Tuesday, July 5, 2011

Sesi mencari dan mengorder cookies/kueh raya...ada sesiapa yang nak jual cookies/kueh raya?

Aku tau...aku tau...puasa blom lagi sampai...raya pun blom lagi
tapi aku dah teruja risik-risik kueh raya. Saja jer.......aku nak relax-relax, malas nak buat kueh raya.
Makanya aku nak tempah. Nak order kat ofis hmmm boleh cuma aku kalau ikutkan tahun nie aku kena ambik cutie before raya since last year dah ambik selepas raya kan?.........

jadi, ada tak antara korang semua yang jual kueh raya or nak jual?......
inform aku eh?.....boleh aku semak jenis-jenis kueh raya untuk bawak balik rumah aku and rumah mak aku and rumah mentua sekali. So far baju raya anak-anak dah settle, cuma nak gie ambik kat BAK (tukang jahit) jer. Baju raya aku?...hmm confirm beli dah siap. And aku ingat puasa nie aku nak lebih banyak menderma (insyaallah)........untuk geng-geng bloggers pun dah tentu ada, since macam susah jer kan nak jumpa time puasa nanti. Tapi sesiapa yang nak bukak puasa ngan aku kat mana-mana just hello jer la since akupun berbuka sensorang. Kalau tahun lepas aku berbuka kat kelas tapi tahun nie kelas aku start after raya, makanya sensorang aku kat rumah.........and aku harap puasa nanti aku dapat solat tarawih kat surau rumah.

berbalik kepada cookies/kueh raya, do inform me eh? kalau korang or sanak saudara or member korang buat jual kueh, mana yang korang kata sedap, insyaallah boleh aku order. Sekian :)

psst- mood nak raya tetiba meningkat!!!!! aku nak bunga api?.....ehehehehe.....


Me Naughty..me Netty

8 comments:

suziey dean said...

oit...bkn main lgi ko ye...huhu.ofis aku dh ada jual kuih raya yg confirm sedap beb...nnti ko vari aku ..

notti netti said...

suziey- suziey yg mana nie eh? ehheeh

qaseh tia said...

wahh kita pon dh order kuih raya coklat chips..memang terbaikk punya biskut woooo

Tercipta Untukku dan Untukmu said...

wahhh ood bunga api sudah mari hehehe huawaaa puasa lum ganti ni..net kita ada jual kek lapis hihihi meh la tgk..segan je promote kat org terer buat kek hehe

http://hasroylin.blogspot.com/2011/07/kek-lapis-2011-tempahan-di-buka.html

Anonymous said...

tak tau lg tahun ni nak buat jual kuih raya ke x
2 tahun lepas wat kuih sarang semut je sejenis

notti netti said...

Puan tia- best yer?....meh la jual kat kita.

Adlin- yer ker jual kek lapis..alaaa apan nak malu..net pun makan kek apa.

nana- napa ko tak buat kueh?..buat sekarang!!!! aku nak beli.

Cute MuM said...

cute mum ada jual biskut..
tiap-tiap tahun mak buat..
cuba tgk2 kat facebook kami..

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.101215176578162.2655.100000690399941

Anonymous said...

kak! za ade jual kuih raya.. nak tester tak? nt org bg kat azis suh rase.. huhu..


baekkk punyaaa!!!


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno