Monday, October 18, 2010

Hujan di pagi hari................naaaaaaaaa....notti netti langgar katak????........kesiannnn kereta dia

Kehadapan seekor katak yang tidak berdosa.
Apakhabarkah kamu di sana?.....
Tidak pula saya ketahui sama ada hidup atau mati kah kamu...
Tidak pula saya ketahui di syurga atau di neraka kah kamu...? atau kamu masih lagi di tengah jalan raya menghala ke pasar UO...............aaahhh sangat kasihan jika kamu masih lagi di atas jalan raya.............kerana hujan masih turun...dan kamu mungkin kebasahan dan luka-luka di badan kamu?...aaahhhh amat pedih untuk difikirkan...sepedih kamu yang dilanyak kereta notti netti..............

Ketahuilah kamu katak....bahawasanya notti netti tidak sengaja menggelek kamu menggunakan kereta 4 rodanya yang perlu dihantar ke bengkel proton untuk ditukar ganti alat tertentu.........
Ketahuilah kamu katak, bahawa notti netti tidak tahu bahawasanya kamu sengaja mahu suicide atau mati mengejut di depan keretanya yang naif......
Ketahuilah katak, bahawasanya banyak lagi cara-cara membunuh diri yang penuh berkhidmah dan sopan.
Boleh saja kamu minum racun rumpai di rumah2 orang, maka kamu tidak akan mati dengan dasyat...habis power pun perut boroi mu menggelembung dan meletup. itu sahaja. Janji kamu tidak menyusahkan orang lain dan sekaligus menyebabkan orang itu serba salah. Kamu boleh sahaja mengelar pergelangan tangan kamu ...katak...yakni tidak ada sesiapa di sabitkan dengan kesalahan itu.......kerana kamu mati secara rela......atau bukankah lebih mudah jika kamu offer jer diri kamu yang seksi bertelanjang bolat di hadapan ular sawa kebuluran. Namun begitu, jika kamu mahu mati di dalam keadaan glamour, kamu serah sahaja diri kamu kepada tokey restoran makanan esotik......nescaya kamu akan mati dengan dikelilingi sayur-sayuran, sos-sos berjenama dan pinggan berjenama...dan di makan pula oleh mereka yang kaya raya....wah!!! sungguh glamour kamu nanti.
View Image
Berehatlah kamu di alam sana dengan tenang........
Namun begitu katak......bukan nama sebenar,
Kematian kamu di pagi senin di saat hujan renyai2.......sangat menyayat hati si driver kereta yakni notti netti,
Bukan dia tidak mahu turun dari kereta untuk membantu memberi pernafasan mulut ke mulut.....
tetapi...tika itu, hujan turun lebat (alasan 1), payung pula seperti tidak wujud di dalam kereta, puas sudah si driver mencari di tempat duduknya (alasan 2), kereta dibelakang seperti tidak mahu memberi kerjasama (alasan 3), keterlewatan ke ofis (alasan 4) dan saya amat takut melihat rupa paras kamu selepas dilenyek (alasan terakhir yang munahsabah)

Katak...janganlah beranggapan bahawa saya sengaja melanggar lari kamu...tidak...tidak sama sekali......saya tidak lari...malah saya melenyek kamu dan saya berhenti mengejut memikirkan sama ada kamu masih di bawah tayar kereta saya. Setelah itu baru saya blah dengan kereta....lihat!! saya tidak lari bukan?...kan? kan?..............

Maka katak, jika kamu masih hidup...janganlah kamu memburu saya atau kawan2 blog saya satu persatu seperti dalam cerita My bloody valentine ker....cerita I know what u did last summer ker last season ker....last semester ker....tolong ...yer...,kawan2 saya seperti Mummy Kayu, Mama Tisya, Suziey, Fida, Momguess dan lain2 semuanya sudah bekeluarga....tak berbaloi untuk membunuh mereka. Lagipun mereka semua sudah hilang dara dan hilang punca...percayalah tak best pun mencari mereka satu persatu, lebih-lebih lagi mama tisya, jangan dicari dia kerana dia merupakan aset penting untuk mendapatkan kupon diskaun di restoran2 tertentu di Malaysia. Menjadi suatu kerugian jika membunuhnya. Mummy Kayu pula sedang berusaha untuk mengandung lagi...jangan diganggu beliau disaat puncak ok!!!!Oh! momguess juga tidak boleh kerana dia garang....jika kamu mencarinya, pasti dia memburu kamu kembali dengan perasaan yang amat dasyat dan kagum......

Simpanlah dendam kesumat mu itu selama-lamanya...anggaplah kematian mu itu satu....malapetaka yang tidak disengajakan...
lagipun bukankah elok mati digelek daripada mati ditelan ular???????????

MAAFKAN SAYA wahai katak handsome......
Me Naughty..me Netty

8 comments:

sue said...

Wahhh..pengakuan rasa bersalah yg amat panjang di pagi hari..ekekekekekeke

mummy_ayu said...

aku terkedu..tak tau nak komen apa..gulp...

Anonymous said...

hahahaha...sungguh terharu..

Liyana said...

hahaha... sumpah lawak. katak handsome lak tu. agaga

malinasiam said...

aku dara lagi lah
jgn buru aku
dh 10 tahun aku tido keseorangan
agak2 arrrr

wahai putera katak
alangkah indah nye jika ko bertukar rupa seperti FT!!!
sumpah aku setia hanya pada mu!!!


wey....
jom party buih!!!

notti netti said...

sue- ya...itu setelah di edit..idok panjang lagi tuuuu

ayu- kedu konon.....eheheh

cendawan cute- terharu kan? kan?

liyana- katak ansome yang boleh bertukar jadi hero cerita tamil

momguess- buih? ko sponsor buih bleh? aku bugel jer....

firahadifa said...

seb baik aku jauh ! ahahahaha... katak tak leh datang sini.. tak mati kekejangan ...kehausan dia .. kekeke

ayu , ko jgn dekat ngan si nett , tak pasal2 ko jadi mangsa si katak dan kaum keluarganya.. kekeke

Suziey Ahmad said...

hampeh jek netttt!!!


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno