Thursday, September 25, 2014

Tragedi Pagi Hari - Salah Masuk Kereta.

Assalammualaikum and Selamat Pagi Kawan-kawan.

Pagi ni punya cerita memang buat malu muka je.
Dah macam mana boleh tersilap masuk kereta kan?. Adakah itu tandanya banyak betul masalah negara yang aku perlu fikir?. Hahahha atau memandangkan hari ini hari Pay Day so kepala otak ni ligat memikirkan apa perlu dibeli disamping apa yang perlu dibayar. Sepatutnya aku perlu fikir apa yang perlu dibayar dulu kan?.

Tapi betul aku asyik terfikirkan perbelanjaan untuk bawa anak-anak bercuti *dalam negara jerk*
ahahhaahha.....Seawal jam 6.30 pagi aku dah sampai Bangsar untuk order nasi lemak Pakcik depan Maybank tu. Niat di hati nak belanja kengkawan ofis. Then aku pergilah bayar apa yang patut di bank-bank terkemuka sekitar Bangsar tu. Wah!
"Pakcik saya pergi tempat lain nanti saya datang balik ya" Pesan aku pada pakcik yang baru susun lauk pauk tu. Eh! macam ayat novel lak.

Waktu aku park kereta di salah satu bank and siap berurusan di kaunter ATM aku cepat-cepat masuk kereta. Ya la korang, jam masih pukul 6.45 pagi. aku rasa aku sorang jer...memanglah aku cepat-cepat buat kerja kat ATM tu. Takutlah kan apa-apa kes ke kan....

Time aku masuk kereta tu aku perasan ada dua kereta warna hitam. Cuma ya la bila ko nak cepat, ko main masuk jer kereta dan terus nak start enjin. Haaaa tang ni la bila aku nak start enjin aku rasa lain. Bila masa pula depan stereng atas desk tu ada patung kucing kepala goyang-goyang.

Ehhhh...aku tengok tepi tempat duduk "eh! mana back pack aku?"....then tengok belakang...ok...kereta sudah tukar ka....suddenly pintu kereta terbuka and terpampang badan seorang lelaki baya aku kot. Muka dia ala-ala terkejut macam terserempak perompak (aku le tu) and muka nak marah tapi tak jadi marah maybe sebab aku comel sangat kot. Ahahaha maybe dia dah perasan aku tersalah masuk kereta.

Apa lagi aku cepat-cepat keluar and toleh sebelah kereta...ooooo confirm aku masuk salah kereta. Aku cepat-cepat cakap. "saya minta maaf encik. Salah kereta, Saya bukan nak curi kereta Encik" Tertunduk-tunduk aku minta maaf dah macam awek Jepun haaa gayanya. Orang tu diam and angguk jer....terkejut lagi kot. Nak sah kan lagi cerita aku betul. Cepat-cepat aku buka pintu kereta aku (time keluar dari pintu ATM tadi aku dah tekan switch kunci kereta, memang dengarlah bunyi) and start enjin kereta. Apa lagi tak pandang dah mamat yang masuk dalam kereta dia tu. Cepat-cepat aku blah. Haaaa camnolah kereta boleh sama brand and sama warna kan.
Encik tu pun satu...awatlah tak kunci kereta. Kan aku dah masuk senang lenang. Ataupun dia sama dengan aku keluar ke ATM untuk ambil duit. Entahlah.

Nasib baik tak kena cop pencuri kereta kan. ahahahahha

ok lah....cerita aku dah selesai...
meh belanja "What I Wore Today" ya.


dan sarapan yang tak habis....
ayam masak merah, telur mata and Quinoa
Sekian.



1 comment:

fazilzura said...

Wakakakakkkaak

sorry beb , trgelak guling2 ni ..

sibbaik ko dh kwin ado anak beb, kalau bujang aku rs dh leh wat cite telenovela.. auw auwwwww


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno