Tuesday, October 29, 2013

ADIDAS KOTR - Aktiviti Larian Pertama Saya Selepas Beranak Dua - Karangan Part I

Gambar diambil dari website ADIDAS -King of The Road (KOTR)
-minta izin ya pak Didas.
 
Ok, hari ni, semangat aku untuk menaip karangan 360 patah perkataan sehangat sewaktu aku join larian ADIDAS KOTR di Lebuhraya NPE pada 20 Oktober 2013 tempoh hari.
 
dan betul, bukan choobaaan bila aku katakan ini merupakan larian pertama aku setelah bergelar bini orang dan wanita anggun beranak-pinak.
 
dan chooobaan membabi-buta aku dalam mendaftar diri untuk menjadi peserta ke berapa ribu dalam larian tersebut membuahkan hasil apabila aku berjaya memperolehi dua biji pisang, sebuah medal dan air mineral tatkala aku berjaya menamatkan larian.
 
pisang tu beb! orang lain dapat sebiji, aku jer dapat dua bijik!...tak ke rare tu.....
 
ok, ikuti kisah pengembaraan aku sebagai peserta larian ADIDAS berstatus bini orang beranak dua.
 
seawal jam 6 pagi aku dah standby nak pick up member ofis aku and sampaipun kat Sunway pyramid tempat acara bermula jam lebih kurang 7 pagi. Larian akan bermula tak silap aku jam 7.15 pagi
lihat gambar bawah.
 

 
ya acara bermula, teka mana aku?????
Ya, aku pasti kalian gagal meneka dengan tepat,
aku berada di bahagian belakang sekali sebab datang lambat
rupa-rupanya ramai lagi bersemangat keadidasan yang dah awal-awal pagi dok pilih tempat paling ke depan.
Ibaratnya aku duduk bahagian bontot keretapi la.
dan time ni ko jangan harap dapat berlari sepantas Usain Bolt.
asal ko nak start lari, ko akan terlanggar dengan minah-minah yang dok selfie gambar sendri.
asal nak lari, ko akan tersondol orang depan yang betulkan tali kasut, maka nak taknak ko just jalan and lambai-lambai tangan pada cameraman yang memang dok standby nak ambil foto buruk muka ko. Candid katakana.
 
ya, lihat gambar di bawah lagi.

 
inilah pisang yang aku kepoh-kepohkan tu
Enak Nampak (aku yang Nampak, korang tak namak), aku memang aim pisang ni seawal ketibaan aku di kawasan acara.
pisang ni sangat seksi dan mengiurkan, aku kira hanya ada jual di cold storage dan mydin hypermarket sahajer.
tak tahulah kalau ada di pasar malam, sebab kulit pisang ni sangat cantik tanpa ada sebarang cela mahupun noda hitam kelihatan. awwwww. Oh! yang kiri adalah air mineral dan kanan adalah medal. (aku pandang sebelah mata jer)
 
lihat gambar bawah, jangan lihat laki orang.

 
ini adalah band-band jemputan yang memberi semangat kepada kami ketika kami mahu memulakan larian. Aku kurang pasti sama ada mereka ni masih kanak-kanak sekolah ataupun sudah berstatus bapak orang dan aku juga kurang pasti apakah lagu yang mereka mainkan. Takpe janji bukan lagu Negaraku, kalau lagu Negaraku memang confirm aku tak dapat merasa pisang yang enak tersebut setibanya di garisan penamat dan dah confirm-confirm aku akan duduk terpacak sehingga selesai lagu tersebut dimainkan.
Apa-apapun aku bersyukur kerana aku tidak turut serta ter'join ketuk-ketuk dram tersebut.
awwww lagi.
 
Tengok bawah.
'
'
Tengok gambarlah! Siapa suruh tengok celah kangkang!

 
ok, sewaktu aku berlari di laluan sebelah, aku dah nampak orang bersorak di laluan bertentangan.
Perasan juga, aku ingatkan mereka menyorak aku yang berleher jinjang ni, oh! rupanya tidak.
 
Memang agak samar-samar, sebab aku ingat baju yang berlari, tapi oh rupa-rupanya manusia.
Daripada perbualan curi-curi dengar dari member sebelah yang tidak ku kenali susurgalurnya,
dia mengatakan geng-geng sawo matang ini memang dijemput khas oleh ADIDAS untuk memeriahkan majlis tersebut dan memang dasyatlah diaorang lari. Aku baru nak bermula dan diaorang dah separuh jalan nak sampai.
Oh! diaorang masuk kategori larian 16.8km yer.
Bravo untuk diaorang.
 
sila lihat bawah

 
haaa nilah si tukang cerita
NOTTINETTI
yang sebelah tu la member ofisnya yang berjaya membuka hati aku
untuk samborono join larian ni and samborono menghabiskan duit membeli kasut beratus hengget just untuk larian ni. Bagus!!
 
tengok bawah

 
sebelum lari, aku sempat berangan yang aku antara peserta yang akan naik pentas ni dan mendapat replika cek bernilai RM4000
yaaa..kalau berangan memang tak dapatlah kan...ko nyanyilah lagu rasa saying hey secara kepala ke bawah kaki ke atas pun, memang takkan dapatpun.

 
Sila lihat gambar bawah
 
hmm aku faham, aturan gambar macam ke laut sikit
tapi takpe asal korang faham.

 
ini acara permulaan.
bertuahlah kalau aku dapat duduk barisan paling depan sekali
unless kalau aku sogokkan salah sorang dengan kereta mini cooper, insyallah adalah space sejengkal untuk aku.
 Itupun "kalaulah"
 
sila lihat gambar bawah lagi

 
aku simpati betul dengan Adam & Hawa ni.
kenapalah di black and whitekan gambar ni????
dah aku blur mana tiang lampu? mana jambatan? mana orang-orangan?
isk..simpati...simpati....
mawrah betul aku.
 
lihat gambar bawah

 
yaaa, pisang aku masih banyak and masih belum terusik
Alhamdulillah.
 
Sila lihat gambar bawah lagi
sampai korang muntah hijau.

 
sewaktu berlari, kalian juga akan diberi sesi kaunseling atau tazkirah pagi secara percuma.
seperti wanita di atas, saya kurang peka apa yang ditazkirahkan oleh mamat sebelah.
mungkin mamat tersebut cuba memberi kaunseling mengenai adab-adab berpakaian ketika berada di khalayak ramai. Ini sedikit sebanyak ya, boleh mengelakkan dari budaya cabul atau ghogol beramai-ramai berlaku.
 
mamat tersebut juga boleh bertukar bidang menjadi tukang tunjuk arah
atau tukang pemberi semangat kepada kalian. Itupun kalau kalian perlulah, kalau tak perlu, ignore kan jer.
 
Lihat gambar bawah

 
adakalanya mamat yang bertindak sebagai staf bertugas ini juga boleh menukar profession kepada kaunter pertanyaan. Tanyalah apa jua yang anda ingin tanya. Seperti balance bayaran PTPTN anda, kedalaman laut Cina Selatan, gossip artis dan sebagainya
jangan risau, mereka tidak teragak-agak untuk menjawab soalan anda tanpa dikenakan bayaran.
 
lihat bawah
confirm ni gambar last...takde dah!
betul...tak tipu.

 
sewaktu berlari juga, anda tidak akan kebosanan.
seyes tak tipu...selain kumpulan dram yang menghiburkan anda seawal larian bermula, anda juga akan terserempak dengan kumpulan bhangra di atas.
Ya, tujuan mereka bukanlah untuk melalaikan anda sehingga anda terpaksa meng'stopkan larian dan join sama mereka menari bhangra. bukan...bukan...mereka tidak sejahat itu.
tujuan sebenar mereka adalah untuk menaikkan semangat anda.
sekuat mana rentak muzik mereka, sekuat itulah kalian perlu berlari.
Awas!! ada juga yang leka di buai muzik bhangra tersebut yang mana mereka akan diketegorikan sebagai peserta tertewas dan perlu diberi nasihat setelah acara tamat.
 
 
buat tika ini, ini sahajalah cerita saya untuk aktiviti larian ADIDAS KOTR pada hari ini...
inyaallah saya akan sambung lagi dengan cerita seterusnya mengenai pengalaman saya meng'joinkan diri dalam larian ini.

'
'
 ' 
sila lihat atas semula
 
 
 

Me Naughty..me Netty

3 comments:

mama tisya said...

eh gmbr ko lompat bintang tgh highway tk ltk ke..kn nk bg ank cucu tgk:-p

notti netti said...

amy- hahaha, dah nama pun karangan part I...tunggulah part II nanti. relax relax.....

norliza_osman said...

Net mananya part II dok tgu ni..


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno