Thursday, August 5, 2010

Tips mempertahankan diri menggunakan apa juga barang di depan mata - siri 2.

Tapi, apa harus dilakukan jika penyangak tersebut mempunyai martial arts????

hebat sungguh penyangak ini ya.......oke...kita guna tips ini pula. Jika penyangak mempunyai ilmu seni mempertahankan diri kamu harus.......

a) Pura-pura tahu juga pasal martial arts ini....kamu tidak mahu kalah lakonan bukan????? dan kalau boleh bilang kuat2 1-2-3 haiyaaakkkk!!!. Uppercut-block-kick ala2 Peninju Muay Thai. Mesti scaryyyyyy.
b) Memberi amaran kepada si penyangak tersebut bahawasanya kamu mempunyai tali pinggang black belt color biru...dan tidak mahu menyakiti hatinya jika dia tewas ditangan kamu. Bukankah cikgu sudah bilang....jangan menyakiti hati dan perasaan orang lain.
c) Kumpulkan angin dibadan kamu sepenuh tenaga dan beritahu penyangak tersebut bahawa kamu baru lepas makan petai, durian, jering, coke, cupcake notti netti dan berbagai lagi....dan kamu masih belum hadam makanan tersebut.
d) Pura-pura menepuk tangan kepada penyangak tersebut bahawa kamu tidak pernah melihat martial arts seterror penyangak tersebut.
e) Gunakan teknik "kunci Kaki' anda.

Jawapannya - dah tentu lah e)...kan dari tadi asyik eeeeee jer..
Apa itu Teknik ‘kunci kaki’ Net?

Ohhh! teknik kunci kaki itu bermaksud....Jangan sesekali membuka kaki lebih luas jika berdepan dengan penjenayah. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menjatuhkan anda. Logik la kak non.....jika kamu mengangkang...buruk satu hal....bila masa pula kamu mahu menendang penyangak tersebut. Kan tak elok pompuan kangkang luas2...angin masuk karang...lemau. Oh! Jika anda sedar ada dinding berhampiran, sasarkan penjenayah ke arah dinding dan humbankannya sama seperti anda menghumban adik anda atau membuang sampah ke gaung. Nescaya penyangak tersebut akan taubat dah tak kacau anda.

Tapi, jika ada segerombolan lelaki yang mengekori kita lak? camne? Huk alah tadi sorang...nie dah tambah segerombolan pulak? ok takper apa perlu kita lakukan...mari saksikan jawapan yang ntah apa2 ini-

a) Suruh segerombolan penyangak tersebut tunggu sementara anda memanggil segerombolan kawan2 anda yang cantik manis.
b) Jerit kuat-kuat bahawa mereka tak handsome dan bukan taste anda. Sakiti hati mereka supaya anda dapat melepaskan diri.
c) Pura-pura kenal baik salah seorang dari segerombolan lelaki tersebut. Tapi pilih yang mempunyai rupa paling cute sekali ok. (Mungkin boleh dibuat stok anak ikan).
d) terus terang sahaja bahawa anda tidak mampu melayan nafsu kuda segerombolan lelaki sekali gus. anda hanya manusia biasa.
e) Senang jer...Jangan panik!

Jawapannya - still e)

Jangan panik

Sekiranya anda sedang berjalan di hadapan segerombolan lelaki penyangak, jangan berkelakuan seolah-olah anda mudah menjadi sasaran seperti berjalan sambil tunduk ketakutan dan sebagainya. Tampilkan diri sebagai seorang yang berani. Ye la....jika anda berkelakuan begitu, nescaya mereka kan senang mengmandrum anda dengan jayanya. Jangan begitu! ya, saya tahu anda ketakutan...saya juga begitu....tetapi jangan di show off sangat ketakutan tersebut...gigil kecil2 tak salah, tapi jika dah tahap gigil sambil terbaring dan berbuih-buih mulut....ini bukan anda yang ketakutan...ini conform penyangak2 tersebut yang ketakutan......ingat!!! jangan jatuhkan saham anda tahap merundum...jatuh sikit2 jer tau.....(pada yang belom kawin la)

haaa..nie satu lagi.. Usah pakai barang kemas yang terlalu menonjol untuk mengelak perhatian penjenayah. Ini takdapat tolong la, kalau anda degil....jika mahu pakai emas satu badan pun, make sure time harga emas jatuh merudum...jangan time tengah naik...bahaya tau.....

Satu lagi....Sekiranya bertarung dengan penjenayah, elakkan membuat tendangan atau tumbukan dalam keadaan panik atau menutup mata. Apa ke hal minah...ko nak lawan sambil tutup mata...kalau ko ada satu lagi pancaindera atau sixsence...takpe la jugak........memang wa tak kisah punya.....tapi kalau kederst korang tu...jenis kederat wanita yang lemah..hmmmm bukak mata tu luas-luas..seperti mahu tersembul itu anak mata. Faham!!!! lawan tutup mata itu hanya pada suami isteri di malam pertama yer......

Tips yang lain....
Cuba tenangkan diri dan fikir apa yang harus anda lakukan. Oh! jangan la kamu fikirkan apa yang harus dimasak pada petang ini, Hutang dah bayar ke belom..bla..bla..bla..nie aku nak bebel nie......Fokus itu penting......time nie la kamu harus bijak nak capai kayu ker nak fikir lawan or tendang tang mana dulu ker.......ok!!!!??? ngerti!!!!

Apa harus dilakukan jika saya tidak pandai melawan dan jika berlawan juga, saya akan pengsan???
Oh! memang ada sepisis ini, amat senang ditemui ya.......apa harus dilakukan jika kamu semamngnya lemah...

a) Relakan aje la diri tu diperlakukan sesuka hati oleh si penyangak.
b) Bunuh diri sendiri.
c) Masih mengharapkan ketibaan Edward Cullen yang tak kunjung tiba....(jangan salahkan dia, jauh tu US ke Malaysia)
d)Telefon bekas kekasih yang telah ditinggalkan 2 hari lepas tanpa sebarang notis pemberitahuan.
e) Gunakan Penyembur Mata

Jawapannya - masih lagi e)

Penyembur mata. Ya..agak lapuk tetapi sedikit berkesan bukan?.Sediakan pewangi semburan (dalam botol kecil) atau semburan lada setiap masa di dalam beg tangan anda. Ancaman bahaya boleh datang pada bila-bila masa. Justeru, sentiasalah membuat persediaan. Jangan pula kamu membawa penyembur jenis air mineral atau air suam....kamu hanya akan memberi si penyangak tersebut penglihatan yang segar bugar sahaja.

kamu juga boleh menggunakan apa juga objek berhampiran

Gunakan apa sahaja objek di sekeliling untuk mencederakan penjenayah. Sama ada kunci kereta, kasut, batu, kayu, payung atau sebagainya. Anda juga boleh bersedia dengan kunci kereta saat memasuki tempat letak kereta. Cungkilkan mata penyangak tersebut dengan kunci kereta tersebut. Alaaa...jangan risau...habis powerpun buta jer penyangak tu... aalllaaa small metter la....kasut tumit tinggi pun penting tau...nak cucuk apa yang ada....jadi....sila beli kasut tumit tinggi banyak2...oke..."wink" "wink"

Yang terakhir sekali......

Jangan mudah menyerah kalah
Jika masih dalam keadaan sedar, lawan dan serang balik. Jangan sesekali menyerah kalah. Salurkan seluruh tenaga pada tangan dan kaki anda!!! Yakin kan diri....bermuhasah diri kuatkan metal dan fizikal....dan jika anda sudah bersedia...apalagi...CABUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!...
Ya ..itu sahaja tips2 mempertahankan diri dari saya untuk hari ini...akhir kata..selamat mencuba..........!!! jangan lupa bagi tau result kat fesbok saya...ehehehehe



Me Naughty..me Netty

3 comments:

Qastalani® said...

soalan peksa ko ni sng sangat laa netty.. tp upsr sampai D saje. e xda.

ch@ said...

adoiii, kita bkn apa. terbayang kalau kak netty yg berhadapan dgn penyangak² ni. nak gelak pun ada. tapi, berguna btl kak rahsia akak niii :D

notti netti said...

Miss Q - eheheheheh

cha- penyangak yang gelak atau k.net yg gelak???heheh


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno