Wednesday, April 23, 2014

Diary diet nottinetti Hari ke-15....KFC itu membunuh diet aku!

Hi, hari ni aku start balik show foto-foto menu diet aku.
Ini menu untuk semalam......aku dah diet hari ke-15. Cepat jer kan?...
and tipulah kalau aku katakan yang aku tak curi tulang langsung. Ada masa yang aku tak dapat elakkan. Maka terambil lebih kalori dan aku akan berlaku jujur.
What did I do.....contohnya aku terambil fast food....terrrrr sangat. Aku akan kira kalori fast food tu and di situ aku akan anggap satu hutang yang perlu aku bayar jika terlebih dari 1000 kalori. Cara untuk melangsaikan hutang tu adalah dengan bersenam. Itu jerlah pun yang aku mampu lakukan. Oh! ya. aku juga ambil teh orang kampung. Maybe dah terbiasa. kasi buang angin sikit dalam badan.

Tamat. Jom tengok menu aku semalam.

Breakfast pagi seawal jam 0630.
Blended strawberry + kiwi + air masak
Sedap stim stim gitew. Maybe kiwi tu memang dah masak ranum and stobery very the manis.
kalori - 66
Kemudian aku dah mula start tapau makanan ke ofis. Best juga tapau ni. Tapi kena bangun awal la kan.
Aku pun dah mula berjinak-jinak dengan Bento. Kagum betul bila tengok youtube cara buat bento. Aku ikutlah cara diaorang tu tapi macam sayang oooo nak buang lebihan makanan. Aku simpan jer mana-mana lebihan buah yang aku potong untuk blend keesokkan harinya.

Taraaaa.....ni bento aku.
Menu tengahari (tapi ada juga yang aku ngap around 10.00am. Makan sedikit-sedikit takpe.
Aku buat ayam panggang and mushroom, ada tomato cherry, kiwi, starberry and sayur-sayuran.
kalori - 245

aku juga makan yogurt petang tu, around 3.35 pm
kalori - 143

dan untuk makan malam....hmm yang ni aku ke laut sikit. Memang sesat barat lah.
After office hrs aku jalan-jalan ke Midvalley. Lama juga aku jalan. Then lapar. Macam biasalah......lalu depan KFC, terasa macam kena pukau pula. Aku tengok jam dah pukul 0645 pm. Haa apa lagi tapau dinner plate untuk suami and snack plate untuk aku makan kat situ. Licin aku makan....lepas tu nyesal tak sudah. Mula la nyesal....and soalan demi soalan berlegar-legae di kepala otak aku ni such as 
"kenapalah aku tak buang kulit tadi?", 
"apsal aku pergi makan kentang putar ni pula?", 
"Tak makan rotipun takpa tadi" ....Nangis T_T.

Aku makan sebiji macam gambar bawah ni.

ehsan encik google.

Sebab malu, aku kecilkan gambar KFC tu...Choiiii!!!
Kalori satu set hidangan- 1250 ---- T_T nangis.

So total kalori untuk day 15 adalah 
- 1704 -

Aku sentap dengan kalori kfc tu. Balik rumah terus aku buat senaman stepper satu jam.
Itupun tak mampu sangat nak hilangkan lebihan kalori 704 tu. Haish. 
Tapi seronok juga pakai stepper sebab sambil senam sambil tengok The Matrix. Sedar-sedar dah 3000 step aku buat. Wallauwwweyyy.

hari ni punya menu pun macam best nak kongsi. Tapi kena tunggu esok.
macam nak tergelak tengok menu bento aku ni ahahahahha.

Adios.

psst- yang bertanya berat badan aku sekarang? Maaf lah aku tak timbang langsung. ehehehehhe

1 comment:

My Aisy said...

wahh....siap kene bayar hutang lagi...kita klu nak berdiet satu dua hari je...pastu kelaut sudah...hadoi fast food mmg byk kalori ea...padahal rasa cam makan skit jek...lagi2 klu mcd tu...camne nak kira kalori tu ek??


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno