Wednesday, July 25, 2012

Mari bersedekah di bulan yang mulia ni....

aku rasa title aku kat atas tu cam ayat paling baik datangnya dari aku..kan? kan? kan?....tak sangka Net boleh bikin ayat baeeek cam tu....macam bukan Net jer.

ok seyes skit!

bulan poser ni...apa kata kita ramai-ramai bersedekah untuk orang-orang yang memerlukan..
memanglah kalau ikutkan....ramai orang yang memerlukan..termasuk aku..aku memerlukan hanbag Furla tu...takde lak orang nak sedekah kat aku...ehehheheheh

tapi kali ni....kita sedekah pada orang yang betul-betul dalam kesusahan...yang sakit and tak boleh nak kerja and ditambah pulak hidup sendiri bersama anak kecil.......
hmm aku tak gheti nak bikin ayat sedih tapi just now baca kat blog suzie perihal seorang blogger ni....cukup kesian...aku kesian ngan anak dia...kot baya anak aku si Imran jer......cer korang baca blog dia and letakkan diri korang kat tempat dia...aku kalo boleh takmo lah benda camtu jadi kat aku....tapi apa-apapun si dia tabah menghadapi dugaan sebagai ibu tunggal yang menghidapi sakit yang belum diketahui punca dan anak yang kian membesar....wah! sebak dah ni!......malas nak citer.....

bila aku tenung gambar handbag Furla...dan aku tengok pulak blog si dia ni..hmmmm apalah sangat ambik sikit duit gaji and sedekah kat dia....bag Furla tu nanti-nantilah.....

so..korang yang rasa nak buat kebaikan di bulan yang mulia ni.....cer pergi jengah sat blog si dia and timbang-tinbanglah untuk meringankan beban si dia...seringgitpun tak jadi masalah......*agak-agak la kan gaji RM3K nak derma sehingget* ......


kat bawah ni gambar si dia and anak lelakinya.





kesian tengok anak si dia yang makan bubur tanpa sudu ni....aku, kalo call anak aku kat kampung...tanya atok bagi makan apa....dia jawap...ayam...ayam...daging...ayam...kfc....mekdonel.......hmmmm.....*sedap pulak bila sebut ayam di bulan poser ni* ibu kat KL ni makan oats jer nak....sedey T__T


sesiapa yang nak menderma....boleh tengok bawah....


MAYBANK.

164034266923 Haryani Binti Mat Hussin.



haryanie.alia@yahoo.com

pada yang cebek-cebek bibir takmo derma.....tak kisah..tak paksapun...memang kat luar tu ada kes lagi teruk..tapi just niat ikhlas sesama manusia.......mana tau hari ni aku tak dapat handbag Furla...esok lusa...kot ada jer offer laaaagi murah bag Furla yang mampu aku milik...ceeeewah!!!!!...zikir Net....zikiiirrrrrr!.....ko dah tersasar ni.....


ni sedikit sedutan entry dari blog beliau......siapa yang ratu air mata boleh nangis...aku tak nangis! cuma sesekali berair sebab habuk masuk mata jerrr......http://aliaharyanie.blogspot.com

"Minta discharge..terkejut doktor..Minta balik dulu..Merayu dengan doktor minta balik dulu kasihan anak anak.Kasihan aiman.Pesan doktor,jika keadaan makin teruk segera ke hopital kerana darah memang tak stabil takut collapse di rumah.Kaki masih tiada jawapan.Berbotol botol darah di ambil.Doktor hanya tunggu untuk buat Bone Marrow Biopsy dan Ogds semula..Saya memohon buat lepas raya..Tunda lagi.Takut selepas test test tu saya makin lemah.Kasihan anak anak..Kesihatan sejak balik dari hospital amat lemah..Minggu depan appointment dengan hemato untuk masuk ubat tambah darah.


Kaki makin tak boleh lurus,bengkok.Bila berpijak tak boleh..Anak anak yang memapah.Tongkat pun tak mampu di gunakan...


Puasa dah dekat,kasihan anak anak tapi mama nak ada dengan anak anak.Bagaimana makan minum nak berbuka?Sahur?Walau mereka cukup cukup ala kadar tapi mama mesti nak pastikan anak anak dulu walau mama tiada kudrat.Tak tahula kesihatan mama ni..Nak bangun pun anak anak yang tolong papah.Masih pening..Dan kini mama seperti bayi terpaksa memakai pampers...


Kaki makin tak boleh berpijak dengan tapak kaki,tak apala,alhamdulillah ujian dari Allah,insyaallah..


Benar benar nak kena kuatkan semangat..Tiada yang lebih bahagia bila menatap wajah2 tulus anak anak..Doa dari mama sentiasa mengiringi.."



"Mama dah jadi macam bayi semula,doktor suruh pakai pampers...Susah untuk awak ke tandas..Kaki makin tak boleh berpijak.Bengkok dan bila berpijak,tersungkur..Doktor tiada jawapan..Penyakit mama dah mudarat anak anak..Di hospital sunyi sepi tanpa sebarang pelawat yang menziarahi melainkan kakak kakak ipar yang datang datang melawat bekas mak mertua.Katil yang tidak jauh,mereka datang juga menjenguk..Menitis juga air mata...


Kelu lidah untuk meluah,untuk berkata kata bila kaki semakin tak boleh berpijak.Berkali kali memberitahu doktor yang hampir pitam bila cuba berpijak lama sikit.Tapi doktor juga kelu..


Bayangkan apa yang mampu di lakukan di hospital sendirian dengan anak kecil..Bagaimana nak ke tandas?Mandi?Solat,sedang uzur.Tiap tiap pagi dan petang gagahkan diri turun ke bawah,ke kantin mencari makanan untuk aiman.Bertolaklah dengan wheel chair.Kata Aiman..Mama janganla guna tangan mama,biar aiman tolak mama,nanti mama sakit lagi..Menitis nitis lagi air mata ni.Wahai sayang mama,kuatkah kudrat aiman yang masih kecil.Tapi betapa gigih dan semangatnya untuk membantu..


Anak yang tidak banyak ragam..Hati mama sebak,mama tak boleh elak perasaan sendiri.Dengan ujian ini mama hampir tersungkur dalam diam..


Bila aiman lihat mama menangis,aiman boleh menasihati mama,jangan nangis lagi mama,nanti mama sakit.Aiman sayang mama.Aiman ada mama je.Lagila sebak..Aiman makin memahami keadaan.Bagi mama,aiman anak yang cerdik..Semalam aiman lihat mama menangis sehingga sesak nafas oleh kerana sesuatu yang amat menguji hati dan perasaan.Aiman pegang tangan mama dengan air mata yang juga bergenang nak menangis..


Bila buat test test di bilik rawatan,aiman duk kat luar sorang2 tanpa banyak ragam.."



Me Naughty..me Netty

3 comments:

lala yusof said...

mak saya koma 40hari di hospital & masa tu sblm posa & alhamdulillah mak seda 2hr sblm raya...saya fhm jiwa k.alia

bukittinggi fashion said...

sedihnya.....

BUKITTINGGI FASHION

mizzura said...

salam...dah beli ke belum furla tuu..?? ni tengah usha2 rakyat malaysia yang pakai..haha...nak cari idea :-)


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno