Thursday, October 31, 2013

WIWT.......Saya Suka Hadir Meeting Sebab Boleh Makan Free

Assalammualaikum dan Selamat Pagi
 
minggu ni saya perasan,
saya kerap hadir meeting
sama ada bagi pihak orang lain ataupun diri saya sendiri
 
and today saya ada dua meeting yang perlu saya hadir pada waktu yang sama.
hmmm....and so far tiada siapa yang nak ganti tempat saya untuk meeting yang satu lagi?
 
tapi rasanya saya sudah berjumpa mangsa yang sesuai untuk gantikan saya untuk meeting yang satu ni.
jika tidak, terpaksalah saya bahagikan masa, separuh masa pertama masuk meeting ni dan separuh masa lagi untuk meeting seterusnya.
 
....
Saya rasa ada sesetengah dari kita yang memang tak suka hadir meeting
sayapun adakalanya begitu juga but depends pada jenis meeting
kenapa?
ada juga meeting (mesyuarat) yang sah-sah kita tahu akan menjadi mangsa penggal kepala hidup-hidup (tau dah nak kena hamun)
dan
ada juga meeting yang kita memang nak attend sebab pegawai boleh lihat kredibiliti kita dalam memberi taklimat dan menjawab soalan keramat tanpa ada aaaaa errrrr hmmmm dan - - - (tak bersuara langsung)
 
walaupun begitu,
tidak bermakna meeting adalah sesuatu yang tidakmenyeronokkan.
Meeting akan menjadi lebih fun dan interesting apabila tuan rumah mempersembahkan hidangan breakfast ataupun tea time yang best-best di atas meja meeting  *wink* *wink*
dan saya akan pura-pura tidak nampak dan tidak berminat di atas makanan-makanan tersebut
padahal dalam hati......tuhan jer tahu bertapa gairahnya tangan ni nak capai sebiji kuih dan terus ngap dalam mulut.
 
Seingat saya ada dua mesyuarat yang saya kira best persembahan hidangan makanannya.
Satu di Putrajaya dan satu di ofis saya sendiri tapi bahagian yang lain.
Di Putrajaya standard la mereka bagi hidangan ala-ala hotel dan satu lagi di ofis saya hmm hidangan yang simple tapi mengiurkan. Bila kamu makan cucur bawang panas-panas, ikan bilis dengan air teh perghhhhh! Sentap.
 
satu lagi.
meeting yang tak ada makanan adalah sangat tidak membantu saya untuk berfikir dengan cemerlang yer, sekian eheehehe.
 
oh! ada lagi.....fikiran saya akan keliru jika air yang diberikan kepada saya merupakan air kopi semata....saya terpaksa minum seteguk untuk menjaga hati tuan rumah. T_T nangis.
 
anyway
saya tertunggu-tunggu juga meeting yang dihidangkan dengan pavlova or cake
hmm bila agaknya?
 

 
 

No comments:


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno