Tuesday, May 28, 2013

Jom Buat Pulut Panggang Jom.


Haa..cik kak-cik kak and adik manis....
hari ni saya nak bentangkan resepi and cara-cara untuk membuat Pulut Panggang.
nampak macam mencabar and remehkan? kan? tapi sebenarnya idok le susah sangat.
Macam bunuh orang jer kekdahnya...(ayat belagak and scary)

saya bukanlah penggemar Pulut Panggang, tapi tak salah belajar buatkan?
untuk tetamu-tetamu kehormat and supaya bila anak-anak tanya camno buat Pulut Panggang, takdelah saya tercengang-cengang kan? kan? dan takdelah nampak mengong sangat bila orang tanya mana satu Pulut Panggang, saya tunjuk kuih koci....(tak kena langsung perbezaan kuih)

ok tanpa membuang masa,
perkara-perkara harus/wajib yang perlu disediakan:-




Bahan-bahan membuat Pulut:2 cawan beras pulut - cuci then rendam selama 3 jam1 cawan santan cair1/4 sudu kecil garam  2 helai daun pandan - disimpulkanDaun pisang 2 keping lidi cungkil gigi / stepler jer.

Kekdahnya :

1. Didihkan air dalam periuk kukus, dalam mangkuk campurkan secubit garam dalam santan dan kacau. Tuangkan dalam beras pulut, kacau dan kukus pulut sehingga masak sepenuhnya. Lebih kurang 30 minit atau sehingga korang rasa pulut dah masak.

Bahan Inti :
1/2 biji kelapa parut putih - Tak payah kisar.
4 biji bawang merah -kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 batang serai - dihiris nipis -kisar
7 tangkai cili kering yang dah direbus - toskan -kisar
1/2 inci kunyit hidup -kisar
1/4 cawan udang kering - rendam sekejap dan toskan -kisar

Cara-cara pembikinan :

1. Panaskan kuali bersama 1 1/2 sudu besar minyak masak dan masukkan semua bahan kisar dan kacau sebati sehingga rasa best.
2. Kemudian masukkan kelapa parut -kacau dan masak sehingga kering. letak sedikit garam sampai rasa dah ok. Sejukkan.

Penyediaan Pulut Panggang :

1. Potong daun pisang ikut sesedap rasa (saya potong 4 segi comel). Oh! jangan lupa laurkan atas api. Sapu sikit minyak kat sebelah permukaan daun pisang tu.
2. Letakkan sikit pulut atas daun pisang and ratakan sedikit. Then letak sesudu inti atas/tengah-tengah pulut. Gulung ketat/padat pulut tu.
3. Cucuk dihujung daun pisang tadi dengan cungkil gigi - nak staple pun boleh. Naik hangin jugaklah saya nak cucuk hujung daun pisang ni. Asyik terkoyak jer.
4. Kendian bakar pulut atas pemanggang guna api kecil (anggaran 10 minit) -Jangan lupa terbalik-balikkan pulut tu bior masak sama rata- kita takmo sebellah hitam sebelah hijaukan? kan?....
5. Setelah masak, angkat dan biar sejuk dulu baru boleh ngap! Takyah ajarlah cara-cara nak makan yer. Korang tau sendiri.

Selamat menchoba.

Kat bawah ni saya snapkan gambar-gambar cara pembikinan Pulut Panggang.....mana yang sempat snap la.....bila tangan dah berminyak..memang tak sempat nak snap lebh-lebihla kan.....Enjoice!!!













eheheheheh...buat sendiri lagi best, tak manis sangat and inti banyak.
perasaan dapat buat Pulut Panggang ni macam...berjaya tawan gunung Everest la.
Gumbiraaaaaa!!!!

1 comment:

hafiz hafizol said...

pulut panggang sedapppnyaaaaaaa hehehehehe


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno