Wednesday, August 4, 2010

Tips-Tips Mempertahankan Diri Menggunakan Barang Apa Yang Ada Di Depan Mata.

Salam semua.....waras kah kalian semua????
Ya..mari kita lihat Tips percuma pada hari ini.

hari ini Saya bermurah hati mengoogle tips2 teknik mempertahankan diri dan saya telah mentouch up sedikit demi sedikit supaya tips mempertahankan diri ini menjadi lebih ummmph!!! gitu. Laksana VIP indonesia I bagi tau I..........sungguh ummph! teh tarikh malaysia ini.....yaa...apakah?????!

Pertahankan diri? apa perlukah kita mempertahankan diri kita?...(apa punya soalan ini)...melainkan anda mempunyai 10 orang bodyguard..anda boleh abaikan tips ini..jika tidak mempunyai bodyguard dan cuma ada body sahaja...baik anda hafal dan selami tips2 ini dengan khusyuk sekali...oh! jangan risau, anda tidak perlu ke gua untuk bertapa demi mengamalkan ilmu ini....saya juga tidak ke gua mahupun ke bukit mahupun berjumpa dengan orang tua berjambang berbaju putih yang memaklumkan mereka guru kita dan memang sedang menunggu kita...ahhh! persetankan itu semua.....guru itu di zaman dulu kala...di zaman sekarang....kamu berguru sahaja dengan blog okey??????

Okee...tanpa membazirkan masa yang memang sedia terbazir ini, kita mulai dengan tips mempertahankan diri yang pertama.

Jerit sekuat hati
Apabila ada orang mengekori anda (dah muka memang muka penyangak) dan apabila anda merasa kurang selamat, apa yang perlu anda lakukan???
a) Mengajak penyangak tersebut berjalan bergandingan tangan.
b) Ekori kembali penyangak tersebut
c) Tersipu-sipu malu sambil menyuruh penyangak tersebut jangan follow
d) Berpura-pura meroyan sambil memaki hamun suami anda
e) Menjerit sekuat hati sampai nampak anak tekak.

Jawapannya - e)
Dengan menjerit akan membuatkan penyangak tersebut panik dan merasa was-was untuk menyerang anda. Betul ker. Iyeee betoi...tak percaya??? cuba anda menjerit tetiba pada suami anda...konfom selipar tandas dibalingkan kepada anda, jika tidakpon...anda mungkin akan menjadi janda secara tiba2 dan terpaksa turun naik mahkamah bukan?. Ataupun berkemungkinan penyangak tersebut mempunyai sakit jantung, kita tidak tahu, bukankah kita hanya merancang dan tuhan menentukannya.....jadi, jika anda menjerit sekuat hati nescaya penyangak yang mengekori anda tersebut terkejut dan secara otomatiknya ter heart attack lalu tombang...nah...ini pelung keemasan anda untuk melepaskan diri dari di rogol. (Jika body anda cantiklah...kalo takat er...er..er..anda cuma mampu di rompak jer...rogol jauh sekali..jangan nak berangan!) 

Seterusnya....
Apa harus dilakukan jika penyangak tersebut memegang bahu kita or tangan kita??
a) Pegang tangan penyangak itu kembali sambil ramas-ramas...(amboi gatai naaaa)
b) Buat-buat terkejut dan pura-pura pengsan
c) Menjerit sambil berharap Edward Cullen datang menyelamat (dalam mimpi kamu jer la!)
d) Explain baik-baik pada penyangak tersebut bahawa kamu mempunyai penyakit kurap tahap merbahaya yang boleh menjangkiti seluruh kaum kerabat penyangak tersebut dalam sekelip mata....huuuiiyioooo (aku pon tak sanggop guna alasan nie)
e) Gunakan kekuatan tangan.

Jawapannya - e)
Guna kekuatan tangan? tangan sapa net? laillahaillallah.....tangan sapa lagi...takkan tangan bangla sebelah umah Maria Arshad lak.....korang ada tangan kan? baru lepas pedicure medicure kan? Ha!!! tangan korang laaa....aduiiiiii....

Jika situasi di mana penyangak menghampiri anda, genggam kedua-dua belah tangan dengan sekuat hati dan tumbuk bertubi-tubi pada muka penjenayah. Jangan kasi peluang langsung!!!!! Walaupun penyangak tersbut hanya mahu meminjam wang anda...tumbuk!! jangan berenti....setelah ada panggilan telifon dari suami, boypren, skandal anda...baru anda berhenti okee....(mereka yang menelipon ini sangat penting bukan?)

Tapi...jika tangan kita lemah or sakit or takde tangan..bagaimana pula?....
Oh! misalannya perkara ini berlaku....anda tidak perlu mengoogle atau menelipon saya....mungkin saya berada di suatu tempat yang jauh yakni di atas katil...jadi bantuan yang akan saya berikan adalah sangat terhad......ingat! kamu mempunyai tubuh badan lain seperti kaki bukan??? yaaaa...ini masanya kamu menggunakan body part kamu yang ini. Anda boleh bertindak segera dengan menendang kemaluan penjenayah atau titik-titik yang boleh melemahkan diri seperti mata dan lutut. Masih kamu ingatkah Teknik2 persetubuhan saya? di mana, titik nafsu lelaki hanya terletak tang tuuuuutttt sahaja...Ya! jadi gunakan peluang keemasan yang ada. Oh! jangan la pulak kamu stim yer.....bahaya....ini bukan mempertahankan diri namanya....ini kamu sendiri perlu menahankan diri kamu dari lapar dan dahaga. Ingat! Jika kamu memboyot bukan salah saya.

Apa harus dilakukan jika penyangak tersebut masih mengekori kita??
Wah! sangat degil itu penyangak.......takpe..takpe,....diharap tips seterusnya dapat membatu...tapi apa caranya?
a) Ugut penyangak tersebut bahawasanya kamu ini anak VIP dan bapak kamu mempunyai harta berbillion dolar takhabismakansorang.
b) Berdiri depan penyangak tersebut sambil menyanyi lagu ayah dan ibu......ayah dan ibu........itulah..pengorbanan kami...nyanyian sudirman...sambil menangis-nangis lakonan. Dengan harapan penyangak tersebut akan turut sama sedih dan kembali ke pangkal jalan.
c) Tanggalkan baju kamu sampai bogel dengan harapan penyangak tersebut malu-malu alah dan menyuruh kamu bertaubat.
d) Kentut sekuat hati!!!! dengan penuh perasaan
e) Tenung dan perhati setiap inci tubuh penyangak tersebut.

Jawapannya - e)
Jangan perhatikan satu bahagian tubuh penjenayah sahaja. Sebaliknya lihat secara menyeluruh dan perhatikan mana-mana bahagian yang boleh diserang. Sebagai contoh, jika penjenayah memakai subang, tarik subangnya sekuat hati. Kalo boleh kasi tanggal itu subang, jika subang itu emas tulen...anda bawa lari..jika tidak anda tarik lagi apa yang ada pada tubuh si penyangak tersebut. Anda kan brutal. Oh! jangan pula kamu perhatikan setiap inci tubuh penjenayah dengan pandangan penuh nafsu barakah dan seksi sambil mengeluarkan lidah kamu (alaa cam iklan sedap makan ice cream itu) nescaya tidak berjaya tektik ini jika anda berbuat begitu. Dikhuatiri anda berdua akan berakhir dengan adengan dalam semak nanti ya.

Tapi, apa harus dilakukan jika penyangak tersebut mempunyai martial arts????
hebat sungguh penyangak ini ya.......oke...kita guna tips ini pula. Jika penyangak mempunyai ilmu seni mempertahankan diri kamu harus.......
a) Pura-pura tahu juga pasal martial arts ini....kamu tidak mahu kalah lakonan bukan????? dan kalau boleh bilang kuat2 1-2-3 haiyaaakkkk!!!. Uppercut-block-kick ala2 Peninju Muay Thai. Mesti scaryyyyyy.
b) Memberi amaran kepada si penyangak tersebut bahawasanya kamu mempunyai tali pinggang black belt color biru...dan tidak mahu menyakiti hatinya jika dia tewas ditangan kamu. Bukankah cikgu sudah bilang....jangan menyakiti hati dan perasaan orang lain.
c) Kumpulkan angin dibadan kamu sepenuh tenaga dan beritahu penyangak tersebut bahawa kamu baru lepas makan petai, durian, jering, coke, cupcake notti netti dan berbagai lagi....dan kamu masih belum hadam makanan tersebut.
d) Pura-pura menepuk tangan kepada penyangak tersebut bahawa kamu tidak pernah melihat martial arts seterror penyangak tersebut.
e) Gunakan teknik "kunci Kaki' anda.
Jawapannya - dah tentu lah e)...kan dari tadi asyik eeeeee jer..

 

3 comments:

suelynnda said...

panjang giler entry ko ni Nett!!

kena print balik baca kat umah.hehe

ch@ said...

yg best tu jwpnnya smuanya E... haha.

notti netti said...

Sue- kih kih kih habish short cut dah

cha- senang sikit..tak yah pikir2..


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno