Wednesday, April 16, 2014

What Goes Around Comes Around.....Kisahnya

Aku tulis blog......
kau nasihat, jangan tulis blog. Merapu semua tu, habis semua orang tahu luar dalam. Tapi.......kenapa baru-baru ni kau pula terjebak dalam arena penulisan blog?????

Aku pakai high heels.....
kau nasihat suruh stop guna kasut tumit tinggi. Boleh mendatangkan kecederaan dan tak elok. Tapi.......kenapa sekarang kau pula beriya-iya shopping kasut high heels???? siap nak kumpul buat collection lagi.

Aku pakai tudung Fareeda Layer.....
kau kata nampak muka aku macam singa. Tak sesuai dengan muka aku and ko akan elakkan pakai tudung cenggini. Tapi.....kenapa aku terjumpa gambar raya kau tahun lepas pakai tudung fareeda layer?....kau nak jadi singa jugak eh???

Aku amalkan diet Master Cleanse dulu......
kau kata diet yang merapu & nonsense (aku masih ingat lagi riak muka kau menggayakan ayat NONSENSE tu, macam Shreak) . Siap buat mesyuarat gossip seantero untuk sedarkan aku yang konon dah hanyut. Tapi......kenapa dalam chat group kau beriya bercerita pasal resepi Master Cleanse ni? siap tunjuk breakfast air tebu cili tu lagi. Kau nak aku repeat ayat NONSENSE tu pada kau ker? tapi aku taknak jadi Shreak.

Aku beli truck Hilux.....
kau kata tu kereta apek bawak sayur ke pasar. Buruk. Ko suggest beli Honda City. Aku touch up cantik-cantik Hilux jual sayur tu supaya nampak macam kereta transformer. Hmm.......kenapa senyap-senyap kau order Nissan NAVARA truck?.....kau pun teringin nak jual sayuq ka????. 

Aku makan pedas-pedas......
kau kata bahaya oooo makan pedas-pedas boleh kena appendix and muka berjerawat batu lesung. Itu 10 tahun yang lalu. Tapi kenapa di kenduri kawin kawan kita tu ko bebel kata sambal tak pedas?......semua tak pedas?....aik?....aku jumpa ko ker atau klon kau yang bercitarasa berbeza?????.

Aku makan petai.....
tahun lepas-lepas kau eeeeeew eeeeeeewww kan aku dengan muka jijik sambil tutup hidung walhal aku tak suap pun lagi petai tu. Minggu lalu kat toilet aku terbau sesuatu yang hancing ditoilet sebelah. Aku cam bau itu. Tengok-tengok kau keluar dari tandas sambil tersipu-sepit. Eee nak jer aku ulang ayat yang kau penah lontarkan kat aku suatu tika dulu. Tapi tak sampai hati nak mempetaikan kau.

Aku make-up di ofis.....
kau kata buat apalah nak make-up bagai. Ke pejabat jer. Cuba jadi natural sikit and jangan jadi plastik. Suatu hari ditakdirkan kau dan aku terlibat dalam satu majlis. Aku ajak kau temankan aku ke MAC untuk dimake-upkan. Kau pun join sekaki dengan alasan sekali sekala apa salahnya, yang akhirnya boypren kau tak habis-habis memuji kata rupa kau lain dari yang lain. Sudahnya sekarang kau kemain melawa ke opis dengan make-up and bulu mata pelesu bagai. So, kau nak aku kategorikan kau jenis plastik apa? Plastik sampah? plastik muntah anak aku? atau plastik segery????.

Aku buat kotak cantik-cantik untuk cheese cake aku.....
tapi kau mencebik. Kau kata buat apa membazir duit buat kotak cecantik yang sudahnya dalam tong sampah perginya. Tapi.....kenapa bila kau order cheese cake dengan aku, aku bagi kotak kek biasa dari Bake With Yen, kau mula bebel-bebel kat aku. Kau kata aku tak bagi sama macam kotak yang aku DIY tu. Aik????? kau nak apa sebenarnya Salina Gomez?????

Aku pakai tudung selendang lilit-lilit........
kau kata buat apa tiru model-model arab semua tu. Merapu sahaja and kau prefer pakai tudung bawal yang lebih sopan dan simple. Tapi kini......kau nampak lain. Dengan fesyen turban di kepala mengikut peredaran zaman katanya. Memang simple gila lah fesyen kau. Betul.....buat apa tiru model Arab. Tiru jer sarang tebuan. Merekapun ingin sarang mereka difesyenkan. Tak gitew?

Aku tak pandai didik anak......
kau kata aku ni terlalu manjakan anak. Anak aku buat perangai dan aku hanya marah gitew jer. Kau kata kalau kau jadi aku. Kau akan sepak anak sebagai pengajaran. Tapi kini bila kau telah punya anak, anak kau buat perangai....kenapa tak disepakkan?....alih-alih anak kau lak sepak kau sebab tak dapat mainan....hah? camno tu.......(aku pula rasa nak sepak dua-dua sekali)

Aku over dalam menghias diri.....
kau kata kadang-kadang kau tengok aku ni macam over tak bertempat kalau menghias diri. Aku cakap untuk suami. Tapi kau cakap suami kau tak pernah kisah pasal penampilan kau. Tapi kini......kenapa single jer babe? mana laki kau? ooppssss!!!!!

Aku makan di Restoran Jepun.....
Kau cakap....isk! apa makan tempat macam tu. Tak boleh telan benda-benda pelik and raw. Tapi kenapa sekarang....penuh selfie kat ig gambar kau bermesra-mesraan dengan sushi. Selfish betul kau ni!

Aku bodoh sangat sampai turun kelas....
kau sindir aku kata "tu la kenapa bodoh? sebab tu turun kelas bodoh". Waktu tu kau di tingkatan 2 A dan aku di tingkatan 2 E. Aku ingat muka dan patah perkataan kau sehingga hari ini. Bila tengok facebook...hmmm kenapa kau ---------------teeeeeeeeeetttttttttttt. Tak perlu aku teruskan, boleh menimbulkan perasaan riak.

Apa yang nak aku sampaikan di sini, jangan mudah mengkritik pada sesuatu perkara yang kita belum tahu atau mencuba lagi, takut apa yang kita kritik itu menempelak pada diri kita semula. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan?......akupun antara yang terjebak ke kancah ini. Aku paling tak suka emas (zaman remaja dulu) kemain bencilah katakan. Siap aku tolak-tolakkan cincin emas yang mak aku kasi. Itu dulu. Sekarang????? pantang dengar EMAS....mesti aku dok servey kat internet dah macam addict dah ha. Sapo nak cakap tu. "Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"

Me Naughty..me Netty

1 comment:

Hadramawt Kingdom said...

Funny! So dah terfollow sudaaa..haha.

Suka baca ur diet plan. Keep it up girl!

http://cikerza.blogspot.com


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno