Hye, semalam aku masih gagah untuk meneruskan diet aku. Alhamdulillah setakat ni aku tak terdesak nak kuis makan-makanan yang berminyak. Semalam ke Pasar malam adalah sesuatu yang hazab buat aku. Nampak pecel lele dengan sambal tomat aduhhh terliur usah cakaplah. Just tapau untuk si Ketua Keluarga (dia suka pedas-pedas ni) aku pun suka tapi dah tertulis kat dahi aku ni ~ On Diet ~. Maka terpaksalah aku sabarkan diri. Oiii baru masuk dua hari kot, nak meroyan sangat pasal pecel lele tu buat apa!?. Akupun terjah kat store daging ayam, beli bahagian dada ayam jer. Ni pun satu menguji jiwa, akukan jenis yang makan peha ayam jer or part-part yang enak bertulang. kali ni macam geraaaaaammmm je tengok peha ayam yang gebu tu. Tapi bila mokcik ayam tu tanya nak yang mana?...berat mulut aku cakap "bagi saya dada ayam kak, buang kulit"....arrrgg korang rasakan tak apa yang aku rasa????? isk tak mencabar langsung nak makan dada ayam ni...sekali telan jer...takde kena blok-blok dengan tulang ayam. Then aku beli sayur-sayuran, gila banyak sayur aku beli. Paling best bila pokcik sayur tu keluarkan tomato cherry. Aku ingatkan tomato cherry ni jual kat pasar besar jer, rupanya kat pasar malam pun ado. Murah pulak tu. Apa lagi sakan aku kaut tomato cherry tu, untuk kudap-kudapan konon.....baby carrot jer tak jumpa. Yang ado bapaknye si carrot.
Malaslah aku nak bebel panjang, cerita pasal pasar malam ni 3 jam tak habis. Ok, untuk menu semalam aku makan yang bawah ni. Korang tengoklah eheheheh.
Yogurt - Kalori: 90. Sebab pula jenama Marigold ni berbanding jenama Nestle.
Ni terpaksa aku ambil sebab perut aku caklempong jap. Orang kata jangan makan gajus sebab kalori tinggi tapi bila aku baca satu dua blog ni yang menyarankan makan sikit kekacang sebab kekacang ada lemak baik untuk jantung...hmmm why not aku try. Kalori: 203.8 (tapi tu untuk 1/4 cup, aku semalam makan dalam 10 biji jer). Lepas ni aku nak tukar dengan kacang pistachios pula.
Untuk lunch aku makan sayur salad dengan grilled chicken kat Plan B, Midvalley (pendapat aku sedap lagi kot salad kat Tony Romas) Kalori: 167
Haaa ni aku nyesal tak sudah makan biskut untuk minum petang. Boleh pulak over mengunyah biskut jacob cream cracker sebungkus ni tanpa rasa bersalah. Sekali check kalori : 143. Nangis T_T.
Untuk dinner aku buatkan salad and ayam panggang, Kalori: 167
Nampak macam sayur tu sikit tapi sebenarnya banyak sebab aku letak dalam mangkuk. Jenuh jugak mulut ni nak kunyah sayur tanpa dressing. Dah macam kambing pun ada ha.
dah itu sahaja menu aku untuk hari ke-2 berdiet. Total semua kalori aku ambil adalah = 770.8
yeay...masih di bawah paras beku.
aku target takmo cecah 1000. eheheheh
ok....jumpa lagi untuk menu esok. Oh! esok aku puasa and aku cuma tunjuk gambar berbuka puasa jer nanti. Ok.....
Salam diet untuk semua!!!!
Warna tudung aku dah macam nak sama dengan warna peta dunia tu kan???.
No comments:
Post a Comment