Tuesday, February 1, 2011

Korang pernah Main Burung Hantu Tak?....Permainan yang wajib ada kat kem2 atau Seminar satu tika dahulu.

Salam semua, salam pada warga KL yang bercuti.
Aku?...ya aku tetiba kerja hari ni, ganti member yang dah bercuti kat kg. Tahniah buat aku sebab esok aku OFF disaat korang semua bekerja (tidak termasuk yang dah ambil cuti raya cina).....

Ha...kenapa dengan Burung Hantu?.....korang jangan tergezut lak, aku bukan bermaksud setiap seminar yang korang attend, korang wajib main menatang tu....bukan burung hantu hidup maksud aku....yang aku maksudkan ialah permainan OWL GHOST! burung hantu......

Korang pernah main tak permainan nie......?
Apa itu Permaian Burung Hantu?
selalunya permainan nie di adakan tatkala adanya program berunsur kem-kem atau seminar kat dalam hutan. So far takde lah aku terjumpa orang buat program main burung hantu nie kat kelab-kelab malam, kat karaoke mahupun shopping complex. Ya! belum ada lagi....

Bagaimana caranya bermain permainan burung hantu nie?
Sebenarnya akupun tak tau macam mana permainan nie boleh jadi nama Burung hantu...kan ke bagus namakan main sergah2 or main sorok2 or takpun direct to da point, permainan hantu2. kan senang........at least sapa yang sakit jantung tu, bolehlah diketepikan dari bermaian ataupun suruh dia je jadi hantu sergah orang yang sihat.

okee..begini caranya permainan ini, mesti ada satu group yang ramai (selalunya pelajar yang tidak berdosa), kemudian mesti ada hantu/jembalang tanah/pocong/kacang buncis dan sbgnya yang jahat2. (terdiri dari kaum cikgu-cikgi, fasilitator, guru besar yang tak puas dgn zaman pra persekolahan dan sebagainya)

Pelajar2 yang tidak berdosa ini akan di tempatkan di satu kawasan yang asing dan akan dilepaskan sorang2 balik ke kem (kawasan yang dipilih mestilah hardcore yakni, rumah usang, jerat cina, kubur atau hutan dara - setakat lepaskan kat masjid, rumah tok imam, pasar besar Giant, not in da list, tidak dikira ya). Berjalan sorang2 bukan berarti jalan lenggang kangkong di waktu pagi atau petang. Pelajar ini akan dilepaskan diwaktu tgh malam keliwon, kalau khamis malam jumaat lagi bagus. (Apa? korang ingat buat projek jer bagus time tu...main permainan ini juga bagus oooo) Peserta aka pelajar yang tidak berdosa ini hanya ditemani lampu suluh atau tidak ditemani apa-apa. Ha time nielah segala jembalang tanah olok-olok akan menguji kekuatan iman dan fizikal pelajar2 tersebut........dan pelajar terpaksa mengharungi saat-saat cemas tersebut untuk sampai ke kem. haaa..inilah namanya permainan burung hantu.

okee..aku sambung lak pengalaman aku maian burung hantu di next en3.
Me Naughty..me Netty

2 comments:

Liyana said...

penah main dulu masa orientasi asrama. sadis~

Sidratul Muntaha said...

owh
OBH
oeprasi burung hantu
time kat IKM dulu adelah
dah tua2 ni klu kena mmg aku sound sesaje trainer
takde keje
tak kembang minda..
klu jdi ape - ape?!
nak2 klu yg msuk tu pmuan cantik.
confirm arr berebut jembalnag nka sorok.
dia peduli ape bini org ke tak..
otak tarak!!


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno