Thursday, July 8, 2010

Tips Lagi - Tips Pergi Temuduga ala Notti Netti Part II

Bersambung kepada tips seterusnya 

  1. Jangan mengunyah chewing gum atau menggulum gula-gula di depan si penemuduga tau. Sama ada anda tercekik kat depan si penemuduga tersebut atau mati serta merta dan kematian anda dikeluarkan di dalam akhbar muka depan surat khabar pada keesokkannya. Mana anda nak?......mati fames atau mati tercekik dalam kemanisan?.....Jangan...jika mahu menguyahpun make sure sebelum interview berlangsung tau.
  2. Ha...yang nie memang si penemuduga pantang sangat. Aku pun pantang benda2 macam nie. JANGAN MENIPU!!!! jangan berkata tidak betul kepada si penemuduga dan jangan menokok menambah cerita yang tidak ada. Tahulah anda terror dalam karangan esei...tapi jangan lah anda mengarang di depan si penemuduga pula. Jika anda tidak tahu jawapan pada persoalan yang diutarakan, jawab sahaja "maaf saya tidak tahu atau tidak berapa pasti" jangan pandai2 medula oblongata anda sahaja menjawap pada soalan yang anda sendiri tidak tahu jantan betinanya. Contohnya, si penemuduga betanya..."eh! Notti Netti tu cute tak"? anda yang tidak langsung pernah bersua muka dengan Notti Netti pun menjawab membabi buta (sian babi tu) Ya...mak oii cantik cute si Notti Netti tu...bagai intan permata ghupanya.......jangan! walaupun si Notti Netti memang cute...tapi jika anda tidak pasti tolong jangan menjawabnya...dikhuatiri jawapan anda itu salah ataupun si penemuduga sengaja hendak menduga anda. (Tapi yang Notti Netti cute tuu adalah benar sama sekali). Oh! jangan pula anda berdiam diri pada soalan yang anda tidak tahu. Anda bukanlah patung buddha ya......anda manusia.....jawab sahaja anda tidak tahu.
  3. Bila sebut sahaja pasal interview, anda perlu bersedia berkenaan soalan2 yang sensitif atau berkenaan dengan keluarga. Si penemuduga mungkin mahu melihat daya fizikal dan mental anda. Mungkin mereka sengaja membuka cerita mengenai topik rumahtangga anda yang hancur, topik arwah ibu bapa anda, topik bekas kekasih anda. Semasa saya interview polis dulu, soalan bekas kekasih saya telah ditanya oleh Seorang Datuk ini. Ya...kamu mesti yakin. jangan pula kamu kata kamu tidak sedih tapi kat mata tu dah mula meleh-leleh keluar air mata dan air hingus. Cekal kan hati. Macam saya, saya menjawab dengan penuh keyakinan...seingat saya, saya menjawab, "Dato' saya ditinggalkan ex-boyfren,disebabkan itu result ITM saya tidak bagus, if I meet him one day...I'm sure that I will slap  and will gladly kick him "(seyes, I cakap macam tu......) and diselangi dengan gelak tawa datuk2 tersebut. And sampai sekarang if I meet that Datuk, dia sure kata, I polis yang garang. (Garang keeeeeee?....lakon jer tu) Jadi, anda harus lakukan....jangan bagi emosi mengawal diri.....Faham!!!!
  4. Masalah peribadi. Soalan ini tak banyak yang si penemuduga akan soal jika mereka tidak tahu. Anda janganlah kerana nak sangatkan posisi kerja di syarikat tersebut, anda mulalah menjaja cerita peribadi anda yang samborono itu. kadangkala yang patut mendengar masalah peribadi kita adalah our family, frens or diary...yang selebihnya....LUPAKAN!.......menceritakan masalah peribadi anda hanya akan menyebabkan pointer anda turun menjunam bak pasaran saham. Mereka tidak mahu pekerja yang mengalami masalah peribadi bukan..? jadi simpan sahaja masalah peribadi anda itu diam-diam dalam poket seluar anda. Jangan anda cuba meminta mereka menyelesaikan masalah peribadi anda...ini bukanlah tempat yang sesuai berbuat demikian, jika anda mahu, pergi sahaja berjumpa cikgu kaunseling di sekolah Menengah anda. Titik.
  5. Anda mungkin sedang/ pernah bekerja di tempat lain sebelum ini, ceritakan yang elok2 sahaja mengenai kompeni anda. jangan mengutuk, mengkeji bekas majikan anda. Manalah tahu, bekas majikan anda merupakan sedara sepapat, adik abang kepada si penemuduga berkenaan......ataupun bekas majikan anda menyamar menjadi pakcik cleaner di bilik interview sedang berlangsung. Anda harus berhati2.....teknik ini ramai yang tidak tahu dan selalu failed.
  6. Kelayakan dan kelulusan juga merupakan faktor penting di dalam menjayakan sesuatu interview. Buat apa anda membawa ke hulu ke hilir fail2 tersebut?......jangan menipu mengenai kelayakan anda dan jangan over dengan kelayakan yang anda ada. Contohnya...saya mempunyai ijazah kelas pertama di universiti pak man tongkang dan master di universiti mak Lampir....sekarang ini saya menunggu hari untuk menghabiskan PHD saya. Kamu dato?...apa kelayakan kamu? SPM kah?...atau pengalaman yang tak seberapa itu?......anda sangat berani jika bertanyakan soalan sedemikian......saya akan bertepuk tangan jika anda berani menjawab begitu...ahahahah. Ingat. adakalanya, mereka yang mempunyai diploma tetapi mempunyai pengalaman yang luas di dalam kerja kososng yang ditawarkan itu mempunyai peluang yang cerah berbanding anda yang dari SPM bawak ke PHD.....belajar jer kerjanya tapi takada satu pengalaman kerjapun....anda tetap dikira sebagai hampeh! Ingat sikit...down to earth tidak rugi, macam saya.
  7. Buat sedikit pembacaan berkenaan bidang atau profile company yang anda kena interview tersebut. Kemungkinan anda akan ditanya mengenai bidang tugas jawatan yang bakal anda sandangi. Oh! tak payahlah bidang tugak pakcik cleaner, penjaga kaunter pun anda nak baca.....itu otometik anda tahu....kalau tak tahu jugak...sila habiskan PHD anda.
  8. Berkenaan gaji. Jangan terburu-buru, memandangkan anda belum lagi diterima bekerja di dalam company tersebut. jawab jika ditanya oleh si penemuduga. Jika penemuduga bertanya berapa gaji yang anda minta...jangan malu2 menjawab..."ah! malu laa Dato'....dato' faham2 sahaja lah..saya mintak sama jer dengan gaji Dato'....tak lebih...." atau" er...anak, campur laki, campur shopping, campur duit mentekedarah,....er semuanya saya mintak RM8,888 Dato' (apa anda ingat ini duit hantaran zaman 80-an?)....minta hanya pada gred gaji jawatan yang anda sandang....disebabkan itu aku suruh korang baca dulu berkenaan profil syarikat...isk isk isk....atau pun...biar sahaja dato tersebut yang menyatakan jumlah gaji anda. Kadang2 si penemudaga tersebut hanya mahu trick anda sahaja. Saya pun begitu juga...masa interview dulu...sorang dato ini mencelah...lebih baik sahaja saya bekerja di tempat lain yang gajinya lebih mewah.....rugi kerja dalam polis nie...dan saya dengan hidung tinggi mencecah langit menjawab, tidak apa Dato' saya tak kisah...tapi kalau gajii sedikit, kenapa dato' still berkhidmat di dalam pasukan ini?......dan sekali lagi dato tersebut tergelak......di sini, tak salah kita fire back si penemuduga...jika beralasan......jawapan saya berasas....memang gaji sedikit...tapi alaunnya........ ahahahahahah.....
  9. setelah menemuduga secara seyes, mungkin ada antara si penemuduga tersebut yang jenis happy go lucky yakni meminta anda berbuat sesuatu yang rasanya tidak ada kena mengena dengan interview tersebut. Saya misalnya, telah diminta untuk menyayikan lagu bahasa jepun. Dan saya dengan muka pandai pun menyanyikan lagu utada hikaru (time tu famous lagu er...alaa...apantah nama dia yang best tu yang mendayu2 lagunya).......saya pun menyanyilah dengan penuh perasaan Utada Hikaru yang bahasa jepunnya berterabur. janji mereka happy.......anda jangan lah malu2 untuk mengeluarkan telent anda.....anda hanya menolak dan menampar muka si penemuduga jika mereka menyuruh anda buat lion dance atau strip.
  10. Last sekali, biarkan si penemuduga tersebut yang mengakhiri perbualan...jangan anda pula yang pepandai nak the end kan interview. Anda siapa? anda yang ditemuduga tau.......Ingat. Ingat, jangan lupa mengucapkan terima kasih after anda finish temuduga. Terima kasih sahaja, jangan pula anda buat style seperti bersalam dengan sedara mara anda pulak, kiss pipi, cemolot ker...jangan..ingat! mereka bakal bos anda...yakni bukan muhrim! oh! lagi satu, selesai sahaja interview...terus balik. Jangan anda mengeluarkan barang2 dagangan anda, atau mengajak Dato'2 tersebut join MLM kelolaan anda.....Jangan begitu...segala jenis ubat pun jangan anda promosikan...tak kiralah ubat kasi bontot cerah ker...berserta demo bontot anda yang putih gebu itu...jangan...jangan melucah...jangka hayat Dato' tersebut tidak kita ketahui...anda jangan jadi salah seorang penyumbang utama kematian dato tersebut......enough!
Itu sahaja yang saya ingat....sesiapa yang mahu pergi interview...ingat! berpakaian kemas, bersih...dan memohon doa dari ibunda ayahanda anda dahulu. Insyaallah anda akan berjaya. BERUSAHA!!!!!!!!kalau nak lagi mujarab...sebut nama saya 3 kali.....eheheh
Sekian.wasalam.
Me Naughty..me Netty

3 comments:

mila.ibunajihah said...

duhh nett..sakit badan aku, baru bangun lepas gelak bguling-guling baca post ko yang ni. walaupun tips-tips nya benar,suci dan murni..tapi cara penyampaiannya menggeletek betul la. yup, mmg tips ini sangat bagus dan tepat sekali.

mummy_ayu said...

ha ha ha...tak abis abis aku gelak..ko net!!!

notti netti said...

Mila- uihhhs sabar mila..sabar, bawak ngucap sikit..

ayu- konet????!


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno