Wednesday, July 13, 2011

Nyaris-nyaris Aku Langgar Orang Tadi.......Tidak Buat Rosak Kereta Je.

Salam sakit perut semua
adeh...aku paling benci kalau sakit perut yang ala-ala sekejap sakit sekejap tidak...tu datang.
apa orang kata? angin dalam perut....
salah aku jugak, aku dah rasa ayam dalam peti ais tu xpired, baupun lain macam, tapi aku masak jugak....ada ayam baru takmo guna...konon takut membazir..haa nielah natijahnya.....ada kang kejap lagi aku dok bertapa dalam bilik air ofis tu nanti. Bohsanlah...aku kalau sakit perut nie aku tak berapa gemar tandas mencangkung tu...almaklumlah tandas duduk ada sikit and mencurigakan tahap kebersihan dia. Kang after buang hajat, ada yang aku berdiri cam spiderman kang....lenguh kepala lutut. Adeeeehhhhh.

pagi tadi, time aku nak sampai ke pintu masuk ofis aku......macam biasalah, dipagi yang gulap gulita sekitar 6.40am aku dah pecut ke gate B. Memang selalunya pagi-pagi ada sorang pakcik nie akan bersihkan daun-daun tepi jalan menggunakan vacuum. Tak  kisahlah......tapi pagi tadi time elok jer aku tengah drive.....ada pakcik tu kat tengah-tengah jalan...so aku slowkan kereta......lebih kepada emergency breaklah (alamak..sambung nanti, aku nak membuang.....!!!)

ok...kita sambung balik (seperti yang ku duga...persis spiderman melekat kat dinding rupa aku kat toilet tadi).
kendian, aku slow menuju ke arah pakcik tu sebab dia betul-betula ada di tengah jalan antara aku and gate tu.  Aku perasan dia nampak aku, dah namapun cuaca masih gelap, lampu suluh kereta aku tu terang lagi nak kasi hint pada dia yang ada kereta kat belakang. Tapi pakcik tu buat derrrkkkkkk jer......kalau dia cepat2 bersihkan daun kat tengah jalan tu aku leh kompromi lagi..nie cam relax jer...aku pulak kena berenti kan kereta. Lama gak....amboi pakcik????? kalau yer pun kasilah aku lalu dulu, aku sure lalu slow-slow punya kasi daun-daun tu tak berterbangan......sampai ade kereta kat belakang aku, pakcik tu buat derkkkk jer....aish..mau kang aku langgar jer. Taulah sedang kerja...habis aku nie datang saja-saja nak ronda kat sekitar situ gamaknya.

Sampailah aku perasan ada motor lalu tepi aku and kata sesuatu kat pakcik tu (aku agak dia kata"pokcik..ko pokak ko?...ada kereta nu haa nak lalu")....terus pakcik tu kasi aku and kereta-kereta lain laluan......dengan pandangan tak bersalahpun. Aisheh nie dah kira melewat-lewatkan aku. Sib baik takde sistem punch card kat ofis aku nie ha....

al-kisahnya...pakcik vacuum nie. Aku rasa insurans dia tinggi kot....dulupun aku pernah terserempak dengan pakcik nie(tak taulah orang yang sama ke tidak) kalau vacuum daun tengah jalan...relaxxx jer..ada kereta ker..takder kereta ker....jalan tu pakcik vacuum yang punya..kereta nak lalu kena ketepi sikit.

adeh la.
Me Naughty..me Netty

2 comments:

aTy _faRed~ said...

saye pon sellau kene macam tu ngan pakcik vacuum kat area damansara nih..memang geram..!! ikut2 hati nak jer hon jer kat die.. huhu

...Minah BluR... said...

haha pakcik vacuum yg otai tuh!


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno