Wednesday, August 20, 2014

Cerita Raya Notti Netti

Haaaa...masih dalam mood raya kan? kan?
so aku sambung pula kisah raya kali ni.

Tahun ni giliran aku and family beraya belah family aku. Tak rasa apapun sebab aku memang kerap balik Melaka. Bukan jauhpun. Cheeewah!!!

Pagi raya macam biasalah rutin harian kejut suami and anak-anak. Bercinta jugalah nak kejutkan anak-anak sebab malam semalam diaorang tidur lewat. Al maklumlah geng ada. Adik aku pun beraya tahun ni dengan kami semua.

Dah balik dari Sembahyang raya...apa lagi rutin harian
ambil gambar satu family. Aku boleh lupa bawa DSLR merah aku tu. Haish!!! So gambar so so jer la.
....nak ditambahkan perasa, Si Al Imran pula buat perangai. Kes tak cukup tidur.


Kesayangan aku ni......


gambar family ni penting, sebab aku nak update kat dinding rumah. Cuba tengok muka Al Imran tu...eeeee menguji kesabaran betul!.

Haaaa.....ni tak termasuk bab nak suruh si kecik-kecik dalam rumah ni bergambar....adehh macam cikgu Bedah nak kena suruh diaorang sit proper.

                            

haaa tengoklah aksi diaorang...kemain main-main. Mak aku dah le panggil potong nasi impit time ni. Haish.
....
Lepas aku amuk kan sekali, barulah dapat gambar yang cemerlang sikit. Tapi nampak sangat air muka masing-masing macam takut kan seseorang eheheheh

Si starbuck latte lagi lah....kalau muka dia cenggitu maknanya aku baru lepas jegil mata kat dia.
Al Imran??? tak makan saman.

Anak dara dua orang tu...ehehhhehe korang pepaham jer la...


Seterusnya aku tarik mak aku bergambar sekali. Bapak aku time ni dah kat mana pun tak tau.
ahahahah Sebelah tu adik ipaq aku. Kitaorang sebaya jer. Dia makin slim and aku makin debab.


Sekali lagi gambar aku and adik ipaq aku.
Time ni kira orang nak beraya rumah neighbour sebelah sebab dapat tau gossip dia masak sambal goreng. Awwwwww...terliur dah.


Balik dari beraya rumah neighbor.....
Terus ramai pula orang datang rumah. Macam berpassing passing pula....nasib baik tak buat macam Fareeda ambil sistem nombor dulu ehehehhe.
Kesian adik ipar aku...tak cukup tangan nak handle...mana nak pegang baby lagi mana nak buat air, potong itu ini. Aku pun kalau boleh bersilat...memang bersilatlah kat dapur...tapi sebab baju tu...aku terpaksa polite kan diri, mak akupun dah malas pakai tudung....pakai tengkolok udahhhh.


adik ipar aku cadang sehari sebelum raya...kita belikan aje pinggan kertas. Idea tu bagi mengelakkan kitaorang berebut nak basuh pinggan yang mana buang masa jer kan. Idea tu berhasil. Memang senang..makan and buang jer dalam plastik sampah. Tapi bak aku katakan tadi.....ramai yang datang sampai habis semua pinggan kertas. nak taknak ada la juga terguna pinggan kaca. Ahahahaha


Nampak tak cawan putih bunga-bunga tu yang ada 3 biji tu ehehhe (sebelah cawan biru)....sebenarnya aku dah kelam kabut nak buat itu ini. Adik ipar aku buat air teh. Orang tua datang takkan nak bagi air gas Fanta Stoberi pula. Aku cari dalam kabinet tea set mak aku. Mana pula mak aku letak cawan cantik-cantik ni. Sekali aku terpandangkan set cawan putih bunga. Siap teko. Apa lagi aku keluarkan dari kabinet selamba jer and basuh terus hidang pada tetamu. Aku senyum simpul....bila terpandang mak aku, aku nampak muka mak aku macam kelat sikit. Eh! dah kenapa.

Bila aku selidik risik cari maklumat hahahaha barulah aku tau tu cawan brand Noritake. Tak tahu lak itu untuk display jer ahahahaha. Tersimpul simpul aku depan mak aku. Adik ipar aku gelak jer. Dia pun tak tau. Sebab dah kelam kabut. Mak aku takda la marah sangat....cuma ya la kena minta izin dia and kena jaga elok-elok cawan tu. Bukan apa takut jatuh ker apa ke kan......Ringan jer cawan tu tapi memang cantiklah.

Raya ke dua aku tak sempat snap gambar...sebab ramai orang. Aku and adik ipar pun pakai baju biasa jer. Memang dah ala-ala bibik. Ahahahah. Percaya tak? Tv pun tak sempat tengok. Suka hati la anak-anak sebab dapat tengok cartoon.

Bergambar dengan si starbuck latte and anak dara faveret ni. Ramai betul orang cakap ni anak perempuan aku sebab muka macam sama ahahah. No no...ni anak adik aku. heeheh


Last sekali....haaaa gambar anak-anak aku. Puas juga pujuk si abang pakai cermin mata gelap ni. Isk.
Aku beli kat member yang jual barang kanak-kanak. 
kalau nak beli boleh ke IG dia cutekiddykiddy 
Macam-macam barang-barang for kids ada. Sila lah singgah yer.


Dah itujer la kisah raya nottinetti. 

Nanti aku cerita kisah malam raya pula ok....



Me Naughty..me Netty

No comments:


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno