Harap-harap cikgu kasik markah penuh kali ini.
Soalan: Anda diminta untuk menulis karangan berbentuk esei mengenai lawatan ke Mydin. Patah perkataan tidak kurang dari 152 patah. Dilarang menciplak kertas jawapan member sebelah. Open book test dilarang sama sekali.
Tajuk : Lawatan Sambil Belajar Ke Mydin
Me Naughty..me Netty
Soalan: Anda diminta untuk menulis karangan berbentuk esei mengenai lawatan ke Mydin. Patah perkataan tidak kurang dari 152 patah. Dilarang menciplak kertas jawapan member sebelah. Open book test dilarang sama sekali.
Tajuk : Lawatan Sambil Belajar Ke Mydin
Assalammualaikum pembuka bicara, kata mak saya kalau nak memulakan sesuatu pekerjaan kena bagi salam. Maka, saya bagi salam dalam karangan saya dulu semoga rezeki untuk dapat full mark terbentang luas. (Awal-awal cikgu potong satu markah! mana ada karangan start dengan salam! ko ingat ini buat surat cinta?). Semalam, saya bersama teman iaitu Suziey.com telah pergi ke Mydin, Petaling Street. Saya anggap sahaja kami buat lawatan sambil belajar. Sebabnya, 1st time saya masuk Mydin Petaling Street. Sebelum ini saya hanya parking sahaja di bawah Mydin tanpa sekelumitpun ada perasaan nak singgah atau jenguk interior design kat dalam Mydin.('1st time' harus ditulis 'pertama kali' ~ cikgu potong 1 markah).
Kami tiba di Mydin setelah puas melantak burger A&W yang berada di bangunan sebelah, saya lebih kepada menjamah manakala Suziey.com makan burger, beliau boleh dikira sebagai melantak. Setelah check in di dalam Mydin supermarket tersebut, saya begitu terjua dengan air-cond yang sejuk tapi masih tidak boleh lawan eskimo.(Agak-agaklah nak bandingkan air-cond Malaysia dengan kat eskimo - cikgu potong 1 markah) Tidak pula kelihatan pakcik Mydin atau keluarganya, yang kelihatan cuma sedara-sedara perantauan yang bekerja disana. Sibuk sungguh mereka menyusun barang di atas rak.Pakcik Mydin pergi beraya agaknya.
Kami menuju ke tingkat atas dan saya hanya meng'follow Suziey.com. Tiba sahaja di tingkat atas, saya berasa amat teruja, terkemut-kemut saluran pembuangan saya melihat keindahan panorama di Mydin tersebut. Sangat indah sekali...terdapat beberapa barang yang dijual borong, sudah lama saya tidak melihat situasi tersebut. Disini, saya sertakan beberapa gambar dengan harapan cikgu akan memberi markah kesian pada saya.
Ya, lihatlah susunan di rak tersebut, indah bukan? bukan itu sahaja, yang jual banyakpun ada. Rumah cikgu ada barang disusun cenggini? ada?. Mesti takde atau takkan ada bukan?. (cikgu potong 2 markah - berani ko hina cikgu)
Ini sekitar kawasan payung-payungan, murah dan cantik. Ada satu payung yang saya rasa lebih kurang sama patternnya dengan payung yang dijual di The Gardens. Malah harganya jauh lebih murah. Ingin sahaja saya membeli satu untuk cikgu, tapi cikgu banyak payung. Kan cikgu ada kata, membazir amalam syaitan. Saya taknak cikgu jadi setan. Kalau cikgu jadi seth tan takpelah jugak, tapi cikgu pompuan bukan lelaki. Seyes wa cakap mak lu, gempakkkkkk.(Ayat bombastik - cikgu tak potong, cikgu kasi amaran keras).
Sedang saya melihat-lihat barang, saya terlihat seseorang dihadapan saya. Oh! itu manusia cikgu, bukan makhluk asing, beliau juga kelihatan amat teruja dengan barang-barang yang dijual di Mydin. Nampak macam dia duduk bersahaja bukan?..tapi tidak, beliau duduk menyangkung macam style buang air beso tu. Saya kagum. Kagum melihat betapa taksubnya pelanggan-pelanggan membeli-belah di Mydin, oh! ketika gambar diambil, sayapun turut duduk style sama macam akak tersebut. Ambik feel bak kata pepatah pepatung.
Banyak barang yang kami beli, saya cuma jadi pencacai sahaja (tukang bawak barang). Ada ketikanya raga tersebut berbunyi-bunyi, bukan bunyi muzik, tapi bunyi macam tayarnya dah nak tercabut. Saya buat derk jer and terus menarik bakul beroda tersebut dengan perasaan berbunga-bunga rasacamnakcampakjerkatbawah.
sedang saya meninjau-ninjau di sekitar Mydin, saya terlihat bag serbaguna Mydin berharga RM1 ini. Saya bertanyakan kepada Suziey.com sama ada sesuai atau tidak bag ini dijadikan doorgift untuk birthday anak-anak saya. Si Imran berwarna kuning manakala si starbuck latte berwarna biru. Persoalan saya dijawab dengan perasaan berbelah bagi oleh Suziey.com. Saya pun tak tahu kenapa?......adakah disebabkan oleh tulisan satu Malaysia atau tulisan Mydin yang tertera di bag serbaguna tersebut?.......apa pendapat anda? hahahahaha........(ko ketawa dalam karangan? - cikgu potong 1 markah!)
sebelum lawatan berakhir, saya pergi ke area stationary untuk mencari hadiah buat seorang teman sekangkang. Saya perhatikan tempat pengasah pensil, sangat cantik dan kretip. Gambar di atas adalah sharpener berbentuk helikopter. Saya belek-belek sharpener berbentuk helikopter tersebut berulang kali. Akhirnya saya beli juga. Bukan helikopter tersebut. Saya beli kereta. Buat apa saya beli helikopter? bukan saya ada lesen pilot. Saya cuma ada lesen membawa kenderaan, maka saya beli yang ini.
Amacam? cantik tak kenderaan saya? ada warna biru dan merah jambu sahaja. Saya pilih mewwah jambu sebab kaler kereta saya warna cokelat. Apa kegunaanya?. (cikgu potong 1 markah-ayat tak relevan)
Kegunaannya sangat berdaya saing. Lihat, saya telah mengasah pensil saya yang juga bewarna pink sehingga tajam dan pendek. Tak sangka pula sharpener tersebut mengasah tanpa henti. Akibat teruja, saya juga turut membantu kawan-kawan/ saing-saing sepejabat untuk mengasah pensil mereka. Habis tajam semua 'pensil' mereka. Tiada lagi yang tumpul. Kalau tumpul jugak, jangan tanya saya, tanya empunya diri masing-masing.Mereka perlu pergi berubat. (Cikgu potong 3 markah! cikgu anggap ko melucah). Mereka kesukaan, kalau diikutkan dengan pen-pen mata bulat hendak saya asahkan, tapi saya masih waras. Sayakan poliscop gaban.
Ini adalah sebahagian pensil yang telah ditajamkan oleh saya. Wah! bangganya tidak terkira, mahu sahaja saya letak notis iklan di bawah ofis bertanyakan sekiranya ada yang hendak menajamkan pensil mereka, bolehlah berjumpa saya. Servis adalah percuma err bawakkan jajan sedikit pun jadilah.(cikgu bagi panelti kad merah-cubaan untuk belajar rasuah)
Saya rasa, saya sudah tersasar daripada lawatan ke Mydin, tapi takpelah, kesimpulannya pasaraya Mydin menawarkan beberapa barangan yang setiap pelusuk manusia boleh perolehi di dalam gedung ini, nak ketemu jodoh pun boleh, bersepah.Cuma pilih sahaja yang sedang bekerja menyusun barang ataupun yang lepak-lepak di atas tiang-tiang depan Mydin. Cuma rumah atau kenderaan atau bayar saman tidak dapat dibuat di Mydin. Malah, jika anak-anak anda tersesat, jangan khuatir kerana pintu keluar Mydin amatlah kecik dan dijaga oleh 2 orang guard yang konon samseng (cer tanya taraf warganegara, kecut!). Setiap orang yang keluar pasti akan di check habis-habisan, jika 10 orang hendak keluar dan terbunyi alarm maka seploh-seploh orang tersebutlah akan diblack list dan akan discan habis-habisan sebelum berjaya keluar. Jika anda terselit antara seploh-seploh orang tersebut, jangan cuak jangan terkucil, terkemut pun jangan. Elakkan! anda buat cool sahaja kerana jika anda tidak bersalah, anda akan lepas keluar dari pintu dengan perasaan megah berbilang kaum.
Sekian, karangan dari saya.
Nota kecil dibawah untuk cikgu Bahasa Malaysia.
Saya tidak beli satu barangpun untuk cikgu, sebab cikgu selalu potong markah saya. Sekian.
(Cikgu tetap potong markah- menyampah tiap kali baca karangan ko)
Me Naughty..me Netty
6 comments:
ni sure Datuk Maydin kasi full mark kat hang tau .. baguih tui le wat krangan yg amat pjg tu .. teruja jgk i nk terjah
hahahaha.. adoi, gelak guling2 baca karangan ni..
cian sapa jdi cikgu baca krngn ni..=p
baguih2...teruskan usaha mengarang cerita yg best2 lagiii
kuikuikui..lawak nya karangan.kompom cikgu tak jadi marah kalo baca ni..
ha ha ha..
nak komen gak..canti keta tu..pink..i like!!
Post a Comment