Ya assalammualaikom saudara saudari sekali,
bertemu kita sekali lagi di bulan yang penuh mulia dan segala amalan (yang baik2 sajork) dilipat gandakan, (jadi pepandai la sendiri nak collect harta amalan kalian sendiri!)
Pagi ini ustajah Notti Netti mahu berbicara mengenai topik Puasa.....
Ya....saya bukanlah begitu arif bab2 agama ini, tapi setakat doa berbuka, niat sembahyang dah memang sebati la.....(rasanya korang lagi terror kot).....
so, di sini saya dengan ikhlas hati ingin menjawab beberapa pertanyaan oleh beberapa umat manusia di muka bumi ini....mungkin jawapan saya adalah sedikit tidak logik, tapi harap2 adalah kebenarannya....wallahhualammmmm (alim ko nie yer net?)
Soalan pertama
Hobi saya berenang, sehari tak berenang rasa tak yak yak yea hidup ini....jika saya berenang di bulan puasa, adakah terbatal puasa saya?
Lahaulawalaa......yang ko nak berenang bulan puasa nie pehal?....tak boleh ke ko pura-pura berenang kat atas katil umah ko jer....cari penyakit ko nie?......suh masuk peraduan berenang bersama majalah Kuntum, ko tanak...jaga standard konon!.....camni....para perenang sekalian, Melakukan aktiviti renang dengan niat untuk menyejukkan badan atau melampiaskan nafsu hobi anda, adalah makruh. Tetapi apabila air tersebut masuk ke dalam rongga yang terbuka seperti hidung, telinga dan sebagainya, maka hukum puasanya adalah terbatal dengan sebab melakukan aktiviti renang dengan sengaja. Melainkan ko nie sejenis sepisis ikan duyong, yang takleh tak jumpa air......leh sawan jadik nya...haaa..renang laaa....satu lagi, dikhuatiri jika dibenarkan kamu berenang, dah kompom2 korang teguk air kolam tu sampai separuh.....isk isk isk.....bawak ngucap sikit!
Soalan Kedua
Adakah terbatal puasa setelah bangun dari tidur dan didapati telah keluar air mani akibat bermimpi?
Haa......apa korang buat sampai mimpi lagu nie...isk isk isk... cover la sikit kot ya pon. Tapi tak boleh salahkan mereka2 ini jika tak tersengaja...kot nya ada yang baru akil baligh di bulan puasa ker kan? kan?.....jadi jawapan saya, Tidak batal puasa tersebut. Apabila keluar air mani kerana bermimpi adalah bukan perkara yang disengajakan. Jadi mimpilah secara tak sengaja yer...eheheheheh...takpe, saya tak marah.
Soalan Ketiga
Saya tidak mengandung, kerana saya anak dara ( erk?) tapi saya sering muntah dibulan puasa kadangkala 3 kali sehari pulak tu. Terbatalkah puasa saya???? tolonglah saya, saya tak sanggup muntah lagi.
Ya, saya faham, buruk rupanya jika anak dara muntah2...tiga kali sehari pulak tu? macam jadual ambil ubat batuk pulak. Jawapan saya senang jer...puasa anda tidak terbatal atas alasan anda tidak sengaja. Kecualilah anda mengorek dengan sengaja anak tekak anda dengan tujuan untuk muntah dan sekali gus berharapan agar berat badan anda berkurangan dan secara otomatik menjadi seperti body zombie yang menjadi kegilaan model2 runway ketika ini. Haaa..itu terkira batal dan berdosa dan menempah maut namanya.
Soalan Keempat
Saya mempunyai penyakit kencing manis dan harus mengambil suntikan insulin. Adakah suntikan insulin ini membatalkan puasa saya??? Tolong lah.....
Ya..ya..saya tolong la nie...... Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa ya nakkkk..... Ini kerana, suntikan yang ditusuk itu bukan melalui rongga yang terbuka dan saya pasti suntikan tersebut tidak memberi sebarang kekenyang kepada si kena suntik mahupun si penyuntik. Jika suntikan ini memberikan kekenyangan..memang saya dah try lama dulu walaupun tidak mempunyai penyakit kencing manis. muahahahahahah.
Ya, diharap jawapan2 saya ini menjawab semua pertanyaan anda sekalian. Ada lagi soalan yang akan saya settle kan..kita tunggu nombor giliran yer......sapa kasi kurma free, saya akan utama dulu...eheheheheheh
wasalammmmmmm..............
pssst-; sebarang pertanyaan masalah wanita, sila rujuk kepada pakar sakit puan yer.......saya ustajah hari ini.....ehehehehe
Me Naughty..me Netty
4 comments:
nk tanyer lagi soalan leh tak ustajah nett????????hehehe
emy- tanyalah...sambil mengesat hingus.
ha ha ha.lawak la ustajah nie...
ayu- ehehehe
Post a Comment