Monday, April 21, 2014

Diary Diet Still On.....Cabaran Makin Kuat.

I was asking by one of the dude.

"Tak kuruspun lagi?"

Haha seriously? apa yang kamu harapkan bila aku baru sahaja memulakan diet plan aku?
Hey tak sampai sebulan lagikan.

Apabila aku bertekad untuk memulakan cara diet sihat, maka aku harus tahu bahawa keputusan untuk mendapat berat badan yang ideal mengambil masa lama. Slow and steady bak kata beberapa blogger yang berjaya menguruskan badan secara sihat. Untuk kurus dalam masa 2 minggu adalah mustahil dude! Walaupun aku cuba diet Master Cleanse sekalipun, belum tentu dapat mengurangkan 18kg dalam masa 2 minggu.

Memang aku akui untuk meneruskan diet plan ni agak mencabar lebih-lebih lagi aku bekerja sepenuhnya di dalam ofis. Masa duduk menghadap komputer adalah lebih lama berbanding masa di luar pejabat. Maka peluang untuk bermalas-malasan tanpa membuat sebarang aktiviti kardio adalah tinggi.

Lebih-lebih lagi tiada galakan daripada kawan-kawan yang lebih prefer bertanyakan

"nak makan apa tengahari ni Net?" ,
"Net, at least kena makan nasi tengahari tau, nanti takde tenaga" ,
"Buat apa diet Net, rangka kau memang dah besar what!? aku tengok ok jer, pedulilah orang nak kata apapun".

berbanding

"oh! Net diet, so jangan kacau dia. Biarlah dia dengan sayur-sayurannya",
"Oh! Diet eh net? kalau cam tu jom makan restoran kukus, grill, panggang, kukus, grill, panggang".

Mencabarkan bila berdiet ni. Akupun jenis gigil juga kalau tak dapat makan nasi. Memang aku ada juga ponteng diet and makan nasi. Tapi aku menyesal sangat bila sampai rumah yang menyebabkan aku bersenam sampai 2 jam semata-mata nak bakar kembali kalori yang aku ambil secara tanpa sedar.

Sampaikan ada satu tahap aku rasa feed up dah. Size badan macam tu juga tapi aku cepat-cepat sedar. Kamoonnn! baru beberapa minggu, tak sampai sebulanpun. Relaxlah. Orang yang selalu tanya aku tak nak makan ker? nak makan apa ker? selalunya mengharap aku bawa mereka makan sebenarnya. Memang aku tak kisah untuk membawa ke tempat makan. Tapi aku prefer makanan yang rendah kalori (namapun tengah diet). Ataupun tengahari tu aku makan yang bakar-bakar atau panggang-panggang dan mostly harganya memang mahal. Let see la aku nak makan salmon bakar. Harganya dah mencecah belasan or puluhan ringgit. Walaupun aku mahu sekalipun tetapi adakan teman yang join aku makan tu bercitarasa seperti aku?... Nak taknak aku tak sampai hati, walaupun mereka kata "tak kisahlah", "ikutlah mana-mana" (entah kenapa aku jadi hangin satu badan bila tanya soalan "Nak makan apa?" dan dijawab dengan jawapan di atas tu).

Berbalik pada soal makan tengahari. Secara tak langsung aku terpaksa ikut kehendak mereka yang prefer makan nasi yang harganya jauh lebih murah daripada makanan diet aku yang harganya kadang-kadang tak masuk akal. Hahahahha. Tapi mostly aku tetap salahkan diri aku sebab tak pandai menahan diri daripada mengambil makanan yang tinggi kalori.

Sometime aku terpaksa mengelak dengan keluar seorang diri yang mana secara tak langsung membuat mereka-mereka ini berkecil hati. Walaupun tak tunjuk, tapi aku tahu air muka itu. Kadang-kadang merek tidak faham, walaupun di kedai ada jual ikan goreng, sup sayur or sayur goreng tapi bagi aku kalau namanya goreng berminyak.....secara automatik menghancurkan diet aku.

mereka akan kata, "eh? tak diet ker?"
walaupun aku boleh jawab....."dah korang tak nak makan sayur & salmon.....terpaksa aku bawa ke kedai nasi berlauk" yang mana secara tak langsung setan dalan diri aku ni pun ikut suruh ambil nasi berlauk hahahahah.See sebab tu aku tak berapa suka keluar makan ke kedai nasi berlauk.

Bagi aku benda ini tidak baik untuk diet yang tengah aku amalkan sekarang.

Satu jer untuk mengelakkan daripada aku terus keluar and join makan tengahari adalah dengan membawa bekal sendiri. Aku cuba menginsafkan diri dan mulai hari esok aku akan mula kembali secara "ikut mood" untuk menunjukkan gambar bekalan yang aku bawa.

Aku perhatikan sejak aku tak tunjuk gambar menu yang aku ambil, diet aku tak berapa consistent. Maka terpaksalah aku tunjuk gambar menu kembali tak kira korang menyampah ataupun tidak.

Susah ya nak maintain diet ni.....nasib baik aku jenis tak addicted to chocolate. Bilik ofis aku ni banyak coklat. Ahahahah

by the way ini diary diet aku.....ada beberapa hari yang aku tak kira jumlahnya. Kena kemas kini semula.


Bertabahlah wahai Netty. Raya tak lama lagi. Bukankah kamu mahu berpakaian yangcantik-cantik?.


Me Naughty..me Netty

1 comment:

Unknown said...

hehe...mmg camtu kan...kita pon tengah sebok jugak nak diet utk beraya ni...tapi mmg officemate memainkan peranan penting...hehe..bukan nak salahkan derang tapi tu lah...kita yang tak kuat nak tolak nasi tu...owh selalu klu makan kat kedai ns berlauk kita akan ambil lauk jek...pon banyak kalori jugak ea...sedihnyaa..patutla tak turun2 pun timbang tu...hurmmmm...


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno