Tuesday, July 12, 2011

"Aku join segmen berhantu!"



Syarat-syarat dia senang je

  1. Buat satu entri bertajuk "Aku join segmen berhantu!"
  2. Cedok header MB kat atas tu dan link kan ke entri ni.
  3. link kan ke entri ni.
  4. Cerita kisah hantu korang yg seram gile.. Cerita ni mestilah ori korang punye. Jangan cetak rompak!Kisah pendek pun takpe.
  5. tinggalkan url entri korang kat ruangan komen.

Cik Puan MB akan pilih  TIGA pemenang yg memang cite dia boleh buat cik puan MB tak tido malam.

Segmen ni tutup pada 15hb pada jam 10.00 malam. (boleh berubah)

Okee...ini cerita akak........

Kisah nie cerita atas ceritalah.....
kalau tukang cerita tu tokok tambah...maknanya akak tokok tambah jugak, 
Kisah ni diceritakan oleh member kelas akak time akak belajar di Maktab Sabah, tapi tempat kejadian bukan di Maktab Sabah....tempat kejadian di Sekolah Agama kat Sabah. Kiranya fames jugaklah cerita nie sampai budak-budak sekolah lainpun tau.

Oke, senyap....serius skit baca cerita aku ni. Paling afdal baca malam-malam kliwon kat bawah pokok rumbia takpun baca bawah pokok rambutan, sambil baca sesambil kopek buah rambutan tu. Takut-takut kenyang la kekdahnya.

Kejadian yang tak diduga ni berlaku di sebuah sekolah Agama. Semua budak-budak sedang bercuti ketika itu, jadi Sekolah Agama nie rajin sikit buat bengkel pelajar cemerlang, gemilang ntah apa-apa bagi menghadapi SPM yang bakal diadakan tak lama lagi. So, ada banyaklah wakil2 budak dari seluruh Sabah datang ke bengkel selama seminggu tu. Waktu tu dah pukul 9 malam, memandangkan takada aktivi lain, ada satu group pelajar perempuan nie bercadang nak main bola jaring tetengah malam yang hening tu. Court bola jaring terletak tengah-tengah antara asrama pompuan dan asrama lelaki, memandangkan si lelakinya dok bersidai kat tepi verandah sambil bersiul-siulan melihat group pelajar pompuan nie main bola jaring....maka makin geletis la si pemain-pemain bola jaring nie terjerit sana-terjerit sini, terseksi sana terseksi sini. Kira bingit jugaklah kawasan sekolah yang letaknya atas bukit dikelilingi hutan hujan khatulistiwa tu. Sampailah jam tepat pukul 11 malam, Salah sorang cikgu (AJK tertinggi) men'stop'kan bebudak perempuan sekaligus merencatkan mata-mata pelajar lelaki yang sedang enak menonton aktiviti lasak dari pelajar-pelajar pompuan tersebut.

Pelajar pompuan yang keletihan menjerit daripada bermain itu menuju ke dorm masing-masing dengan harapan esok dapat surat cinta dari pelajar lelaki. Dalam satu dorm ada 6 orang pelajar. Mereka terus tertidur keletihan. Sampai satu ketika, seorang pelajar ni kita gelarkan dia Sutinah....(canggih sikit...haa nie akak tambah nama) cam biasalah kalau cerita hantu takde adengan sex kencing malam tak sah!....lalu, si Sutinah nie mengejut si Fiona (namapun akak tukar...sebab akak tetiba meremang pulak) Maka, nak taknak dalam kegelapan malam pukul 2 pagi tu, si Fiona terpaksalah teman member dia menuju ke bilik air. Level yang diaorang tidur tu ada satu tandas besar tetapi berkunci, maka dua orang gadis nie terpaksa ke level atas dimana level atas kosong tak berpenghuni (penghuni balik kampung daaaa) peserta pompuan yang menyertai bengkel tu pun, bukan ramai...lainlah ada artis korea kat situ...mau penuh satu sekolah.

Di tandas tingkat atas, si Sutinah menolak satu demi satu pintu bilik air. Kreukkkk! kreuuuukk bunyinya. Nak memastikan tandas yang bebetul bersih........si Fiona pun alang-alang dah sampai tandas, diapun join sekaki membuang small-small water. Setelah selesai, si Fiona keluar dahulu and dia panggil si Sutinah. "Tinahhhh! ooo tinah!!!! Tetapi tiada berjawab. Si Fiona yang ala-ala kecut perut nie...tanpa panggil lagi sekali dia terus berdesup lari turun ke dormnya. Seperti ada orang mengejarnya dari belakang, perasaan Fiona ketika itu. Bila buka pintu bilik dorm yang samar-samar tu, dia nampak sesusuk tubuh berbungkus dengan selimut. Dalam hati dia menyumpah seranah si Sutinah. Diapun baring sebelah Sutinah sambil kata "kalau yer pun nak turun dulu, tunggulah aku....!kencing nak sama-sama...habis kencing turus blah!!" dan dia terus baring. Tapi tiada respon dari Sutinah. Sudah tidur agaknya, detik hati Fiona.

Di bilik air atas, Si Sutinah baru sahaja habis membuang hajat. (Jadi? siapa yang tidur di atas katil Sutinah). Dia memangil-manggil nama temannya Fiona. Si Sutinah yang sedikit berani berdarah dusun khadazan nie menolak semula satu demi satu pintu tandas. Lampu hanya satu yang boleh terpasang. Tetiba di belakangnya sesusuk tubuh tersenyum memandangnya. Kuusemangat, detik hati Sutinah. "Kau nie buat terperanjat aku saja" kata Sutinah kepada Fiona. Dia kemudian menuju ke Fiona yang betul-betul berdiri di sebelah pintu keluar tandas. Tapi si Fiona tidak berganjak walau seincipun, dia hanya tersenyum dan memandang Sutinah dengan pandangan yang tajam. (Killer look laa kiranya). Si Sutinah tetiba terhenti, dia rasa macam ada sesuatu yang tak kena, bulu di lengannya pun dah mula menegak. 

"Kenapa" kata Fiona tiba-tiba.  Si Sutinah yang berani nie pun bertanya, sebab dia rasa lain macam sangat. "Siapa kau?" tanya Sutinah. "Akukan kawan kau" kata Fiona lagi kali nie dia mula berjalan setapak ke depan. Si Sutinah tidak berganjak kerana tetiba dia rasa kakinya beku bak ais. Tapi dia beranikan diri bertanya, "Kalau kau kawan aku, baca surah ayatul qursi". Si fiona pun berkata lagi yang dia betul-betul kawan Sutinah. Dan takut-takut berani, si Sutinah tetap menyuruh Fiona membaca ayat Qursi. Akhirnya si Fiona tersenyum dan mula membaca baris-baris ayat Qursi dengan lengkap. Si Sutinah cuba sekali lagi meminta Fiona membaca ayat Qursi. Sampai dua kali semuanya berjalan lancar. Kali ke tiga, Sutinah yang betul-betul tak sedap hati nie, menyuruh si Fiona membaca kali ketiga dan saat Fiona membaca ayat Qursi, sedang dia membaca tiba-tiba ada satu rangkap ayat tu dia baca dengan tidak betul dan lidahnya makin lama makin panjang makin lama makin panjang tepat terhenti depan muka si Sutinah. Jarak mereka adalah lebih kurang 5 kaki jarak ketika itu. Berderau hati Sutinah melihat keadaan itu. Panjang betul lidah si jembalang ni, takkan dia nak ikat riben. Yang pasti Sutinah pengsan melihat kejadian tersebut dan bila dia sedar, dia sudah berada di kampung halamannya. Mengikut kata kawan-kawannya, dia telah dijumpai pengsan di dalam tandas atas tempat dia berjumpa jelmaan Fiona. Dan sehingga ke saat akak diberitahu tentang cerita ini, kawan akak cakap, Si Sutinah seperti terngiang-ngiang teringatkan lidah panjang jembalang tersebut. Dan post moterm yang dapat akak bagi tau is....mesti sehingga ke hari ini, Sutinah tidak akan sekali-kali mengambil atau memakan sup lidah di restoran. Agaknya melihat daun lidah buaya juga dia kaget.

Itulah cerita akak, nak cerita dalam blog agak susah, kalau cerita live talicast, mau kecut perut.

Me Naughty..me Netty

9 comments:

Lyana said...

ala...x cukup seramss lerr...nk gelak je bc...cmner nk menang ni..

Anonymous said...

Hahahahahahaha...ko mmg lawakla net....ur writings r so well written...aku tau u have interesting personalities. too bad, ur hubby refused to c dat n choose to bury himself with work..hardworking or hardly working..either way, u net, deserves undivided love from him.

p/s: jgn marah ye, aku hanya menulis berdasarkan tulisan2 ko yg tersirat, walau xbyk ttg personal life ko aka marriage...but i can feel u.

notti netti said...

Lyana- wei angah! tak cukup seram ker?..mesti ada resepi yang tercicir mana2 nie..

Anon- eh?...ke situ pulak yer :)

Unknown said...

thanx join ! ngeeee~
malam ni MB bace untk dapat kn mood yg lagik seram hahahaha...

SHAHFIEQ DANIEL said...

nama watak klasik sangat lah...

Jenny Pa-un said...

pergh mau nye x pengsan huhu ish2 seram gile der lidah panjang berjela2 huhu.. ish2.. seram2..

jom baca kisah saya pulak hehe yg x berapa nak seram hahha

http://alyajane.blogspot.com/2011/07/aku-join-segmen-berhantu.html

Unknown said...

haha citer akak ni ade seram...ade kelakar.. nice story btw! seram yg lidah pnjg berjela tu.. tapi sape sblh fiona tuh?

oPiE iSa said...

Datang dari blog MB sepet dari segmen cerita seram,

Erk, dah lah saya baca malam2. takut betul ni.....fuhhh!

Entri Terbaru Saya : Day 4 of 30 days blog challenge;
Day 5: My Relationship Status

Boleh tolong komen Sini?
Hehe..

Unknown said...

TIGA KISAH PALING SERAM AKAN DEKETAHUI ESOK JAM 10.00 PAGI YE =)


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno