Wednesday, February 26, 2014

Foodilicious Kitchen Antara Tempat Makan Best di Shah Alam

Haaaa (lompat dari celah pintu).......entry jalan-jalan cari makan kembali lagi.
Kali ni I nak memperkenalkan tempat makan ala western food yang sedap lagi murah di Shah Alam.
Huh!!!! tak sabar nak masuk part brownies sundae with ice cream. Sedapnya macam makan molten chocolate cake di Chilis *rupa jer tak sama*

ok kita mulakan step by step yer. Cikgu I marah kalau mula dari Z ke A (walaupun I memang suka baca dari belakang muka surat dulu....hahah walaupun)

ok meh sini I bagi detail kedai ni.

Nama Restoran: FOODILIDIOUS KITCHEN
Waktu Operasi: 6.00 petang - 11.00 malam
Cara bayaran: Cash Sahaja!!! jangan ko ngengada nak makan chicken chop and harap dapat bayar zass guna kredit kad.
Nombor telefon untuk dihubungi: 017-6429945 (Call untuk bertanya tentang perkara berhubung foodilicious sahaja, jangan tanya pasal isu-isu semasa atau perkembangan politik tanah air)
Price: RM5.90 - RM 24.90 sahaja.....jumlahnya akan bertambah mahal jika kalian order untuk 40 orang punya makan.
Lokasi:
  • Foodilicious Kitchen, Ground Floor Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon 7/B, Seksyen 7
  • 40000 Shah Alam, Malaysia

 (alaaa sebelah UNISEL jer....apa? budak-budak Uitm panggil Beverly Hills/ Freser Hills / Silent Hills kot sebab jalan dia tu macam ada satu kawasan perumahan di US yang berbukit) entahlah....

Kedai ni dalam kawasan ala-ala kompleks gitew, uols masuk jer tak payah bagi salam. Dah masuk kompleks tu uols pastikan titik mata uols tepat pandang depan jer. Sebab Kedai ni memang hujung sekali membelakang tiang seri. Wah!!!


Haaaa inilah rupanya kedai western foodilicious kitchen tu. Alaaaa janganlah expect rupanya macam Chilis or TGI Jumaat. Namapun nak harga yang murahkan??? and kedai ni tak hidang minuman haram atau memabukkan. Kalau uols mabuk brownies sundae macam I....dikecualikan uhuk! uhuk!



haaaaa kedai dia small jer but nice...sebab ada abang-abangan yang membantu di kitchen.


pssst - uols jangan pula tersalah pilih since kedai sebelahpun jual menu western.
tak patut tau tokey bangunan ni...mana boleh luluskan kedai western sebelah menyebelah kan? kan? kan? persaingan gila namanya tu. Uols jangan terkezut pula bila uols duduk jer ada dua orang berebut bagi menu dengan hidangan sama pada uols. Udah namanya kedai western sebelah menyebelah. 
Di sini I taknaklah hasut, rezeki masing-masinglahkan....pssstttt tapi kedai fooddilicious kitchen ada brownies sundae tau tau tau........*wink* *wink* - dengan harapan uols tergoda.


ok.....i adalah blogger pemalas.......I snap jer gambar menu yang besar gabak kat depan kedai fooddilicious kitchen ni ahahahahah....empunya kedaipun bagi keizinan tak berbelah bahagi.....baguihhhh! kalau dia bagi brownies sundae bawa balik secara free......laaaagiiiiiiii baguihhh!!! *wink* *wink* lagi.

Haaa yang last sekali, dessert tu la kalau uols besarkan gambar uols akan nampak gambaran brownies sundae yang I maksudkan......

selain tu antara service yang owner kedai ni buat ialah: (sila baca ayat copy paste I)

Takes bookings
Walk-ins welcome
Good for groups or parties
Good for children
Takeaway
Delivery
Catering


Haaa ni ownernya/pengasasnya Cik Siti Azliza Hamzah.....sangat baik hati, peramah, cemerlang bab-bab mengejar customer (kagum I)
and boleh nampak kegigihannya.....I rasa I tak segigih dia kot. (I kan pemalu)


hahahah I melampaukan...dalam banyak-banyak makanan yang I rasa.....gambar ni jer yang I sempat snap.
Browniessundae ice cream mana?....hahaha jangan ditanya...I and adik Ipar gojes I order 3 brownies sundae, dah sendawa bagai...baru I teringat nak ambil gambar. Haishhhh eh!!! tu menunjukkan yang dessert dia sedap sampai I tak teringat nak berselfie dengan dessert. Awwwwww.
nextweek dah start kelas, bolehlah I singgah tapau the homemade brownies.
gian oooooo tahap gigil-gigil bila kenang balik. Parah!!

Photo: #tasty #dinner #7spiceslambchop #southernfriedchickenchop #hotchickenwings #homemadefries #foodiliciouskitchen #anjung7 #shahalam

ok...ini terus terang I rompak dari facebook foodilicious kitchen. Amacam? teruja tak? 
apa?????
tak teruja???? haaa paksa diri tengok menu ni pulak.

Photo: happy tummy 󾥫󾮗󾌧 #dinner #pasta #combo #olio #bolognese #7spiceslambchop #shitakegrilledhicken #homemade #westernfood #foodiliciouskitchen #anjung7 #shahalam

nak lagi tangkap leleh?????
tengok picture bawah ni.


haaaa I copy paste lagi dari salah seorang customer foodilicious kitchen. Itulah gambaran sebenar brownies sundae. Alaaaaa lapar dahhhh ha.

orait, kalau uols nak tahu lebih terperinci tentang foodilicious kitchen ni.....ringan-ringankan jari mencari maklumat di
IG: foodiliciouskitchen

ok...selamat menjamu selera....
yaa....I ler tu!

5 comments:

nad said...

Tq kak nett! Nnt leh terjah :)
Nak rasa brownies maveles tu :)

ayunidati said...

Yum yum sedapnya... kene cari ji

mummy_ayu said...

Wah...menariks!!

Anonymous said...

Sorry to say,x brp sedap..1/5 star je taste dierr..baru je balik mkn kat kedai ni tadi..

Eny said...

Komen last ni mesti owner kedai sebelah hahahahahha


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno