Nie aku cut and paste kat email aku jer...semua program realiti nie aku tak pernah tengok...
korang pernah?????
Nampaknya penerbit rancangan TV tidak pernah kering idea menghasilkan program-program realiti TV untuk memancing penonton menonton rancangan mereka. Selain bermotifkan keuntungan, mereka ini juga sudah bosan dengan rancangan berkonsepkan skrip.
Oleh kerana tanpa skrip inilah program realiti TV ini mudah untuk dikendalikan dan diubahsuai mengikut kehendak ramai. Semakin extreme dan gila temanya, makin banyak penontonnya. Hasilnya,beberapa program realiti yang tidak masuk akal telah dihasilkan.
Jom kita terjah program realiti TV paling aneh di dunia:-
1. The 1990 House
- Konsep program ini adalah membawa keluarga moden untuk menjalani kehidupan ala tahun 1900an. Mereka harus tinggal di dalam rumah selama 3 bulan TANPA ELEKTRIK DAN AIR dam mereka harus menjalani itu semua dengan seluruh anggota keluarga. Bayangkan betapa susahnya hidup tanpa elektrik dan air.
2. Married By America
- Program ini tidak bertahan lama dan hanya sempat 1 musim sahaja pada 2003. Para peserta diperkenalkan secara langsung di TV dan penonton memilih lelaki dan wanita yang mereka suka. Setelah itu mereka akan DINIKAHKAN secara live.
- Beberapa minggu sebelum itu, mereka akan tinggal bersama agar tahu satu sama lain. Di akhir rancangan ini, pengantin lelaki membatalkan pernikahan dan meninggalkan pengantin wanita yang patah hati di atas pentas gereja.
3. The Monastery
- Konsep rancangan ini adalah menempatkan sekumpulan orang Atheis untuk hidup bersama ahli agama (pendeta, kiyai, tabib, rahib dan sebagainya) dan selama itu pula mereka dilarang menyinggung agama orang di sekeliling mereka.
- Penghujung rancangan ini sangat dramatis, di mana beberapa perserta beralih menjadi pendeta dan yang lainnya menjadi mualaf. Tidak ada satu pun yang masih mengamalkan ajaran atheis.
4. He is The Girl
- Para peserta merupakan 11 jejaka berbadan segak. Pada awalnya mereka ditawarkan untuk mengikuti program realiti yang menguji fizikal dan mental. Kemudian barulah merka sedar bahawa acara yang mereka ikuti benar-benar berbeza sama sekali.
- Sebenarnya mereka harus berkelakuan seperti wanita asli; berdandan dan mengenakan perhiasan. Pada akhir program ini, mereka akan menyertai pertandingan ratu cantik.
5. Boy Meet Boy
- Dari nama programnya sahaja sudah dapat di agak konsepnya kan . Program adalah pertandingan untuk mencari jodoh untuk gay. Seorang gay bernama James Getzlaff mencari lelaki idaman untuk menjadi pasangannya dan 15 orang lelaki berlumba merebut hatinya.
- Mereka harus berhibur bersama untuk mengenali antara satu sama lain. Kalau dah 'berhibur' tu faham-faham sajalah aktivitinya. Peserta yang tersingkir akan diiringi lagu 'my heart will go on'.
4 comments:
macam2 hal... aku klu rancangan realiti nih yg aku tgk cuma amazing race jerk... yg lain2 tuh idok ler...
jgnla plak kt mesia pon nak wat program realiti pelik2 gini plok... haru jadinya... huhu...
Ada yg pelik dan ada gak yg jelik...bab gay tuh...tolonglah...tak der maknanyerrrrrr....
eh ada yerk..
boleh tgk tak??
tgk kat mana?
heeheh..menarik pe..
fenin...fenin... tp ak sker next top model hahahah...
runway project pon ak layan..
Post a Comment