Tuesday, June 7, 2011

Buruk Rupanya Bila Girlfren Marah-Marahkan Boyfren dan Lagi Buruk Bila Boyfren Tak Layan Girlfren Depan Public.

Tadi after office hour aku terus ke MidValley/The Gardens.
Tempat yang dituju tak lain tak bukan, MPH Midvalley. Aku nak cari novel Kasih yang Suci ada kawan blogger pesan mintak tolong belikan. Tapi sayang, sold out pulak.

So, aku lepak baca komik, buku masakan, buku craft and tengok buku-buku nota yang cute-cute. Dekat 11/2 jam aku lepak sana, aku pun blah gie jalan-jalan ke Charles & Keith and SASA. Tengok-tengok jer, tak belipun.

So, dalam boutique C&K tu, aku belek-belek la kasut (takkan belek kaki orang kan?) then aku terperasan kat depan kaunter tu ada ottoman panjang and adalah sepasang kekasih. Yang aku makin suka perhatikan bila wajah si Boyfren memang 100% muka boring giler. Si girlfren pulak tak habis-habis tunjukkan wallet yang bersusun kat sebelah peha dia pada sang kekasih hati. Tapi si kekasih dok angguk tak tengok pun. Eeeee kalau akulah....kecik hati doohhh!!! Merah-merah bijik mata aku kalau berada dalam situasi cenggitu. (dah namanya pompuan, air mata adalah perkara wajib).

Aku lintas depan couple nie, aku belek kasut sebelah girlfren tu, aku terdengar yang si girlfren tanya lagi, "yang, mana satu cantik yang?" and si boyfren jawab "pilih jer la mana-mana, cepat sikit boleh tak?"....yang si girlfren dok desak-desak lagi suruh choose mana satu yang cantik. Eeeeee kalau akulah, pakwe aku dah kata camtu, buat apa ko nak asking-asking lagi. Better ko sendiri yang buat pilihan, sebab ko yang nak pakai kan? and one more thing, kalau dah tahu sifat boyfren tu camtu, jangan bawa dia keluar shopping, bawak gie dating dalam kat taman ker, pergi nonton ker, buat wayang ker eheheh bolehlah. Nak shopping yang memuaskan hati or bila setiap kali asking dapat jawapan yang memberangsangkan is keluar dengan kawan-kawan sendiri. Better like that. Kesian aku tengok couple tu. Rasa nak baling kasut kat kepala boyfren tu pun ada, belum kahwin dah buat dono, after kawin? camno....isk....harap-harap tekaan aku salah.

Then aku ke The Gardens, on the way nak ke Gardens dari Midvalley, aku jalan sebelah menyebelah dengan satu awek nie, comel orangnya. Aku rasa pekerja salah satu boutique kat situ base on her uniform. Haaa nie lain sikit caranya. Awek nie tengah cakap-cakap dalam phone dengan boyfren dia. Part yang best tu, boleh dia mencarut and marah-marah boyfren dia. Ayat yang aku dengar kalau tak silap "You kalau tak pick up I on time you memang bla bla bla" (Tak ingat dah). Hamboi kooooo.......dah le suara tu kuat bebenor. Siap tangan tu naik ke Utara, Timur, Barat, Selatan...cuma tak parking kat lobang hidung aku jer. Kalau masuk lobang hidung aku, memang aku suruh teruskan dengan korek dalam-dalam, tak dapat hasil...ko siap!

Bukan apa, malulah sikit pada kaum lain yang sama dengar perbualan dia. Malupun ada. Sampai aku dapat bayangkan yang pakwe dia tu ala-ala nerd/takut girlfren. Uish, kalau dah kahwin nie, mau laki kena buli nie. Satu lagi awek tu sepatutnya bermuhasabah diri, kalau yer pun si boyfren buat salah ker at least jagalah maruah diri. Akupun pernah gak camtu, tu yang aku menyesal tu...sib baik orang tak kenal aku. Muahahahahah. tapi nie open public kira tak eloklah.

Aku bukan nak kata aku baik, it just that, lepas kahwin nie sedikit sebanyak mematangkan aku. Bak kata orang dolu-dolu, Orang tua lebih dulu rasa garam berbanding orang muda. Aku sebab dah rasa separuh garam and separuh ajinomoto lah aku nak nasihatkan pada pakwe makwe yang ada kekasih hati yang perangai cenggini, TINGGALkan jer la.......usah dicarry on, fikir bila dah kahwin nanti, kita nak hidup bahagia sampai akhir hayat, bukan nak makan hati berulam jantung hingga akhir hayat kan?.

Just my 2 cent.

psst- Minah yang marah pakwe dia kat phone tu, terjelepuk kat tangga eskulator sambil melatah...muahahahah, bukan aku tolak eh......aku tiup jer...eheheheh

Me Naughty..me Netty

5 comments:

Mrs NiMeL said...

puan, novel Kasih Yang Suci tu dah sold out ke? huhu..baru nak pasang niat nak beli .. kat mane lagi boleh beli novel nih ek?

notti netti said...

tadi kat MPH Midvalley dah habis. Tapi diaorang akan re-stock cuma tak tahu bila. Cuba cari kat kedai buku kat jalan TAR (if u stay KL la) takpun beli dengan alaf 21 kat karangkraf.

Zue AnnaLeeya said...

hahahha... lawakla nett...
ko sajer gi seblah awek tuh dan dgr dia ckp ape kan???? ekekekek....

tp aku setuju dgn ko nett...
klu bercinta dah gitu, kawen nanti cmner la yer...
pikir2 kan balik... huhuhu...

Atie iskandar said...

aah la kak..
lau kite pkwe da mrh2 tak lyn cmtu da mls da nk tnye2 lg..
xbest betol dapt pkwe cmtu..
nnti da kawen ntah cmne la tue..

notti netti said...

Zue- hahaha ha'ah sebab aku nak tiou dia kasi jatuh, tu yang kena rapat2 tu eheheheh

atie- yaa, sebab dah merasa, tu yang kalo boleh nak kasi nasihat, jangan menyesal bila dah kawin. Tapi kalau sayang lagi kuat dari segala-galanya tak tau nak kata apa lah.... eheheheh


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno