Tuesday, July 5, 2011

Perasaan seseorang wanita apabila duduk dalam gelap tetangah malam kliwon.

Perasaan seorang wanita?...

Aku ler tu........siapa lagi.....?

Ya..salam 1 Malaysia semua?......anda dah ready dengan Bersih 2.0?....tak yah ready lah, bukan best pun.....tak dapat doorgift!! baik korang ready ke majlis kawin ker? siapkan baju raya, langsir raya and fikir menu-menu untuk bulan puasa nanti.....lalalaalalaalla.......

oh! tajuk en3 aku hari ni berkenaan perasaan aku yang terpaksa duduk dalam gelap malam ahad lepas. Saje jer aku cakap malam kliwon......eheheheh aku hehari anggap malam kliwon after tengok citer hantu.

Aku baru balik dari ofis, dekat nak maghrib jugaklah. Then aku santai-santai depan tv, tengah movie. Tapi malam tu macam lebih banyak cerita hantu astro dok tayang. Aku nak tengok sensorang tu macam malu tapi mahu. Sekejap-kejap aku bukak cerita hantu Thai, then aku menyesal pulak, sebab aku selalu terkena, on jer channel yang aku nak tengok tu, tetiba time tu jugaklah hantu merangkak tu nak muncul. Then aku ubah channel lain, baik punya astro tengah promote cerita flat apa kebenda ntah. Cerita hantu jugak. Mana aku tak takotttt. Dah le dok sensorang. 

Nak dijadikan cerita, jam 10.45pm, tengah aku syok layan lagu korea sambil baca novel, tetiba elektrik takde. Gulap gelitalah jadinya. Aku kerassssss jer kat depan tivi. Makkkk aih...tangan aku dok teraba-raba handphone aku, bukan nak call mak aku but aku nak pasang lampu torchlight yang ada kat hp tu. Selalunya kalau stay dalam gelap nie...minit pertama memang gelap segelapnya, minit kedua barulah nampak cahaya samar-samar dari langit ketujuh. Akupun dengan bantuan hp aku, ke dapur bukak kabinet, cari lilin. Nasib baik aku ingat lilin letak kat mana. Kalo aku lupa....haaa nangis!.......ada enam batang lilin dalam box. keena-enam lilin tu aku pasang....dah ghupa rumah berhala dah. 4  batang aku pasang kat ruang tamu, 2 batang kat dalam bilik aku. Aku doakan salah satu lilin tu tak tombang udah...kang terbakor kang...naya aku nak bawak lari keluar semua perabot.

takut jugak aku nak pastekan gambo nie......tutup sebelah mata!
Dalam gelap tu pulak aku duduk sensorang sambil berpeluh-peluh. Time nie pulak aku lupa kat mana aku simpan kipas tangan. Dan dalam duk berpeluh-peluh tu, aku doakan supaya tak muncul lah bunyi-bunyi guli atau orang seret-seret perabot. Memang memacam doa aku baca. Tapi lagi banyak doa aku baca, lagi scary jadi nya..sebab aku dok bayangkan hantu pompuan yang suka sangat merangkak datang kat aku. Huuuu lagi aku kaget. Nak je aku bukak tingkap, kotnya kalau benda alah tu datang, boleh aku lari terjun tingkap, tapi aku kan dok tingkat 12, apakehalnya aku nak terjun dari tingkap 12, kang tak pasal2 aku pulak jadi hantu tingkat 12.....makanya aku malas nak layan perasaan takot aku, akupun buat kerja rumah. Dalam gegelap tu lah aku jemur kain yang dah spin dalam mesin basuh, aku sapu sampah dalam gelap, aku basuh pinggan. Teiba pulak rajin buat kerja dalam gelap. Time lampu ada takmo pulak ko rajin-rajin ya pompuan?.
Dah habis kerja aku baca novel berlampukan lampu dari hp aku. Terang jugak. Sampai pukul 11.45 malam baru elektrik ada balik. Jenuh jugak aku nyanyi lagu happy birthday tiap kali nak tiup lilin (dah terbiasa dari kecik).......

Yang bestnya, aku dah tutup lampu ruang tamu, tapi lampu bilik aku on, aku tidur dengan bukak lampu...sebabnya aku teringatkan hantu yang merangkak tu. Eeeeee nyesal sungguh!!

Me Naughty..me Netty

3 comments:

Isteri Encek Bard said...

ieb klu duk sorang kat umah, mesti tido awal giler, sebab takut jumper memacam

Diamilikku said...

hahahhahahah...jadi cerita lawak dah bila baca entry net nih...:)

iduraz said...

hehhee, sabo jerla..memcam terbyang ek klo duk gelap2 cmtu


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno