Monday, September 19, 2011

Surat balasan Buat BFF ku....Mummy Ayu (cenggini kalau nak kirim surat)

Lenkali nak buat surat ikut formality.......ehem ehem...

Notti Netti
B-12 aku tak bagi alamat betul,
sebab aku malas,
23748, Goaheadgostan.

19 September 2011

Mummy Ayu
Secretari Bos Beso,
Kat area B.Aman.
2737474 Kolumpo.

Puan,

KENYATAAN MAAF PUAN DITERIMA DENGAN HATI TERBUKA

Merujuk perkara di atas, saya Notti Netti, seorang gadis yang cute ingin menyatakan bahawa saya menerima kenyataan maaf dari pihak puan. Saya juga ingin memberi beberapa cadangan agar pihak puan mengambil beberapa inisiatif atau langkah-langkah sewajarnya bagi memajukan diri puan dalam mengingati hal-hal jemputan rumah terbuka anjuran pihak puan bila-bila masa nanti.

           Seperti yang saya sedia maklum, puan telah tak sengaja lupa menjemput saya ke majlis rumah terbuka mak bapak puan di Seremban pada minggu lepas. Ya! saya berbesar hati jika dapat jemputan dari puan tapi sampai ke subuh tadi, masih belum ada sebarang jemputan dari pihak puan. Bukan sahaja jemputan, jemput-jemput pun nan ado. Ini sedikit sebanyka merobek jiwa dan jantung saya yang kebuluran nak attend open house rumah orang. Tapi saya no hal, sebab saya telah dididik oleh mak bapak saya supaya banykkan bersabar. Mak saya juga mengajar saya erti sebuah persahabatan yang utuh dan jitu. Tak apalah jika BFF lupa menjemput, tapi terpaksa BFF tu belanja si mangsa makan tengahari ini. Ajaran mak saya akan saya ikuti dan hari ini perut mogel saya yang ada scar ceaser ingin sangat memakan makanan omputih. Tempat juga telah dipilih antaranya, friday the 13th......oopss TGI Friday (tak halal kot).....chillis......ada satu lagi tempat saya lupa yang dekat dengan kedai pink tu. Ya....teringin sekali saya merobek lamb chop edisi RM80 hengget sepinggan seperti mana hati saya dirobek-robek kerna tidak dijemput ke open house beliau.

           Saya berharap pihak puan tidak mengamalkan gaya hidup tidak sihat ini. Jangan sekali-kali lupa menjemput BFF datang ke rumah. BFF kamu ini bukanlah pemakan orangnya kerana dia sedang berdiet. Disebabkan kekecewaan yang saya alami, saya didapati oleh mak saya di dalam keadaan cuba menjahanamkan diri dengan meminum setengah botol coke.

           Akhir sekali, pantai yang bersih boleh menjadi satu daya tarikan para pelancong. Memandangkan ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada industri pelancongan, pantai tersebut boleh dijadikan sebagai satu daya tarikan pelancong. Jadi mummy Ayu, jagalah kebersihan pantai kita seadanya, jangan tahu mandi, ambil gambar anak dan masuk dalam blog sahaja tanpa menghiraukan plastik sampah yang ada di sebelah bontot kamu.

           Saya berharap pihak puan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perihal kelakuan puan sendiri, jika tidak saya tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak yang berkenaan. Oh! yang cadangan untuk memajukan diri puan itu nantilah saya berikan beserta modus operandi. Setiap patah perkataan saya adalah berbayar bukan free!.

   
    Yang benar,
     
     नेट नोत्ति
   
     Notti Netti
(Seorang ibu berjiwa kacau tika ini)


Me Naughty..me Netty

4 comments:

mama tisya said...

lawka la korang ni..siap bersurat2

mummy_ayu said...

ha ha ha..tak leh lawan la surat tak rasmi ko...

mummy_ayu said...

ha ha ha..tak leh lawan la surat tak rasmi ko..

Qhaifa Nur said...

salam singgah

bolehlah kita tiru nanti...

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno