Friday, March 26, 2010

PABILA USTAZAH NOTTI NETTI BERBICARA.....

Assalammualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..........
Selamat Pagi wahai para ahli kubur sekalian?.......
Diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..
Hari Ini Ustazah Notti Netti (setiap hari jumaat I declare diri I ustazah)
akan menyampaikan tazkirah.
Tazkirah kita pada pagi yang mulia ini ialah bertajuk
"Hari Outing Wanita seMALAYSIA"

Ya Puan-Puan (kalau ada Tuan....anggap je diri tu Puan...hokey? ustazah Notti Netti x marah.....sambil kenyit mata 'wink' wink')

Apa kata kita renung-renungkan sejenak,
(sambil merenung tajam kueh donut ofismate aku)
Hari Jumaat......Friday.....TGI FRIDAYS.....eh?
Apa sinonimnya wanita gomen dengan hari Jumaat?
Kenapa tiba-tiba wanita bekerjaya ini akan menjadi mengeletis pada hari ini?
Ya apabila berbicara hari Jumaat (pada wanita gomen je yer.....yang lain dengar jerk)
Pasti wanita-wanita gomen itu akan dengan pantasnya memikirkan venue-venue yang sesuai untuk menghabiskan masa suka suki yak yak yea mereka yakni dari pukul 1215 sehinggalah 2.35 petang.....

Ada yang fikir...ah! baik aku tidur jer atau.....keluar dating ngan pakwe/suami/ayah gula pun baguih nih! atau....yang skema sikit....baik buat kerja yang bos bagi (ini jarang-jarang sekali berlaku) dan ada juga yang aktif iaitu keluar berjalan-jalan seperti wanita bekerjaya like me.

Ya Puan-Puan dan juga Tuan, (kenyit mata lagi)
Bagi wanita gomen seperti saya, hari jumaat adalah hari yang dinanti-nantikan.
Kenapa ustazah??? tanya acik cleaner kepada penulis blog ini.

Terima kasih acik cleaner.......

Kerana dengan hari ini sahajalah wanita gomen seperti saya dapat keluar beriadah, Ya! diulangi BERIADAH!...menenangkan fikiran ("yer ke net??? tengok hehariii jerk ko keluar?")

ahhhh! sadap you.......

Para hadirin sekalian,
Islam menggalakkan umatnya membelanjakan diri ke arah kebenaran, Betul?
Justeru itu, saya sekali lagi sebagai wanita gomen yang
berdedikasi akan menyahut amalan tersebut
iaitu membelanjakan duit gaji ke arah kebenaran
Yakni melakukan amal jariah.....(tepuk tangan semua)

Oleh yang demikian, beberapa institusi perniagaan telah pun menjadi pilihan saya
di dalam mempraktikkan amalan terpuji ini......
antara yang telah dikenalpasti ialah institusi perniagaan encik Charles & Keith, Miss Promod, Puan Coach, Cik Siti Gucci dan Encik Koperasi Polis (Oh! apakah?)

Oiii ustazah!!!!...oiii!!!!sebelom ko pegi ke institusi berbayar tu...apa kata ko melawat ke institusi perhutangan ko dulu seperti cik Maybank dan Puan Seri Kad Kredit....hokey???? baik cepat! sebelum ko dipanah petir!!!


Alah!!! kacau setim tul lah suara sumbang mana tah...baru nak tazkirah....
dah la....ilang mood seketika...korang tatapilah gambo cupcak Mummy Ayu nie...
Kek cekelat ngan butter cake....

Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh......

Me Naughty..me Netty

5 comments:

Aleyn said...

Memang diri ini tersangat jellesss ngan wanita gomen....

mama tisya said...

cute la minnie mouse tu...amboi2 dating tgif plak ye..jeles2 tp tk dpt nk join:-p next time kalo dtg area OU,the curve ke jgn lupa inform ye...ehhehe

notti netti said...

Aleyn - jeles la lagiiii jeles laa lagiiiii....

mama tisya- okey set nextweek main area tu pulak......hokey?????

aleen adela akoo ^_* said...

wah,taniah2.elaun mara kamii xdpt lagi!!!haiyark.

deena awanis said...

jelesnyer..dah la korang dah masuk gaji..=(


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno