Isu remaja lari dan berkahwin di Lombok kian menjadi-jadi hari ini. Tapi bukan isu itu akan saya ceritakan.
Hari ini saya akan menceritakan kisah lawatan sosial di Hospital Pusrawi, KL tempat kenangan saya bersalin, dijahit semula dan makan sedap-sedap.
Saya ditemani oleh secretary saya bernama Mummy Ayu. Beliau sangat bagus dalam melaksanakan tugas-tugas tak rasmi saya. Tapi bukan dia yang akan saya ceritakan. buang masa sahaja bercerita tentang dia.
Kami ke Pusrawi bertujuan untuk melawat si Tisya yang sakit.
Itu sahaja tujuannya selain untuk meng'wish setiap nurse selamat hari jururawat sedunia.
tiada party kelihatan, seperti biasa suasanan di hospital agak suram.....boring gitu.Tiada juga kedengaran esak tangis mahupun doktor mengejar pesakit dengan jarum suntikan.
Saya dan Mummy Ayu di dalam lif hospital. Bukti tu...bukti.
Sampai sahaja di wad, saya menyelak kaki pesakit ini.
Tisha punya kah?.....oh! tidak....tisya punya kaki comel suci murni masih dara lagi
ini kaki si Aimi emaknya si Tisya yang sedang kuak lentang di atas katil ketika kami sampai.(oh! beliau kuak lentang berseorangan tidak ditemani suaminya, tapi malam nanti khamis malam jumaat, tidak tahu lah pula jika dia berkuak lentang dengan suaminya di katil tersebut di wad yang sama dan hospital yang serupa).
Buat-buat terkejut juga saya, ingatkan Tisya seorang yang sakit, rupanya mamanya juga turut sakit...seyes punya demam....tapi sempat memberi syarahan kepada saya....garang ko ni Aimi!
Ini haaa si pesakit tua.......3 kali juga saya mengambil gambar ini
bagi memastikan Aimi gumbira (sebenarnya dia marah saya sebab ambil gambo tak lawa)
Lihat! sakitpun boleh senyum...cis......
Haaa ini baru pesakit yang sebetulnya kami ingin melawat, beliau sedang nyenyak tidur....mahu sahaja saya mengejutnya tapi mama beliau tidak kasi. Kerana dikhuatiri si gadis kenit ini akan menyanyi lagu enjit2 semut dan lagu-lagu seangkatan dengannya (ikut kata mamanyalah!) bila dia bangun.
Ya, ini lah juga nama pesakit......tapi diletakkan betul-betul atas kepala Aimi...seperti dialah yang pesakit tersebut. Kan bagus kalau kertas putih itu dicorak2kan sedikit, kalerkan pink ke...baru cantik kretip. Tulisannyapun agak cakaran ayam gitu, cubalah buat versi Arial ker, times new roman ke....baru cantik.
Kami adalah para tetamu yang baik hati, kami bawakan permainan untuk Tisya...oh! tak lupa juga buat mak nya Aimi, manalah tahu, meleleh dia tengok tisya main anak patungkan?...so kami juga beli hadiah untuk mak orang tu.....dengan kata-kata ikhlas...happy belated birthday..ko dah tua dey!
Aimi sedang memberi kata-kata semangat buat Mummy Ayu....supaya meneruskan hidup walaupun bos Ayu tak ada hari ini. Hidup harus diteruskan.......ya.
Manakala saya khusyuk menonton wayang (tivi) upin ipin......
tidak mempedulikan tazkirah Aimi.
Aimi masih lagi memberi ceramah dan sempat bergossip tentang pesakit sebalah dan macaron dan bloger dan nurse dan makanan dan aku kena marah...
Aimi nie mak tiri...
Memandangkan masa mencemburui kami........saya telah memaksa Aimi untuk mengambil gambar kami
dia suka atau tidak...nasiblah...sapa suruh jadi pesakit....
pesakitkan kena ikut arahan doktor netty...muahahahahahahahahahhaahhaah
Selepas salam cium jarak jauh diberi (takot berjangkit kalau cium molot)
kamipun berlalu di lorong sepi ini...
nak wish kan selamat hari jururawat..cam takde jer...
bila dah ada nurse depan mata....saya pulak malu...isk...
Sebelum pulang, saya sempat dipaksa oleh Mummy Ayu untuk mengambil gambarnya
nasib baik dia silang kaki, kalau dia kangkang, mesti dah jelas kelihatan tiang klcc dicelah-celah kain tersebut
eheheh..lari.................
ini gambar Mummy Ayu basuh tangan. Syarat untuk guna toilet di Pusrawi adalah dengan mencuci tangan di mangkuk tersebut sebelum masuk toilet ehehehehe
Tipu jerr...kang sungguh2 korang ikut syarat saya..ehehe
ini kami sempat makan kat bawah kantin Pusrawi tu, di sebabkan makan dalam hospital...selera sayapun jadi macam pesakit jugak, tak berselera nak makan, walaupun habis setengah pinggan
eheheh
demikianlah lawatan kami ke Pusrawi Kuala Lumpur tengahari tadi
sekian terima kasih.
Me Naughty..me Netty
7 comments:
hahah lawak plak baca entry nett ni.. tp terhibur.. semoga aimi dan tisya cepat sembuh ya..
klakarla akak ni..ngeeee
ha ha ha...lawak2 karangan ko..aku bagi..emmmm....B- boleh?
smoga tisya dan amy cepat sembuh..
tp karangan BM ko ni net buat aku gelak... hahaha....
Aik...Mama Tisha anak beranak masuk spital?....sakit apa tu?
kalo bc karangan ko ni org sakit pn leh baik..gelak manjang..anyway tq sudi dtg melawat & tq gk for the gift
ape punya cite daa....
Post a Comment