Tuesday, August 19, 2014

Baju Raya Family Notti Netti Tahun 2014

Ya sayang-sayangku caklempong sekalian.....
seperti yang kalian tahu and naik muak nak ambil tahu,
warna baju raya team family aku adalah Emerald Green.
Emerald Green ya kengkawan.
Tapi ntah macam mana bila dah nak raya....tema jadi hijau kacau bilau. Aku biasalah emerald green vs purple (konon nak kasi memancar-mancar emerald green tu), Laki aku pula more macam Hijau ermmm apa eh?..hijau yang nak ke biru hmm ke laut pun ado, anak-anak aku hmmmm jauh bebenor hijaunya...itu dah warna hijau lumpur dah tu. Ni la bila anak-anak jauh and suami pula pilih sendiri baju raya. Makanya tak menjadi sangat kengkonon nak semua Emerald Green. Tak apalah janji memasing ada baju raya kannnn.


Ikutkan aku ada jer beli baju raya RTW tema Emerald Green dari designer-designer best kat sekitar Lembah Klang ni, tapi tu la aku ni bujet macam body Rozita Che Wan. Sekali sarung haaa....cam cempedak pun ada...itu sarung style berdiri, kalau aku start jalan...mau tetas tang buntot. Kalau duduk agaknya mau koyak rabak....malu acik...malu acik. Taknak la buat sarkas time raya pertama dok? Makanya.....stay dengan baju Prada Lace Emerald Green purple jer la.

Seee...taraaaaaa


Aku buat baju kurung biasa jer cuma bagi nampak sikit cutting. Pada mulanya taknak pakai baju ni sebab nyonya tu buat ketat kat tangan. Dah berapa kali aku cakap, aku nak zip area pergelangan tangan (wudhu friendly) ehhh dia pergi buat butang pula. Dah tu tiga biji butang kat hujung lengan, dah confirm-confirm tak boleh sinsing kalau nak ambil wudhu atau basuh pinggan. Tapi aku gagah kan juga pakai baju ni sampai ke petang. Namapun Ghayo kan?....Baju ni la aku buat makan, baju ni la aku buat basuh pinggan, baju ni la juga aku ke hulu ke hilir dari depan rumah sampai belakang rumah (kes unexpected tetamu yang datang), baju ni la jugak aku tertonggeng-tonggeng basuh berak si starbuck latte. Haruuuuu.

Hmm pengajaran juga buat aku. Nak buat prada lace ni aku rasa better buat baju jer. Hazab berat baju ni aku pakai. Sarung kain jer dah berat. Adoiiii. Ulang sekali lagi. Nasib baik ghayo!!! Nak vogue punya pasal...aku reda.

Tudung tu aku beli kat Zawara. nasib baik ada warna sama green purple. Anak tudung yang purple tu sebenarnya bersambung dengan kain tudung hijau. so senanglah aku, main sarung jer. Tak perlu lilit-lilit patpuluhpat kali.


Ok yang korang tengok tergantung kat atas tu ialah baju anak-anak aku. Marah juga aku dengan apek ni. Kalau aku cakap harga sepasang, korang mesti terperanjat besar gila punya cadbury lah!. Macam tak percaya baju ni dengan harganya. Akupun naik menyampah dengan diri aku sendiri sebab boleh simply tempah baju ni kat apek tu. Walhal belambak jer boleh beli baju ready made untuk anak-anak aku kat Omar Ali atau BAK. Baik aku tempah kat Rizalman jer kalau harga cenggitukan?.

Memang nyesal la aku tempah kat apek tu. Dan itu salah satu faktor aku taknak tempah baju melayu laki aku kat dia (yang lastly diapun tak dapat nak buat baju melayu laki aku. Tapi baju melayu bapa aku dia buat cantik...hmmm.....

Korang bayangkan jer la....aku nak tempah baju melayu laki aku dia nak charge RM800. Baju melayu kosong and kain semua dari aku ya.....bukan kain kedai dia. Huh!!...ok time tu aku ok lagi. Aku minta dia add shoulder pad kat bahu baju melayu laki aku. Nampak ala-ala pengantik season bersongkok tinggi gitu. Ewaah!!! Eh! boleh pula dia nak charge RM1600. Hamboiiii tambah shoulder pad jer pun. Shoulder pad tu buatdari benang emas kot. Last-last aku cancel!!. Isk.....

Itu untuk baju orang dewasa yer. Untuk baju anak-anak aku...haish harga sakit hati nak story sebab harga sepasang baju melayu tu kalau dicongak ditambah memang aku boleh beli 7 baju melayu raya kanak-kanak kat MYDIN. Hadoiiii padan muka aku!!!. 

Paling sedih bila apek tu dah janji untuk embroidery nama anak-anak aku kat poket masing-masing (selalu aku tempah baju kemeja dengan dia memang dia akan jahit embroidery) tapi bila aku check...ehhhh takdepun. Lagipun baju tu dapat sehari sebelum raya. Nak pergi ke kedai dia semula pun dah tutup sebab mak aku yang tolong ambilkan. Mak aku pun tak perasan pasal jahit-jahit nama kat baju ni. Tu satu. 

Malamnya aku cuci baju-baju raya anak aku untuk pakai beraya di Kluang pula. Sekali basuh.....humakaihhhhh warna luntur. Nasib baik aku basuh baju melayu asing-asing. Hijau jer semua air. Ahhh emo lagi. Charge mahal, katanya kain bagus dari korea la gorilla la afrika la...sekali basuh, luntur. Nampak sangat menipu. Aku minta mak aku sound dia.....tapi mak aku kata takpa la.....benda dah jadi. Pasal jahit-jahit nama tu pun ignore jer la..sebab tahun depan mesti baju tu dah tak muat kat anak-anak aku...so senang nak pass kat anak-anak buah aku. Haaaa....terpaksalah reda bila mak cakap camtu. 

Makanya...pengajaran untuk aku. No more tempah kat apek tu. And untuk baju anak-anak (Baju Melayu Raya) Tak perlu beli mahal-mahal. Sebab diaorang membesar bak giant.

Eh! aku emo kan bila story pasal baju raya anak-anak aku? ahahhahaha

Seterusnya baju melayu suami aku. Hmm tak banyak nak diceritakan, suami aku cakap dia nak cari sendiri. So tak perlu kata apa-apa. Walaupun sebenarnya aku nak warna betul-betul emerald green. Tapi bila tengok result baju anak aku warna hijau lumpur, maka aku ok jer dengan warna baju melayu suami aku.

Tahun depan aku dah set warna baru untuk family aku eheheheheheh. kali ni prepare sebulan awal. 


Sekian.....dari pengulas raya yang emo secara tiba-tiba.

Me Naughty..me Netty

3 comments:

lovelywa said...

gilo tak emo klau baju sepasang baju anak bole dpt 7 lai baju kat mydin??..iskh2..budak2 memang cpt beso..rugi kak oii buat mahal2 pun..sebab pkainye tu la 1x masa pagi raya..hehe

takpelah, menda dah jadik kan..buat jadik pengajaran jek..

SElamat hari raya kak netty..

akak adik beradik ngn farah burhanuddin ke? sbb nampak pic akak dlm fb dia..

notti netti said...

lovelywa - selamat hari raya juger. Oh Farah adik ipaq saya.

lovelywa said...

ohh ye ker..asben farah (kire adik akak la) tu kawan asben sy..hehe..kecik tul dunia ni eh..heheh


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno