Friday, August 13, 2010

Soal Jawab Puasa Bersama Notti Netti...........hancussss...........

salam evening semua,
Setelah sejam kita berbuka, sendawa sudah, kentut sudah, korek taik idung pun sudah...
ya, mari kita sambung pula dengan persoalan berkenaan topik Puasa siri ke-2

Soalan kelima (agaknyalah)
Boypren saya baru sahaja menjadi arwah, sebelum dia masih bernyawa, dia pernah berniat berpuasa nazar jika dia berjaya di dalam interview kerja. Ya, seperti diduga, arwah berjaya tetapi belum melunaskan puasa nazarnya sebanyak setahun (maaakkkk aihh!) masalahnya sekarang arwah sudah menjadi arwah dan saya selaku girlpren setia sehidup semati berasa terpanggil untuk melunaskan puasa nazar boypren saya. So, bagaimana harus saya lakukan? atau perlukah saya memaksa sahaja adik kandung arwah boypren saya menggantikan puasa nazar tersebut?
Jawapan saya?.......hmmm...cuba saudari bayangkan saudari berada di tempat arwah dan arwah berada di tempat saudari, adakah saudari rasa, boypren saudari akan tolong mengcoverkan puasa setahun saudari????? saya rasa dia buat dono jer....dan sebagai membalas perasaan sedihnya terhadap pemergian saudari, dia kompom cari awek lain. Namapun lelakiiii.....so, x payahlah nak gatai2 ganti puasa arwah boypren saudari tu...setahun tuuuuuuuu............puasa saudari yang 7 hari dulu sudah bergantikah???!. Tapi kalo dah namanya cinta, saudari boleh tolong berikan fakir miskin beras beberapa kampit. Oh! bukan kepada saya, kepada fakir miskin lah!. ok!

Soalan Keenam
Bagaimana pula menggantikan puasa kerana melahirkan?
err..saya beranggapan melahirkan anak yer (sebab soalan kamu tak habis). Seorang wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak atau yang sedang menyusukan anak jika wanita tersebut ingin meninggalkan puasa, maka wajib atasnya untuk menggantikan puasa tersebut. Ia terbahagi kepada dua cara iaitu, Sekiranya wanita tersebut meninggalkan puasa kerana khuatir atas kesihatan dirinya maka dia diwajibkan menggantikan puasa tersebut. Sekiranya wanita tersebut meninggalkan puasa kerana khuatir ke atas kesihatan dirinya dan kesihatran anaknya maka wajib atasnya menggantikan puasa tersebut berserta fidiyah (satu cupak = satu hari). Ha, jawapan nie serius sikit, terbatuk2 saya menjawabnya...macam terkena pada diri sendiriiii jer..(ko bila nak ganti net?) uhuk uhuk..batuk lagi...

Soalan Ketujuh
Cik Puan Sri Netti......saya bangga mengatakan saya selalu berpuasa full. Terror lah!.....tapi saya tak sembahyang...err..oke ker?
Ok tengkorak mu!!!! dah nama ibadah tu tiang agama, kalo ko bikin umah takdo tiang, seghupo ko takyah buat umah...baik dok dalam kotak yo!!!.....Sonang cherito...semayang laaaa oiii nak oiiii......haa..semayang tu jangan semayang sajo2.....faham erti setiap ayat bacaan tu......ada faham!!!!

okee..sampai sini lah dulu...den dah transform cakap loghat nogori dah nie.....adehhhhhhhh!!!!
selamat bersahur yo!!!


Me Naughty..me Netty

No comments:


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno