Monday, August 11, 2014

Baru Nak Try Product Radiance Signature

Salam and Selamat Hari Raya kengkawan sepasukan.
Aku dalam mood gelabah ni. Aku ingatkan duit raya semua dah bagi time raya....tak sangkalah pula ramai member ofis hulur duit raya kat anak aku...haaaa kan aku dah gelabah takde duit kecik and baru untuk hulur balik kat anak diaorang....Naya jer. Dulu tukar duit barujuta-juta....lepas raya pun berlebih duit baru. Tahun ni tukar duit ribu riban...e'eh! boleh pula tak cukup...haish.....

Takpe....lupakan perkara duit rayo tersebut.
Meh kita himpit-himpit dengar cerita pasal nak cantik mencantik ni.


haaaa lepas raya ni aku allergic skit bila dengar produk-produk muka ni.
Al maklumlah muka makin menjadi ala-ala mak jemah,
terlalai sikit & lupa dibelai...haaa...mulalah kerepot bawah mata. Pipi jadi labuh. Asyik nak touch up guna susuk (make up) je hari-hari, kulit muka pun boleh nyampah dengan tuan punya badan ni....mensusukkkkk jer kerja ha.

Tapi takpe, since tuan punya badan memang suka membusy kan diri dalam arena cantik mencantik ni.Sebab tau kulitpun dah tak berapa nak berseri kan. Sebab tu kena usaha lebih sikit. 
Maka, ditolak tangas, ditolak scrub, ditolak mandi bunga, mandi lopak bagai....meh kita terjah produk yang satu ni.

Peringatan: aku bukan dealer yer.......and aku takdelah nak review panjang lebar pasar produk ni.

Aku just nak bagi tau yang aku baru dua tiga hari cuba produk Radiance Signature (RS) ni. 
So far aku tak nampaklah apa-apa yang jelitawan kat muka aku ni. Kot ya boleh bertukar ala-ala Rozita Che Wan kan. Mau tak pergi kerja laki aku. Asyik MC jer nak tengok akukan.

Dan aku taklah mengharapkan kulut aku glowing dalam masa terdekat ni. Tujuan utama aku cuba produk ni sebab nak tau betul ke produk ni bagus untuk kulit. Since aku ni ada ekzima. Memang nak marah jer bila ekzima ni serang aku dalam bulan-bulan tertentu. So tak salah mencubakan.

So far aku cuba produk ni (just koyak and minum) memang bestlah rasa jus dia.
and takdelah aku baca bahan-bahan yang pelik-pelik dalam kandungan produk ni. 
Just kurma, madu, delima and bla...bla....ok la tu kan?.

harga hmmm...boleh tahan mahal la...RM180 untuk 20 sachet.
Aku ambil pagi and malam. Harap-harap...selain ekzima....jerawats-jerawats pasir dua butir pun hilanglah hendaknya.....ehehehhehe

ok dah tu jer....tunggu aku review produk ni lagi beberapa bulan....atau aku dah cuba try test 10 kotak...kalau takde apa-apa kesan...aku habaq naa....

saya yang cuba ikhlaskan diri.....


4 comments:

rossi rossa said...

Salam kak...nk tau jugak hasilnye...tgh servey2 ni...
Kalau betul berkesan nk try gak..
Tq

notti netti said...

Hi Rossi - wasalam, akak dah try 3 kotak ni. So far muka akak cam biasa. Akak rasalah. Tapi hari tu adik ipar ada cakap muka nampak lain sikit macam makin cerah. tapi...apa-apapun kena tengok result betul2 dulu lah. ahahahah

Anonymous said...

Sy pon baru try 2 hari. .tgk kebaikan mcm byk jew. .

Unknown said...

Baru nk try produk niee.. Kalo ade pape kesan bgi tawu taw.. Sbb produk ni mahaii wooo...huhuhu


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno