Assalammualaikum dan Selamat Pagi untuk gojes-gojes sekalian.
As for today, I masih lagi dalam tempoh yak-yak yeah cuti Tahun Baru Cina. Happy uols kekdahnya.
Di kesempatan cuti yak-yak yeay hari ni, my mom pun tumpang yak-yak yeah sebab ada orang boleh bawak dia ke Pejabat Kesihatan Alor Gajah, Melaka (PKAG) untuk ambil darah. I ler tu. Baru ingat nak rongeng-rongeng atas tilam empuk after hantar my kids ke sekolah kesayangan.
Sebaik tiba di PKAG, wah suasana amat ceria dengan gosip-gosip dikalangan mereka-mereka yang berumur. Antara gosip yang best I dengar ialah kisah kenduri kendara anak jejiran tetangga yang lauk-pauknya best, gosip antara staf-staf PKAG berkenaan game badminton yang akan diadakan petang ni. Gosip mengenai buah limau yang manis. Gosip mengenai sakit-sakit sendi yang they olls hadapi. I tak boleh in sangat gosip-gosip mereka, just sengih sorang-sorang konon paham la sangat apa yang diaorang gosipkan.
Dalam dok menyengih sensorang tu, I terfikir jugek, mana anak-anak mereka-mereka ini? Oh! Kerja mungkin. I tanya mak I, "mesti anak-anak diaorang busy work kan mak?". Mak I iyakan sambil cakap, "Macam Wen (I) lah, sibuk kerja, mak sensorang jer kadang-kadang datang sini". Awww terkena sedas dua bom nuklear. Habis herot muka I. Eheheheh terpaksa I gula-gulakan mak I kuali Tefal nanti. Mak I dapat kuali Tefal, happynya sampai ke petang.
Tapi serious, suasana kat PKAG ni memang sangat sad and menginsafkan. Sad sebab warga tua datang sorang-sorang untuk check kesihatan. Yang insaf tu hmm jagalah pemakanan kita mulai sekarang. Apa yang I dengar sorang pakcik ni kencing manis dia tinggi "kes tak pantang kot" nurse terpaksa jegil-jegil mata lite-lite nasihatkan pakcik tu.
Haaa pakcik ni la yang I maksudkan. Kesian dia, sorang-sorang datang ngadap nurse ni. Nurse tanya, "ada jaga makan pakcik?", pakcik tu cakpa "ya!" dengan bestnya. Sekali check kencing manis, tinggi. Dengan nurse-nurse and pakcik-pakcik tu terbeliak biji mata. Amboi pakcik, propa nampak? Ahahahahah pakcik tak jaga makan ehhhhh. Notti pakcik.
Haaaa ni suasan around 8 am. Sekarang ni 8.30 memang dah full la. My mom pun rajin kemain interview pesakit. Mentang-mentang jarak kerusi we olls dekat jer dengan kerusi pesakit. Lepas nurse check pesakit, mak I pulak interview. Hamboi!!!! I layankan jer (layan iphone maksudnya) malas nak tegur mak I kang tetua nanti I pulak kang ikut perangai mak I, ahahhaahah
Haaa, atas tu la kerusi pesakit, Uols tau la kan I and mak I duduk kat manakan?. Berdepan kerusi pesakit. Sebab tu la kemain laju mak I interview each pesakit tadi. I jer tak tauliahkan status doktor pada mak I. Ngeh-ngeh-ngeh
Makcik ni pun kesian pun ya, funny pun ya. Dari tadi nurse tanya dia, "makcik pegang kertas no berapa?" Makcik tu cakap no 1. Sekali check kertas makcik no 4. Hamboiiii makcik pun pandai propa yerk. Ahahahahaha dosa oooo potong barisan makcik. Kihkihkih.
Ok la setakat ini sajalah story mory I di Pejabat Kesihatan Alor Gajah. Apa-apa pun puas hati dengan staf kat sini. Mesra alam betul. Berdedikasi. Cakap dengan orang tua pun lembut jer walaupun ramai yang tua-tua ni notti-notti nak potong barisan. Ahahahaha diaorang layan jer eheheh. Cuma ada seorang jer staf yang agak garang. Maybe sebab dia jaga bahagian spesimen kencing so dia punya moral down a bit, pagi ni melihat warna-wana kencing beraneka rupa. So bila ada yang tersalah letak cawan kencing tu, dia agak nyaring suaranya.
Psss: paling I tak tahan when sorang pakcik ni kena timbang. Berat badan dia naik.
Amboi,
naik turun balik alat penimbang sebab cannot believe it. Ahahahah, nurse terpaksa
cakap, alat penimbang kat sini tak pernah menipu. Ahahahah
1 comment:
hahahaha..hadoii..tergelak2 baca entry u pagi nih..
Post a Comment