Tuesday, July 5, 2011

Wishlist yang I nak buat bulan puasa nanti.......korang ada????

Kan i dah kata, tahun nie semangat nak sambut raya tu lain macam sikit. Walaupun tahun nie rasa kerja datang non setop...tapi ada satu perahhhhsaaan tu yang macam bikin i terkinjer-kinjer nak buat preparations for fasting month (tengok! aku kalao dah xcited memang ckp omputih!)

Ok, antara wishlist yang aku fikir nak buat dalam bulan puasa selain beribadah (beribadah, bersedekah tu lain ya, xyah aku cerita kat sini)......jangan lak ada cik anon dok tazkirh aku kata bulan puasa kena kusyuk beribadah selain sibuk utamakan wishlist aku nie sudah,:-


  1. Bikin custom made sampul duit raya ~ memang wajib aku buat kali ni, shantiks-shantiks punya.
  2. Buat cupcakes ramadhan. Kali ni nak buat sungguh-sungguh, taknak orang order baru buat dan aku akan jual dalam kuantiti yang small-small. Contohnya 4 bijik satu kotak (aku nak buat style kad raya tu.....) kiranya cupcakes ditransformkan menjadi kad raya..err...korang faham tak maksud aku?
  3. Buat hamper cupcakes, ya..kena mula buat contoh mulai sekarang!!!!! aku kan takde kelas malam.
  4. Prepare langsir untuk rumah mak aku, walaupun mak aku taknak tukar langsir, tapi aku rasa langsir mak aku tu dah cukup tahun dah.....dah kena pencen.
  5. Tukar duit raya yang baru harum wangi tu awal-awal, kang lambat-lambat bank kasi duit buruk. Kang takde selera aku nak kasi duit raya kat budak-budak.
  6. Prepare door gift untuk tetamu yang datang rumah mak aku (rumah aku lain cerita). Aku suka ikut style pihak suami aku kat segamat, bebudak datang beraya, they all kasi doorgift berupa gula-gula dalam plastik, tercengang-cengang bebudak yang datang beraya tu. Aku pun nak buat bebudak kat kampung mak aku turut tercengang sama. Eheheheh sukanyaaa...tak sabar aku nak kenakan bebudak tu semua.
  7. Cari baju raya cantik....cari baju raya cantik...cari baju raya cantikkkkkkkk........
  8. Cari biskut raya...cari biskut raya........cari biskut rayaaaaaaaa.........
  9. Kasut raya?????? harus!!!!!! tradisi yang tak patut aku lupai kan nye!!!
  10. Buat hamper raya for my blogger friends...insyaallah.....

Haa..so far itu jer la perkara yang tak sabar aku nak buat...kueh raya awal-awal lagi aku cakap NO! aku takmo buat tahun nie (macamlah tahun lepas aku buat!)

weeeee tak sabo nak raya!!!!!!!
Me Naughty..me Netty

6 comments:

fazilzura said...

wahhh siap ado list lg

mama tisya said...

aku doakn smoga smua wishlist ko berjaya especially hamper for blogger..aku dlm senarai tk..heheheh

oh bg gula2 instead of duit ek...sure bdk2 tu ckp2 blkng...hehehe

ibh said...

Wah! bagusnya..siap ada list lagi...Hehhehehe..ni memang betul2 semangat nak raya ni...Ngeeeee

MushroomCute@Mariea said...

nak hamper lah jugak...hehehhe

notti netti said...

fazilzura- biasalah aku eheheheh

aimi- of cozko dlm senarai- since ko tak leh berbuka bersama2...aku bagi hamper tu kat geng blogger time kita gathering nanti...

ibh-itulah pasal,aku nie pelik sikit..ehehe

mushroom- haa kena join kitaorang gathering tu eheheh

Diyana said...

panjang juga eh wishlist netti..;)


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno