Monday, June 21, 2010

SELAMAT HARI BAPA........HAPPY FATHERS DAY...........SURAT LAYANG KHAS BUAT ABAHKU....

Kehadapan Abah yang sangat ku kasihi.....,
Kelahiran ku secara tidak sengaja sentiasa dinantikan oleh kamu......(iye ke???)
sperma gred A mu telah berjaya membentuk rupa paras anakanda mu yang cute ini yang lahir di  planet yang dikenali sebagai bumi.....
Oh! kau lah wira ku
walaupun tidak pernah ku lihat kamu memakai sepender merah diluar
tapi ku tetap menganggap mu seperti wira ku superman....
Kamu mendidik aku dengan begitu baik sekali
sehingga aku menjadi seorang yang kebal....kuat dari segala jenis rintangan yang datang....



Abah, kau umpama pelita yang menerangi hidupku
(cheeewaaaahhh!..eleh..tang gelap, kita jugak kena paksa pi carik lilin :0 )
walaupun rupamu seperti ketua kampung pinang sebatang dan kadang kala seperti tok mudim,
aku tetap menghormati kamu
'
'
'
Di zaman kerja mu dulu,
ramai yang takut dan terketar2 dengan kamu
anak mu ini juga tidak terkecuali kecut perut dengan kamu
kamu begitu garang......tapi ku tahu
garangmu adalah untuk mendidik anak mu yang cute ini supaya menjadi insan berguna, terbilang satu malaysia..!
Ya!!! anak mu ini memang berguna..
Jika tidak.....masakan anakandamu boleh melahirkan 2 anak lelaki dengan satu round sahaja setiap adengan????

Abah......
pernah terlintas di kepala hotak anak mu ini...
mengapa kamu garang sangat..? and never show your love to us..
tidak banyak yang anak mu ini minta..
cuma letakkan nama anakanda di setiap surat2 wasiat kamu sahaja abah..
letakkan nama anak mu yang cute ini di setiap harta pusaka mu..
mudah bukan?
tidak banyak anakmu ini minta
tidak lebih dari itu wahai abah....
dan
ku harap abah bangga memiliki aku sebagai anak...
(ya Allah ya tuhan ku ampun la dosa aku dan harap2 abang and adik laki ku tidak membaca blog aku...aminnnn)


abah.....dikesempatan ini
anakanda ingin mengucapkan selamat hari bapa 
dan selamat hari jadi yang bakal tiba...
walaupun telah ku beli kasut original crocs berharga RM219 
pada mu abah..tapi kamu tetap me'request' dibelikan
jam tangan berharga RM4K....gediks juga kamu ini yer.....
baru ku tahu dimana datangnya perangai soborono aku ini...abah....
permintaanmu....menyebabkan anakandamu
putus nafas seketika wahai abah....
tapi demi mu abah, anakana akan pasti menunaikan angan2 mat jenin mu abah....
tunggu la anakanda membuat garage sale lagi,
nescaya...impian untuk abah memilik jam berharga dibawah sedar tersebut tercapai.....
doakan kejayaan anakanda.........
oh! dan sekali lagi, terima kasih abah kerana sudi menjadi baby sitter kepada 1st son and si starbucks latte
ehehehehe......ehehehehehe.....

salam dari anakanda yang berada di perantauan...cheewaaahhhh!

Me Naughty..me Netty

3 comments:

emy/mamasuri said...

ke mana tumpah kuah kalu tak ke nasi kan nett...
4k tu..huhuhu..mengelepur aku kalu bapak aku mtk camtu..

notti netti said...

emy-menggelupur?aku dah tahap2 berbuih dah nie...

mummy_ayu said...

cayalah..hadiah abah ko request..


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno