Monday, December 31, 2012

Karangan Orentasi Darjah 1 Anak Saya

 
Peringatan.....entry ini penuh dengan gambar
so reda jerlah mata masing-masing tengok gambar yer....
 
 Ibu Sahaja diminta untuk membuat karangan bergambar tidak melebihi 150 patah perkataan.
 
Tajuk : Orentasi Darjah Satu Anak Saya.
 
Orentasi sekolah adalah satu perkara wajib ibubapa hadiri ketika mahu mendaftar anak masing-masing ke darjah satu. Sekolah anak saya adalah wajib, tidak tahulah pula bagaimana di sekolah lain.
Pada 28 Disember 2012, saya selaku ibu mithali telah menjalankan tanggungjawab dengan memaksa anak saya, neneknya, dan suami saya hadir ke orentasi Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat, Melaka. Saya sangat suka hati.
 
 
Tetapi berlainan pula dengan anak lelaki saya AL Imran, di mana dia lebih banyak menguap dan menyebut "I'm Hungry". Selaku ibu mithali, saya buat dek jer.
 
 
Apabila sampai di sekolah, saya telah memaksa Al Imran untuk menulis namanya sendiri.
Oh, bukan untuk dibuat name tag, tetapi untuk memahirkan dia supaya tahu menulis namanya yang panjang sedepa itu.
 
Ketika sesi orentasi sedang bermula, saya sempat mengambil gambar mak dan family kawan anak-anak saya yang saya sendiripun belum kenal. Mereka dilihat sangat bersungguh-sungguh menghantar anak ke sekolah.
 
 
Ini pula cikgu-cikgu yang bakal mengajar anak saya, ada yang sudah nak pencen dan ada yang masih baru bergetah. Jangan di ayat Al Imran....sudah. Ketika sesi taklimat ini...mata ibubapa masing-masing sangat bersinar dan penuh ceria.
 Saya salah seorang dari yang ceria.
 
 
Kami diberi taklimat berserta power point. Menganga ibubapa melihat powerpoint tersebut....
 
 
dan saya ternganga melihat slide yang ini.....
siapa saya? nottinetti
siapa kawan saya? BFF dan ramai lagi
siapa guru saya? ramai dan dah tiada di muka bumi ini
mana sekolah saya? malas nak cakap, banyak!!!
 
 
taklimat seterusnya disampaikan oleh seorang cikgu lelaki yang mempunyai semangat waja untuk menjadikan sekolah tersebut cemerlang terbilang...
yaa...lihat!! lihat!! ibu dan BAPA sangat ceria mendengar taklimat..
ceriaaaaa nya...termasuklah saya...zzz
 
 
anak saya juga ceria mendengar talkimat termasuklah suami saya...sebab terlalu ceria sampaikan bersinar-sinar kepalanya.....Wah!! kagum dengan semangat suami saya..!
terima kasih sebab sudi hadir dari ofis ke sekolah anak...
 
 
Guru besar yang sangat baik dan tegas, sayangnya sudah nak pencen...
tak sempat tanya anak berapa orang, dah kawin ke belum..
Pn Hjh Zulekha namanya. Dia cakap, dia pantang dengar murid-murid cakap perkataan tak elok dan ber'couple' dalam facebook....dia akan pantau facebook murid-muridnya
hmm, kenapa saya pulak yang cuak, jangan beliau pantau blog saya sudah.
 
 
orentasi selesai, sekarang masuk kelas. Tempat di kelas masih belum ditetapkan kerana anak saya akan menghadiri ujian 2 minggu lagi bagi memastikan dia mendapat kelas OK atau LINUS...
aduh...anak saya mengeja namapun...hmmm takpelah darjah 1 ibu kasi peluang....
darjah seterusnya, rotan kasi ajar.
 
 
bilik darjah anak saya. Teringat zaman dulu-dulu. Saya darjah satu di ACS, Kampar dan MGPS, Ipoh.....hari pertama sekolah saya di ACS, saya ditinggalkan mak....tapi saya relax sebab ada kawan. Kawan saya sangat baik ketika itu. Apabila time belajar, dia ajak keluar makan dan apabila time rehat dia ajak masuk kelas. Baikkan kawan saya. Dia juga ajak saya PJ *kelas senam* dengan memakai sepender. Jangan pakai seluar sukan. Saya ikut. Bestkan kawan saya, esoknya cikgu panggil mak bapak saya. Hazaaaabbbbb......kendian bapa saya bertukar ke Ipoh dan saya bersekolah di MGPS. Kawan-kawan sana pun sangat baik dan kawan saya ketika itu adalah cina. Mereka sangt maju ke depan...mereka ada 3 patung barbie lengkap dengan katil rumah boypren dan saya hanya ada satu sahaja patung barbie yang bogel. Mereka juga sangat sayangkan saya, setiap kali sampai ke sekolah mereka akan panggil saya dan duduk bersama lalu main spelling-spelling....oh! cerianya hidup saya.
 
 
 
ini adalah buku latihan sekolah anak saya memang tak pernah berubah designnya sejak azali lagi.
cer ubah corak sikit bagi menaikkan mood pelajar.
 
 
dan tu..tu..yang baju pink berjambul colorfull tu adalah si penulis karangan ini
lihat betapa kusyuknya dia membalut buku anaknya......dulu sayapun mak saya yang balutkan
seronokkan saat-saat ini...bila anak dah form 1 mesti dia taknak kita buatkan untuk dia...mesti dia suruh girlfreind dia balutkan.....wah! emo seketika..
nangis puas-puas dulu tepi tembok...tak dapat terima hakikat anak dah masuk darjah satu...
sekian.
 
 
T_T
 
 
psst...nota pada cikgu yang check karangan ini...saya tak dapat teruskan menulis karangan sebab terlalu sedih.
Published with Blogger-droid v2.0.6

3 comments:

mummy_ayu said...

siap karangan lagi ko..sama la...anak yg nak sekolah, aku yg over excited..nie risau gak takut ada hujan air mata rabu nie.tunggu & lihat je la..

zara zaman said...

wah... exitedkan anak masuk darjah satu... klu bole setiap hari nak jumpe cikgu nak tanye pekembangan anak...hihihi

amirofie said...

Salam kenal. Saya pun ada experience yang lebih kurang sama masa orientasi sekolah darjah 1 untuk anak saya yang ke-3.


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno