Monday, April 14, 2014

Diary Diet Hari ke- 4.......-Today is Cheating Day!!!! yeayyyyyyyy.

Assalammualaikum kalian. 
Haaaa....aku tau hari ni hari Isnin, but saja nak story diary diet untuk hari ke 4. Hari ke 5 dan ke 6 aku cerita entry lain ok.

Bagi menyeronokkan lagi diet aku yang makin lama makin  nampak boring ni. Aku telah membuat keputusan untuk memilih satu hari dalam seminggu sebagai My Cheating day. Hari di mana aku akan makan sepuas-puasnya tanpa mengira kalori. Kalori??? aku anggap aku tak kenal langsung bahasa perkataan tu on my cheating day. Seronok wei.......aku pilih hari jumaat sebab kat ofis aku ada jamuan besday dan lagi aku nak balik melaka after kerja. Nak bawa family makan ikan bakar di Umbai. Dah terbayang ikan kerapu semuanya yang berdandut depan aku. Wow!

So, jom tengok menu makanan aku on my Cheating day......

Paginya aku dah makan plum. Masam-masam manis. Aku makan 2 biji, selebihnya budak ofis sapu.
Perlu ke kira kalori???? Takpelah...namapun Cheating day.....ko kan tak kenal ayat KALORI tu...kan..kan..kan...

Plum Kalori: 2 biji x 30.2= 60.4


Around 10 am cenggitu majlis bermula. Bos belanja Laksam. Aku sebenarnya tak suka sangat laksam ni. But dah bos belanja. Kenalah jaga budi bahasa. Aku makan setengah mangkuk kecik jer. Seyes tak tipu. Kan aku cakap aku tak berapa in dengan laksam.

Laksam Kalori: 300


Haaaa....ni aku suka sangat. Karipap abang ni memang super duper sedap. Karipap ni aku belanja 50 biji.
Patutnya nak order karipap daging, but bos aku tak makan daging. So tukar kepada karipap ayam. Pon bolehhhhhh. Aku makan hmmm mau 10 biji kot.

Karipap kalori: 130x10=1,300


Tengaharinya aku balik rumah sebab nak masak untuk suami. Akukan nak terus balik kampung after kerja. So kesian kat laki aku. Maka aku masak dia asam pedas while aku bakarkan dada ayam dalam aluminium foil yang dimasukkan dalam oven. Memang tawar sebab aku tak letak ap2-apa just kicap. Huh. nak cepat punya pasal.


Kedebak kedebuk...haaa siap bekalan tengari aku. Oh! aku tak keluar dengan BFF since dia balik awal.
haaa kat bawah ni menu tengahari aku. Saja tambah telur. Buat penaik semangat. Hahahahah. Cili tu aku ambik dari sebahagian barang pelengkap laksam.


Kalori set lunch : 222

Malamnya...aku ajak mak bapak aku ke Umbai. Konon nak makan ikan bakar jer. Aku tak ambilpun sotong goreng tepung feveret aku. Tapi silapppp...bapak aku order kupang. Akupun tak berapa in dengan kupang. Tapi yang ada cuma aku, bapak aku, mak aku and anak-anak aku. Haaa terpaksalah aku habiskan kupang tu. Sambalnya sodap!!!! Ikan bakar habis aku ratah.


Haaa...konon takmo amik nasi lemak....tapi apa gunanya cheating day kan? kan?....lagipun time aku bukakan satu nasi lemak untuk si starbuck latte.....huiishh berkepuk-kepuk asap keluar dari nasi tu. Apa lagi, aku senyum-senyum ambil satu untuk aku ngap!...Cheating day, cheating day.


Kupang yang aku terpaksa habiskan.


Oh! ada lagi satu feveret all time!!! Udang oats.
Gile tak order?!!!! Mak aku order banyak pulak tu. Sib baik anak aku makan udang juga. Yang tak makan anak aku yang Al Imran tu. Dia makan nasi kosong jer. Dah!...isk tak menikmati makanan macam si starbuck latte betul la.


Haaaa tengok tak betapa taksubnya aku makan sempena Cheating day????


Oh! ni gambar jauh...jom teliti gambar dekat pula.


Haaa...korang nampakkan.....penuh alas nasi lemak aku (no pinggan)....dengan kupang dan kepala udang.
Menyesal???? kamoonnnnn
kan Cheating day. Rasa best jer......
hehehehehehehe


Kalori Makan di Umbai: 860

Total: 2,742
haaaaaa ambik ko!!!! 

No comments:


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno