek blogger yang lain. Pembantu rumah tersebut amat gumbira diperkenalkan kepada cewek-cewek tak sedar diri tersebut.
Isi
Di sana, kami tetamu yang hadir diraikan dengan pelbagai acara. Acara wajib iaitu Makan! Makan! dan Makan!. Antara menu yang dihidangkan adalah meehon sup, meehon kari, apam polkadot, karipap, tart, cekelat, pop kek, kek, roti dan air. Semuanya dibikin sendiri oleh tuan rumah & co. Syabas betheee.....
Di majlis tersebut juga, para tetamu dihidangkan dengan aksi bergaya pakcik Clown yang pandai mengambil hati kanak-kanak, bukan kanak-kanak sahaja yang teruja.....cewek-cewek blogger yang samborono itu juga turut terencat hendakkan baloon free dari pakcik clown. Penulis blog ini juga amat cemburu melihat baloon berbentuk bunga di tangan anak Mummy Ayu. Hendak meminta malu terover-over pulak. Nak curi dari tangan Iris (anak Mummy ayu) takut dia menjerit sampai satu bangunan tahu. Isk!
Pakcik clown ini telah berjaya membuat anak suziey.com yang takut dengannya menjadi berani gagah perkasa. Semuanya angkara belon beraneka rupa yang dihidangkan kepada kanak-kanak yang tidak berdosa ini. Pakcik clown juga banyak menyorok lollipop di dalam setiap poket beliau. Jika diikutkan hati, mahu sahaja saya menyeluk di dalam salah satu poket pakcik clown, tapi dikhuatiri terseluk benda lain. Tarik nafas panjang-panjang.
Saya juga turut mengambi gambar suasana majlis tersebut, Amat meriah dan ramai tetamu yang hadir...sehingga kan saya tidak tahu membizakan mana tetamu dan mana kerusi meja. Dasyat bukan???
Tapi apa-apapun, hiasan adalah sangat cantik, tetami memandangkan ramai tetamu yang hadir, kecantikan sudah tidak nampak kerana segenap penjuru penuh dengan manusia.
Majlis hari jadi tidak lengkap jika tidak ada kek. Justeru itu, E-Car ibu si Eiymann telah bertungkus lumus menyiapkan kek hari jadi bertemakan Toy Story. Amat cantik keknya. Rasa mau sahaja saya telan-telan watak kartun Toy Story tersebut, tapi sebagai si tukang buat kek...saya berfikir sejenak.....bukankah banyak fondant di rumah ko Net?....balik rumah boleh sahaja ko melantak pepuas, jangan menjatuhkan saham sebagai tukang buat kek juga. Selepas bermuhasabah diri, saya membiarkan sahaja fondant2 karikatur itu diambil kanak-kanak dan kanak-kanak besar (Mak orang)
Setelah kenyang melantak, kami bergambar bersama-sama. Ini merupakan acara wajib bagi cewek-cewek blogger yang kertu. Sebelum makan lagi kami telah bergambar....patutlah suami masing-masing enggan follow jika ada majlis sebegini...kerna...apabila si isteri sibuk bergambar...si suami akan menjadi patung atau frame gambar di ceruk-ceruk dinding. (Blur la tu....).
Ini adalah Mummy Ayu dan Watie Wynn,....anak watie wynn tidak suka orang menggelarkan dia 'Cute'...dia akan jadi amat marah. Saya menjadi mangsa amarahnya ketika itu. Dia mahu kita memanggilnya 'HandsomeBoy'. Ahhh tergoda mak, nyah! Kamu perhatikan baby boroi berbaju GAP berbelang itu. Sangat cute bukan?...AWAS!!!!! saya juga menjadi mangsa nyaris-nyaris tercekik lehir ekoran dia menarik tudung saya ketat-ketat. Nasib baik saya tidak pengsan. Harus menuntut ganti rugi dari ibu nya yang buat tak tau itu. I'm watching you baby...!!!!!!
Ehem! ehem itu saya (tersipu-sipu malu)..yang disebelah suziey.com......yang bawah tu anaknya...selalu saya cakap, anaknya adalah seorang kanak-kanak yang pendiam pernah saya jumpa. Tapi semalam....pendirian saya tehadap kanak-kanak ini berubah sama sekali. Anak kamu sama seperti kanak-kanak lain....mempunyai kekuatan luar biasa, dasyatttttt!!!!!!!!!
Tidak perlu diperkenalkan lagi......tapi takpe..saya perkenalkan juga. Itu Bag saya kaler hitam. Di belakang tu rak buku, ada pelbagai jenis buku, XXX, tafsir al-quran, Harry Potter, sebelahnya adalah ottoman (kerusi), sebelah ottoman adalah budak kecik tak tahu anak siapa. Itu sahaja. Harap kamu sudah kenal.
Seterunya adalah acara gambar beramai-ramai, itu yang berbaju kuning biru adalah ibu kepada birthday boy (E-Car) yang duduk dihujung kiri. Ilah Fazilah di atas (kuning) Saya yang ditengah2 macam Permaisuri dan gundik-gundiknya, Ayu di sebelah saya, watie di atas...(ya..sila lihat betul-betul...anak beliau sedang sedaya upaya menarik tudung saya), suziey.com disebalh saya juga dan disebelah beliau...er...er...er.....kami hanya peluk cium pipi tapi tak tahu nama...adeh lah!
Acara terakhir adalah acara bergambar dengan tuan punya majlis iaitu E-Car. Saya sangat segan bergambar dengan beliau kerana body kami bezanya macam langit dengan bumi. Saya bumi, dia langit. Amat kecil sekali sizenya manakala saya..er..er..er...takpe..saya salahkan camerawoman yang mengambil gambar tersebut. Wei! belajar dulu ambil gambar..tengok!! dah besar sebelah...(kata Netty kepada Ayu). Tudung saya sudah senget ketika ini (Jeling anak Watie Wynn).
Tengok...tengok...shantik sahaja foto yang diambil jurugambar ini. Belajar pada yang berkaliber lain kali. Hehehehehehehe.
Terakhir sekali, gambar diatas menunjukkan gift yang para tetamu tetamik perolehi. iaitu bag dan kerepek dan baloon (baloon tu saya sapu budak depan saya punya, dia terjatuhkan baloon itu lalu saya pick up untuk dia tetapi masukkan didalam bag saya. Aci tak?.......
Penutup
Majlis berakhir lebih kurang jam 5.30 petang, tapi kami iaitu saya, Ayu dan Suziey telah terkandas di IOI Mall. Mummy Ayu dan Suziey.com juga telah berjaya mengurangkan lemak badan dengan acara kejar mengejar anak masing-masing di Shopping kompleks. Saya?...eheheh relaxxxxx jer...buat apa nak kecoh2 ye tak? eheheheheheh. Akhir kata, majlis hari jadi merupakan satu majlis yang mengeluarkan badjet yang bukan calang-calang sedikit, jadi?...menabunglah mulai sekarang jika mahu mengadakan majlis harijadi anak-panak anda. Sekian.
psst- Terima Kasih Tuan Rumah (E-Car and family) kerana sudi menjemput saya ke majlis harijadi anak korang. Luv you too da max! Hope u like my hadiah!
Me Naughty..me Netty
9 comments:
ahahhaa..
putus urat gelak aku baca enrty ko aruni nett.
aku blik kg la,klu tak lama aku siggah birthday party anaknyer kak e-car nih.
kemain karangan..kata tk lebih 100 aku rs mcm lebih je..heheh..potong markah cz ada selit unsur2 lucah part seluk poket pakcik clown...apa2pn enjoy bc karangan ko:-p
caya la ko net...no 1 tu siap buat entry..aku draf pun lum....
cilok gambar ckt... :-)...
Sidratul muntaha- eh?..laaa ada singgah birthday party ecar eh?
aimi- mana ada unsur2 lucah..cer bukti? cer bukti?
ayu- well see my leg laaa...
wohoo pantas nya..amboih sempat mengata ank aku yek..well..ko xingt ke cabaran aku n ayu..ko bw ank ko 2 org tu g shopping mall..xkisah mall mana..tdk terhad utk IOI shja..mari kita lihat aksi mereka..yeeehaaaaa:p
suziey-kih kih kih......takpe..anak2 aku semua baik-baik eheheheh..berkat ajaran atok dia yang ala-ala rejim skit tu.
xdpt nak join
ada kenduri kawen
klw tak mesti dpt jumpe
Nama kite Azura lew.. hehehe tu ler, zr rs2 cm kenal muke tp nama tu x ingt, nama blog ingt lew.. heheheh
nnt kalau ado event lg , kut2 ternmpak laga2 pipi le lg yek.. besh join korg , riuh & heboh2..
* memula segan nak dtg party tu, tp kak ecar kato ramai bloger dtg, tu yg main terjah..
hai fazilzura- salam kenal..nanti ada party nanti kita laga2 pipi eh....
Post a Comment