Assalammualaikum, haaa macam dah nak jadi arkib dah blog aku ni kan.
makanya bagi mengelakkan blog menjadi arkib, aku cubalah meng'free'kan diri buat satu entry.
haaaa ni entry nak promote sebenarnya
al-maklumlah bantu kawan-kawan and aku tak dapat barang yang aku promote ni for free tau. Ni memang saja ikhlas tunai kerana Allah taala lah kiranya aku promote ni.
Semalam aku ada order tempat cucuk pin ni. Haaa yang rupa body orang pompuan ni. Mula-mula member aku tunjuk kat whastapp, aku tengok macam kecik jer. Ala macam jual kat kedai-kedai tu, yang ramping tu. Sekali bila dapat hmm boleh tahan besar ya macam size payung lipat gitew.
Maka aku beli dua, Satu untuk letak rumah and satu lagi letak ofis.
Yang mewrah polkadot tu aku letak ofis. Kasi cucuk dengan segala jarum peniti, keronsang bagai.
Benda alah ni lembut jer, tak keras. Kreatif jugak orang yang buat ni.
So kalau berminat bagi tau la aku. Akan aku sampaikan pada member aku tu. Aku tak take charge pun waima rm1 pun aku tak amik....kan aku dah cakap, aku ikhlas tolong member. Melainkan korang suh pos tu..haaaa tu lain storynya.
Cantikkan?...ke aku sorang jer rasa cantik?...ahhh korang buat-buat setuju jer lah.
ahahahha
pada yang minat, harganya rm12.00 sahaja. Murahkan?...Berbanding harga kat luar tu.
kalau adapun bukan tempat sembat jarum, tapi tempat sangkut jewelry.
kalau nak bagi tau lah ya.
Sekian...wasalam.
No comments:
Post a Comment