Assalammualaikum
Semalam aku belek-belek majalah Abah aku sementara menunggu anak-anak mandi kolam depan halaman rumah. Dari satu majalah ke satu majalan aku belek. Al-maklumlah majalah ilmiah, laju aje aku selak helaian demi helaian. Lainlah kalau Abah aku baca majalah URTV, Mangga, Manggis, Timun, dah tentu aku kusyuk baca kan.
Last sekali aku belek majalah National Geography yang mana kulit depan majalah tersebut tertera ilustrasi gambar kapal Titanic terputus dua. Aku kalau cerita-cerita insiden kapal yang berupakan kisah benar memang aku suka baca.
Umum sedia maklum bahawa Kapten Kapal Titanic tenggelam bersama kapal dan beberapa penumpang/anak kapal yang lain. Tidak mahulah aku bercerita mengenai kesilapan siapa. Salah Kapten Edward J.Smith yang mengepalai kapal tersebut ke? salah pemilik Titanic yang bongkak ke? atau salah Bongkah Ais yang elok jer parking di tengah-tengah lautan tu.
Walaubagaimana haru pun tragedi kapal tersebut, ramai menyanjung tinggi sikat Kapten Kapal Titanic yang tidak sama sekali meninggalkan kapal tersebut. Korang sendiri boleh tengokkan bagaimana lakonan Kapten Kapal dalam filem Titanic berkeras tidak mahu meninggalkan kapal. Ada yang berkata, jika berlaku trajedi ke atas sesebuah kapal, kapten kapal harus memastikan bahawa semua penumpang selamat keluar dan kapten sendiri harus menjadi orang terakhir keluar dari kapal. Adakah betul ungkapan ini? memandangkan aku bukanlah seorang pakar dalam hal-hal kapten kapal.
Begitu jugalah dengan cerita feri Sewol yang karam di kawasan perairan Korea. Lain pula perihal kaptennya di mana beliau adalah antara orang terawal keluar menyelamatkan diri meninggalkan anak-anak kapal yang lain. Kesian juga sebab umur dah cecah 60-an beliau yang sepatutnya relax sambil menghirup udara segar dan bermain dengan anak cucu, terpaksa pula mendengar cacian, makian dan tindakan oleh pihak berkuasa di atas sikap mementingkan diri sendiri. Bayangkanlah beliau bapak kita?....hmmm sedihkan?.
Cuba kita letak diri kita di tempat beliau. Cuba jer lah......
Korang disituasi di mana kapten tu berada. Adakah korang akan berbuat perkara yang sama? atau korang akan ikut manual book. Pastikan semua penumpang yang rata-ratanya terdiri dari pelajar sekolah keluar menyelamatkan diri dahulu and anda yang terakhir keluar. -Kalau sempat keluar.....anda dah tentu-tentu dinobatkan sebagai hero dan probably nama anda akan terukir di salah sebuah feri tersebut. -Jika tak sempat keluar dan ditakdirkan anda tenggelam dengan feri tersebut......anda akan menjadi seperti kapten kapal Titanic. Dipuji melambung dan diingati sampai bila-bila selain sebiji patung terukir muka anda akan diabadikan di muzium-muzium. Jika bernasib baik, watak anda akan difilemkan. Kata lainnya, kematian anda diiktiraflah. Mana satu anda mahu?.......Menjadi seperti kapten kapal Titani? atau Kapten Kapal Korea? yang bakal menhadapi hukuman penjara. Apalah nasib keluarga kapten tersebut?. Aku rasa jika aku dipihak mereka.....hmm berat juga nak fikir dalam masa yang singkat. Let see la, kalau aku pilih tenggelam dengan kapal. Hutang piutang aku siapa nak bayar? anak-anak aku siapa nak jaga? suami aku confirm ke cari bini yang semenggah perangainya? apa jadi dengan saham aku? (itu pemikiran untuk wanita macam akulah). Sebab tu aku tak ditakdirkan menjadi kapten kapal kot. Mereng jer alasannya. Ok. titik.
Bila difikirkan balik, berat juga bebanan yang dipikul oleh seorang kapten kapal. Lebih simpati lagi bila mengenangkan Kapten Kapal MH370. Pelbagai teori dibuat yang akhirnya beberapa pihak tetap salahkan beliau yang dah tentu-tentu tidak dapat membela diri selagi mayat beliau dan kapal tidak dijumpai.
Aku juga terfikir memang berat bebanan seorang kapten kapal memandangkan semua keputusan terletak di tangan beliau selaku pemimpin pelayaran. Jika betul percaturannya maka anda akan disanjung dipuji tetapi jika salah percaturannya anda akan dipandang hina sehingga bergelen-gelen air matapun tidak mampu meraih simpati dari mana-mana pihak.
-Sedih-
Me Naughty..me Netty

No comments:
Post a Comment