Tuesday, February 1, 2011

Pengalaman aku sendiri Bermain burung hantu.....benci tau.......en3 pertama

Aku takde la pulak gambar main burung hantu nie
Sebab dulu aku bukan blogger.......tapi aku adalah tepek kawasan aku and budak2 kelas dulu join kem nie. Bertempat kat Jeram Linang, Bukit Bakar.

Aku yang pakai tudung ijau.

okee..dulu form 6 aku sekolah kat Sek. Men. Zainab 1, kota bharu, Kelantan. So sekolah aku nie rajin bnor buat seminar2 nie. Jadi kami pelajar form 6 terpaksa relalah menjoinkan diri ke satu kawasan hutan air terjun nie, akupun dah lupa nama dia. So macam biasalah sesi kaunseling ada, ceramah ada, nasihat ada, nangis2 nye sessi ada, marah2 nye sessi ada dan last sekali aktiviti permainan. Aku dulu selalu join kem motivasi ni, then ada satu benda yang memanggggg aku tak berkenan dalam setiap kem aku join. iaitu permainan burung hantu. Aku allergic dengar nama permainan nie, nyampah pun ada. Sebabnya aku klasifikasikan diri aku penakot hantu dan kalo aku takotttt aku lupa sapa aku (bukan aku leh histeria eh...lebih teruk dari itu  aku boleh jadi)....nanti aku cerita apa jadi pada aku kalau aku takottt...

So, cam biasa, tak ramai yang tahu pasal permainan burung hantu nie time sekolah. Aku yang tahu nie buat2 tak tahulah. And aku jumpa cikgu aku yang baik hati, aku cakap aku takmo main permainan nie dan izinkan aku dok sebelah dia jadi hantu. Cikgu aku pon berlakon baiiiikkkk punya. Dia kata mana ada hantu!....dia kata lagi permainan burung hantu nie banyak caranya, yang aku akan main malam nie bukan melibatkan hantu. Akupun buat2 faham and ntah aku dulu time sekolah, adalah seorang pelajar baik, separuh cemerlang dan terbilang..so aku iyekan jer laaa dengan harapan takde hantu.

Maka, bila tiba waktu malam, kami pelajar yang masih dara ketika itu ikutlah fasilitator (cikgu kami berhati hantu ketika itu) ke suatu tempat. Aku tak rasa apa2pon sebab cikgu kitaorang bawak gie satu tempat yang macam best. Terang jerrrrr....tak takot ponnnnnn. kami borak2 gelak2, then bila jam tepat pukul 12 tgh malam keliwon. haaaa time tulah cikgu aku nie arahkan kitaorang untuk get prepare balik ke kem sorang2 satu persatu. Dalam hati aku "haaaa permainan dah bermula!!" bayangkanlah, kami gadis sunti semua tergezut, dah la tak bawak lampu suluh, dompetpun tinggal..kotnye boleh singgah beli kuaci kan? (itu statement kawan aku nak elak ketakutan melampau).

Ramai gak lah yang pujuk cikgu aku nie, kononnya lelah la, sakit otot la, ada keturunan lemah badan la, kaki sakit la (sebelum nie elok jer mandi manda terjun sungai)....tapi cikgu aku yang baik hati nie kata, ini adalah satu aktiviti untuk menguji kekuatan mental kitaorang...ceh!!!!! nak tau mental kami center tak center...haaa time nie laaa...

Haa disini bermula, mana kawan2 aku yg tak tau permainan ini berlumba2 nak mula dulu - ceh!!! korang tunggulah nasib korang!!!. kami dilepaskan selang 5 minit seorang. Tak sampai 10 minit, aku dah dengar suara orang menjerit panggil Makkkkkkkkkkkkk!!!!... dan kemudian TOLONGGGGGGGGGGG!!!! haa sudah!!! Aku siap kawtim ngan kawan2 aku jalan slow2 tunggu member. Kawan aku nama dia Mek Da ....dia jalan dulu, dah 5 minit aku lak jalan laju2. dah le tak bawak lampu suluh sian aku.....then aku nampak kawan aku Mek da tu jalan slowwwww gile. aku tegur dia, kami berpelukan ceh! macam drama swasta lak..sebab aku nie kira takut2 chumel berbanding ngan Ida yang takot2 giler bawak pengsan. kami jalan2 laaa borak2 gossip2. Then aku nampak satu benda putih bertelekung disebalik tiang lampu. Aku kasi hint kat ida, kami pun buat andaian yang itu cikgu lelaki kami pakai tudung bini dia, so....terkekeh2 kami gelak......sampai je kat checkpoint cikgu aku yang berlakon hantu telekong pompuan, dia sergah kami. Makin berderai aku ngan Mek Da nie gelak....comel gak muka cikgu aku pakai telekong ngan misai sejemput. Cikgu akupun gelak gak...sian dia berpeluh2 dia pakai telekung tu eheheheheh...so kami ke checkpoint seterusnya, kali nie kami lalu kat satu kawasan rumah usang. takdelah lalu dekat depan rumah tu, jauh sikit jer, aku check gak, si Mek Da suluh gak (dia bawak lampu suluh yang dah nak habis bateri). So far takde apa2 yang mencurigakan, kami jalan sambung gossip lagi. Aku tetiba panik bila ada tangan kaler itam pegang bahu aku. Apa lagi...aku kan ada cakap, kalau aku takut aku tak pengsan atau histeria.....korang nak tau apa aku buat?????

haaa sambung lagi satu en3.....panjang sangat en3 nie....
Me Naughty..me Netty

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

cepat sambung..
aku gigih baca nih!

mummy_ayu said...

aku tak suka game nie & tak pernh main...takut...

notti netti said...

ayu- aku asyik kena jer..aku mangsa disitu.


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno