Tuesday, August 12, 2014

DIY High Heels Blink Blink.

Assalammualaikum, alhamdulillah hari ni baru nak masuk puasa hari ke-3 untuk settlekan puasa enam.
nasib baik jugalah En. Soami out station maka tak adalah aku rakus sangat nak masak hebat-hebat yang mana last-last nanti aku juga yang jadi tukang habiskan semua lauk pauk kenduri tu.
........

ok hari ni while browsing through several shoe website,
secara tiba-tiba mata aku tepat terpandang pada gambar high heels ni?
almost 10 minute kot mata aku stuck pada kasut-kasut gojes ni.
Dan as usual la...otak aku ligat fikir dalam tempoh 10 minit tu....

- mesti berat tahap besi konkrit kasut ni,
-mesti kalau pakai baju kain chiffon, kain tu harus tercarik-carik penangan blink blink tu,
- mesti mahal gila,
-mesti kalau kena hujan, batu blink-blink tu tercabut,
- mesti hazab gila nak maintain kasut ni kalau lalu kat lopak,
-mesti kena hati-hati dengan batu-batu permata tu in case tercabut,
- mesti susah nak jaga,
dan yang terakhir sekali (menghapuskan segala tanggapan negatif aku terhadap high heels ni)

MESTI AKU NAMPAK CANTIKKAN PAKAI KASUT NI????
 muahahahahahaha

of coz orang dok perati jer kaki aku......sama ada aku hebat tahap gaban ataupun aku sewel tahap rasaksa...ahahahaha

Gambar ehsan google image

Apa lagi, otak aku ni ligat laaa fikir kasut kat rumah tu yang aku rasa tak nak pakai or tak kisah kalau aku rosakkan ker atau tak menjadi idea DIY aku ni. 
Kat kedai berlambak jer jual manik-manik batu permata labuci labuca ni
so....ehehehhe why not kalau aku cuba try test sepasang kasut dulu. Muahahahahah

Anggap jer kita kasi groom itu sepatu. Ok?

sat gie la gie cari batu permata intan belian tu.
Ahhhh! tak sabarnya nak DIY.

Psst- semalam kerani aku tegur (aku sedang melukis time lunch hour). Dia perhatikan aku sedang melakar sepasang baju.....then dia soal " Pn. Net ni pandai sangat ke melukis tu?"......haaa koooo suka buat aku emo kan?...."Kalau dah ko berseni, secara otomatik la ko pandai melukis.....Pendidikan Seni aku dapat A tau....sekurang-kurangnya takdelah nak gunting kertas bentuk bulatanpun ko minta bantuan aku" (cakap dalam hati jer) haaaa kaaaannnn baru semalam aku bagi Tupperware and duit rayo tanda kosong-kosong. Petang semalam juga ko nak hangin kan aku....ahahah takpe..tahun depan mintak maaf balik. Kitaorang memang cenggitu, marah-marah sayang kekdahnya.
 Muaah!!!!.

Me Naughty..me Netty

3 comments:

fazilzura said...

haku dh agak bab2 kasot ni mmg ko suke sgt2 kan ..
tp kalau pakai kasut gitu jgn la ko pakai kain ala2 kain dlm lace2 yg nipis2 tu .. kang mmg tertarik abis lewww...

notti netti said...

Fazilzura - kannnnnn...tu la yang kena hati-hati tukan..kalau tak habis tercarik kain aku ahahah

mummy_ayu said...

Wah...ko deco heels ko? Nak tgk...
Ignore kan jer mulut2 org tu...


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno