Friday, July 23, 2010

Sangat cantik itu biskut! sangat manis isinya! khas untuk anak2 ku! Dari Aunty mereka! Tetapi////bila Rasaksa Biskut Menyerang.....! kemana biskut2 itu pergi?????


Ini adalah saya ^_^. (gigih mak pijam camera bibik sebelah rumah tauuuuu) Yang dipegang itu adalah cookies! ya...biskut...bukan buku, bukan piring bukan poster..tapi B.I.S.K.U.T!!!...Sangat kecantikan bukan? oh! bukan notti netti...but biskut tu yang cantik (Notti Netti memang cantik sepanjang zaman...awwwwwww!) Biskut ini telah ditempah oleh My SIL yang body cam kerengga tu...(kenapa saya tiada gambar kamu dalam folder saya? hmmm)...beliau sangat baik kerana sudi mengorder ini sekut khas buat anak2 saya yang jauh dimata...di hati pun jauh sikit...muahahaha sebab lama tak jumpa...(oh! lupakan...saya tidak sanggup menaip sambil menangis lagi...) Hari ini hari jumaat bukan? hari yak yak yea....bukan hari untuk bersedih! chiillllsss.....
Terima kasih SIL ku ZAREEN yang sepanjang tahun sentiasa mengikati anak2 buahnya yang ramai....
Saya sangat kemaluan di sini kerana sering mengabaikan anak2 kamu....sangat membenci okey!
Harap2 permudahla saya kaya, supaya saya dapat membeli seorang sebijik kereta buatan Malaysia khas utk anak2 kamu.
Bukankah kerajaan menggalakkan membeli barang buatan Malaysia.
Biskut ini sudah sekian lama terperap di rumah saya....kerana kebusyan saya, saya tidak sempat pulang ke kg......aduiii laaa......pada mulanya saya mahu mengambil gambar my 1st son dan Starbucks latte sedang memakan ini biskut. akan tetapi....nafsu igin menerai saya sangat berkobar2......
Jadi, di suatu petang yang hening, tanpa dilihat oleh sesiapa, saya telah menerai sedikit biskut ini, (sebagai seorang ibu yang cute dan berhati mulia, sudah menjadi tugas beliau untuk menerai sebarang jenis makanan before diberi kepada anak2 bukan kah begitu???) Jadi, saya telah menchoba memakan sedikit (sedikit la sangat!) biskut IRFAN aka Starbucks latte......

 YA! LULUS! SEDAP! 
Ya, setelah tersedar dari menerai ini biskut, saya terkedu...alamak! tinggal separuh! apa haru ku perkatakan kepada si starbucks latte?...bila difikir2...hmm...starbucks latte belum punyai gigi dan demi mengelakkan beliau diserang kencing manis, jadi si ibu yang berhati mulia ini TEKAD!!! untuk meneruskan sesi "menchoba" ini biskut sehingga ia hilang dari pandangan..........(dah habis!) sangat kelazatan tauuuuuuu........spongebob itu pun sangat halus seni lukisnya.......


 Ya, dengan perasaan bersalah, si ibu starbucks latte terus meminum susu (bukankah makan cookies wajib dilengkapi dengan segelas susu?...) wah macam kanak2 itu ibu besar berbaju kelawar hijau tersebut. Sangat memalukan!
dan susu yang diminum bukan calang2 gelas......sangat besar!....sekali teguk dan sekali nafas pula tu...sangat rakus ini ibu......jarang2 ditemui sepisis ibu sebegini ya Tuan2 dan Puan2.
Maka, si ibu ini nanti harus disimpan di dalam arkib negara!

 Si ibu yang cute dan berhati mulia, sangat tersipu2 malu.
Ya lah sudah habis biskut si kecil ko kerjakan.....ini, ko mula aim biskut si abangnya pula. Ah! tidak boleh jadi nie....si ibu cepat2 membalut kemas biskut si IMRAN pula...risau jika tersimpan di dalam perut ibunya sekali lagi. Tetapi, si ibu tanpa perasaan ragu2 telah cuba membuat biskut yang ala2 sebijik dengan biskut yang dimakan itu. Tetapi si ibu terbuat rapuh sangat...seperti biskut semprit rupanya. lihatlah gambar di atas....biskut main2 rupanya...si ibu buat dan si ibulah melantaknya sehingga habis..dasyatnya ko net!!!!
(bukankah sudah saya bilang....sepisis ibu sebegini jarang2 ditemui.....) maka, hargailah beliau secukupnya.

Oh! sangat kasihan si starbucks latte ku ini, takpe2...nanti ibu paksa untie kamu yang menghadiahkan biskut ini, supaya menghadiahkan sekali lagi kepada kamu (itupun setelah kamu punyai gigi, dan disahkan tiada kencing manis...okey!) ya...ibu tahu, ibu sangat baik orangnya......muahahahahahhahahahahaha........
Oh! jangan berbuat muka sebegitu, ibu rasa berdosa........sob sob sob....(sambil menyuap nasi lemak RM1 ke dalam mulut) mengapa nasi lemak ini sejemput sahaja????? dada kembar saya lagi besar dari nasi lemak sejemput ini...ahhhhhh duniaaa...dunia.....
Me Naughty..me Netty

13 comments:

emy/mamasuri said...

ala..comel lah starbuck latte ko tu

cik puan akish said...

alolo..starbuck latte ko mmg chumill net..!!!tp ko mmg zalim tau..amek diye punyer...

notti netti said...

maknye pun chomel what eheheh

notti netti said...

akish- aku just protect anak aku, takut keracunan...so..confirm takder racun itu sikut...ehehe

nadia said...

mmg comel la anak u ni! sebijik macam mak nye hehehe

nadia said...

mmg comel la anak u ni! sebijik macam mak nye hehehe

notti netti said...

cplor me pretty- ehehe I like ur comment...harus diprint ehehehe

Dina Zakaria said...

gigih sungguh si pembuat biskut yer..bila laa i nak pandai wat beskot cantik cenggitu..

ayah,ummi, farish said...

cantiknyer & tomei

notti netti said...

deena- sedikit usaha dan sedikit kerajinan dan di tambah sedikit keterpaksaan, maka jadi lah ini sekut..

ayah,ummi, farish sekeluarga- terimakasih..janganlah terlalu kerap memuji saya, malulah....

Suziey Ahmad said...

ko kejam nett..kesian starbuck

Anonymous said...

YE, kamu mempunyai anak2 yg sgt chomelss dipandang mata..
Kerana mata mereka sgt unik dan eklusip dan amat jarang terdapat di pasaran KL mahupun Melaka.

Sayaaaanggggggg mereka itu...!

-aunty mereka yg tlah memberi Beskut Spongebob itu tetapi dibaham oleh ibu mereka. Haaiiiya cik Netti..-

notti netti said...

suziey- beheheh macam ko x kejam..

my sil- muahahahahahahhahaha...malu lah sayeee....


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno